Masa

Kita bejalan
ke abad
kejahilan
tinggal tenggelam
waktu
dan fakta
ketika mana
tak berputar
lagi masa

ashraf ishak
7:49 Malam
30 Disember 09'
Rumah

Membunuh Sepi

Tak ada
yang dapat mendengar
ketika kencangnya
suara
bertikam lidah
sendu
meratah
tatapan hati
yang membunuh
sepi

ashraf ishak
10:18 Malam
28HB Disember 09'
Rumah

Pencarian diri

Temankan aku
bersahabat bintang
mungkinkah malam
kan datang
terdiam
jejak helah
aku mengingkir
nafsu kalah
pencarian diri

ashraf ishak
7:30 Pagi
18HB Disember 09'
Kuala Lumpur

Cinta mati

Di alam
kelima
aku terima
tak menanya
arah
ke mana
mau pergi
ku melangkah
dan sengaja
mengalah
tanpa tahu
erti
cinta mati

ashraf ishak
2:38 Pagi
18HB Disember 09'
Kuala Lumpur

Memoir si celaka

Di saat
mata itu
kau pejamkaan
dengan hati
kau pendamkan
dan penipuan
kau leraikan

memoir si celaka
taksub
seperti tak ada
neraka

ashraf ishak
12:07 Pagi
17HB Disember 09'
Rumah

Penawan hati

Sepi aku 
ditemani lagu 
dan teman alam 
mencengkam 
dan membunuh 
liang 
mereka bersetubuh 

Apa kata 
mematah hati 
menyuap sendiri 
bicara benci 

Tetap gelap 
dan cenderungnya 
mereka 
kepada nadi 
si pendosa 

Pemimpi penawan hati 

ashraf ishak 
1:47 Petang 
16HB Disember 09' 
Subang Jaya

She

She is the drug
that will always
keep me high

ashraf ishak
12:45 AM
16TH December 09'
Subang Jaya

Awanan ranjang

Cinta separa mati
sepertinya sepi
menunggu aku
tuk pergi

biarkan malam
berganti siang
tidak tetap
ku pegang
awanan ranjang

ashraf ishak
10:00 Malam
10HB Disember 09'
Rumah

Nafsu cinta

Cinta itu
nafsu
sepertimana
nafsu itu
adalah cinta

Dalam meracau
kegilaan
hakikat itu
menyimpan kemarahan

menyimpang jalan
dalam pencarian
nafsu cinta
insan keduniaan

ashraf ishak
5:11 Petang
26HB November 09'
Rumah

Manusia berhati gila

Sambungan kepada Orang gila berhati Manusia (http://ashrafishak.blogspot.com/2009/06/orang-gila-berhati-manusia.html)

Kalau
tersadur
dan tersembur
perasaan
tak mungkin
manusia
berhati gila
boleh mencintaimu

Dan engkaupun
pasti
tak mahu
manusia
berhati gila
seperti aku

ashraf ishak
9:47 Malam
9HB November 09'
Rumah

Tolak tarik

Tolak, tarik
tolak, tarik
tolak, tarik
tolak...
jatuh

hancur berderai
tangan mengapai

tolak, tarik
tolak, tarik
tolak

ashraf ishak
2:51 Petang
4HB November 09'
Rumah

Aku yang kehilangan

Dengarkan hujan
sayang
mungkin esok
kita kan bertengkar
tentang masa
yang terbiar

Ketika gelap
menyusul malam
diam
tak tenteram
aku kegilaan

bunyian
cengkerik
dan alam

Tengelam
aku
yang kehilangan

ashraf ishak
5:23 Pagi
4HB November 09'
Rumah

Takdir alam

Di manakah 
alam 
dan manusia 
bila bergema

Bersandarkan awan 
bersenda mencela 
celaka

Dan tumbang 
sebelumnya naik 
akar 
segala sonsang 
sebelum penyedaran

Takdir alam 
masih kepunyaan 
Tuhan

ashraf ishak 
2:14 Pagi 
16Hb September 09'
Subang Jaya

Menunggu masa

Otak berderau 
membening kemarahan 
tunggu sebentar 
habiskan saja 
biar terlena 

Setelah itu 
dengan sekuat hati 
melontar suara 
yang bergema 
alam bergegar
dalam bergetar
menunggu masa 

ashraf ishak 
4:32 Pagi 
11HB September 09'
Subang Jaya

Simpang awangan

Di suatu
sudut
dia duduk
memerhati
apakah perawan
berhati gergasi
mampu
menahan diri
dari terus
dibawa arus
polos
jolokkan mata
menyeberang
simpang awangan

ashraf ishak
8:13 Pagi
8Hb September 09'
Subang Jaya

Melawan

Manusia
tak mudah
hanyut
dalam karut

dan
tak hanya
mahu
mendiam
menentang
melawan

ashraf ishak
5:27 Pagi
8Hb September 09'
Subang Jaya

Mungkin takut mati sendiri 3

Batu berzikir
langit bergoyang
air mendayung
tanah tersisir

Mata-hari
mencaci
mencari aku
yang mau
mati sendiri

ashraf ishak
4:32 Pagi

8Hb September 09'
Taman Desa

Makna kematian

Sebenang nyawa
sementara
waktu masih ada

ashraf ishak
5:03 Petang
26Hb Ogos 09'
Subang Jaya

Tak tahu

Sesaat aku
denganmu
larut
dalam parut
yang meluka
menukar
dan berputar
wajah
menjadikan aku
gila
sepertimana
di dalam
mimpi
yang indah
kau tinggalkan
aku
berpunah
dengan ulasan
tak tahu

ashraf ishak
6:03 Pagi
25HB Ogos 09'
Rumah

Sedang aku menemukan jodoh

bulan menemukan
aku denganmu
di saat bintang
berdiam
langit cerah
merah
dengan dendam
dan marah
kembali senantinya
madu dan lagu
batin diriku

ashraf ishak
4:26 Pagi
17HB Ogos 09'
Rumah

Suka

Saya tak suka
suka orang
kalau saya suka
suka orang
suka-suka hati
orang nak suka
kat saya

ashraf ishak
1:50 Pagi
10HB Ogos 09'
Rumah

Persinggahan

Esok
manusia tak merubah
nasib
dan kesempurnaan

dia kempunan
mati
di persinggahan

ashraf ishak
10:42 Malam
28HB Julai 09'
Subang

Mungkin takut mati sendiri 2

Mana mungkin
dia
tak boleh
mencintai aku

sedangkan takdir
bertukar
mengikut waktu

senja dan gelap
teman sebentar
berputar
seperti arus
api mengalir

dan akhirnya
di dalam
kubur
aku sendirian

ashraf ishak
7:42 Malam
28HB Julai 09'
Rumah

Pantang dibunuh

Cinta
mencari waktu
yang hilang
jika masa
memejam
tak tenteram
merejam
tenang

dan tangan
ini
engkau hambat

biar mengalir
takkan mati
jiwa ini

mengejar..

mengejar..

terjatuh

terlentang.

pantang
aku dibunuh
begini

ashraf ishak
3:55 Pagi
21HB Julai 09'
Rumah

Doa-ku dalam tangisan

Di akhir
hayatku
hidup bersama
dirimu
belum pernah
aku rasa
cinta
yang sebenar

Sepertinya
embun
di hari esok
bertebarkan malam

Sepertinya
manusia yang
terlalu senang
untuk lupa

di mana
aku berdepan
kematian
sebelum engkau
sayang

Doa-ku
dalam tangisan

ashraf ishak
4:37 Petang
24HB Jun 09'
Rumah

Orang gila berhati manusia

Engkau pasti
tak mahu
orang gila
berhati manusia

yang remeh
dijerit
yang tentu
tak menentu
yang manis
itu pahit

aku tahu
engkau
tak mahu
orang gila
berhati manusia

seperti aku

ashraf ishak
11:59 Malam
15 Jun 09'
Rumah

Matinya kesunyian

Panas
matahari lintang
mendengar
anginan awan

dan burung
memanggil aku
untuk kesayuan

di petang
matinya
kesunyian

ashraf ishak
3:30 Petang
15 Jun 09'
Kuala Lumpur

Patah hati (iii)

Dan
empat jam
kemudian

aku bangun
untuk mendegar
apa yang engkau
katakan
malam semalam

beredar
supaya
tidak lagi rapuh

atau
pengakuan ikhlas
dengan jawapan
yang terus
mengilat

mungkin
aku sekali lagi
patah hati

ashraf ishak
3:28 Pagi
15 Jun 09'
Rumah

Halus

jika benar
aku dihambat
untuk hidup
bersama mreka
akan juga
aku menarik
nyawa manusia

halus
tulus
dan semprna
apa ada

ashraf ishak
6:05 Pagi
14 Jun 09'
Rumah

Robek

pernah dahulu
aku
memiliku hatimu
mencuba sekuatnya
untuk berdegup
namun
berhenti
mati
kerana engkau
membunuh aku
dengan sendiri

aku tak dapat
merasa
darah ini
bernyawa
dengan rohani
cinta
yang engkau
hembus
dan tarik

masih
dan akan
selalu
robek

ashraf ishak
3:10 Pagi
7HB Jun 09'
Rumah

Syaitan

Bila bugar
akar delima
akan ku
ambil
tuahnya
biar mekar
kematian
taman Adam
dan Hawa
bernafsu kejujuran
menghambat aku
ke lembah
syaitan

ashraf ishak
5:08 Petang
2HB Jun 09'
Subang Jaya

Hukom gantong

Aku penat
dengan keghairahan
dunia
yang mencerna
aku untuk
berfoya
rentasan
demi rentasan
aku pentaskan
dan aku
jelaskan
dan kita
melepas masa
mencari manusia
atasan
yang hanya
boleh tertawa
dan bertepuk tangan

jangan termenung
terlalu jauh
kerana
tak mungkin
kita akan begini
esok

ashraf ishak
7:54 Malam
31HB Mei 09'
Stesen Komuter
Subang Jaya

Fasa 2

Dunia ini
terlalu kejam
untuk aku
harungi

jika boleh
aku leraikan
kebencian
akan aku
jadikkan
engkau sandaran
di mana
lupus
dan basi
luput
untuk diperingati

dan bila
aku
mati kelak
tak akan
pernah ada
aku
kau
dan segala
kebencian
yang pernah
engkau rasai

ashraf ishak
1:21 Pagi
30HB Mei 09'
Rumah

Kesialan

Mata mencari
penentuan
hati mencari
Ketuhanan

aku mencari
diri aku
sendiri
supaya tidak
terus berdiam

mati akal
seperti mana
mereka
bukan lagi
untuk aku
berteman

henyah engkau
kesialan!

ashraf ishak
12:50 Pagi
29HB Mei 09'
Rumah

Ertinya dosa

Hanya engkau
meletakkan aku
di tempat ini
di mana debu
darah suci
aku perlihatkan
permainan syaitan
kau hembuskan
dan abdi
hamba ini
hina
tak pernah
tahu
ertinya dosa

ashraf ishak
2:23 Pagi
25 Mei 09'
Rumah

Kegilaan (iii)

Di rumah
hidupku huru-hara
di luar pun sama 
hanya kepulan 
asap 
menghayalkan
tak senang dibuatnya 

Lebih baik begini
dari hidup sendiri

ashraf ishak
2:42 Petang
19HB Mei 09' 
Subang Jaya

Patah hati (ii)

Katakan saja
alasan engkau
untuk tidak mencintai
aku adalah
kerana tidak mahu
mencuba

ashraf ishak
1:53 Petang
19HB Mei 09'
Subang Jaya

Kegilaan (ii)

Khayalan melampau
meranjau aku
ke arah itu
berdesing berdengung

Sudah aku menjangkau
masa aku akan tiba

ashraf ishak 
12:48 Pagi
15 Mac 09' 
Subang Jaya

Mungkin takut mati sendiri

Dengarkan aku
dengarkan awan
dengarkan bintang
serta lautan
malam
belum siap
berlabuh
dari mata hati
ke mata hati

biarkan
biarkan aku
kecanduan
keseorangan

ashraf ishak
2:11 Tengahari
12HB Mei 09'
Rumah

Mati melulu

Kejam pelik
jenuh
esok pagi
berjalan
meluru
sepantas kilat
melaknat
penat ini
belum sudah
mendakwa
akan apa adanya
kita
dan manusia
sebelum aku
mati melulu

ashraf ishak
10:56 Pagi
8 Mei 09'
Kuala Lumpur

Satu punca

Kelihatan
anak-anak muda
girang tertawa
dingin
tanpa ingin
sebut saja
mungkin
bila dewasa
kita kan terlupa
seru
darah dan tali
kita renggang
untuk satu punca
kita eratkan

ashraf ishak
1 Tengahari
8 Mei 09'
Kuala Lumpur

Merenung terus

Pecah keburuan
lincah melawan
seperti aku
kebuluran
meranjang perang
aku
takkan bahagia
tanpa mu

merenung terus

ashraf ishak
10:32 Pagi
8HB Mei 09'
Setia Jaya

Sebenarnya sebegini

Di tempat aku
meletakkan
bukan satu
dimensi itu
bukan lagi
dan tak pernah
menjadi-jadi
olahan ketak
kering otak
dengan nadi hari
seolah berpecah
berderai

dan engkau
engkau itu
maksud
kenapa aku
sebenarnya
sebegini

ashraf ishak
8:15 Malam
7 Mei 09'
Kota Damansara

A perfect song

My strange deep love’s
secret moon like winter
dark how his thousand spirits 
softly bloom 
over a wander 
with warm red gold light 
every hour less cold skies 
will sleep after a stormy day 
across the star 
she asks for a perfect song

 ashraf ishak
1:00 A.M.
30TH April 09'
Damansara

Kemaruk dadah puisi

Selagi kita
masih bermimpi
biar tak senang
tak susah
aku meratah
masa

selagi kita
masih hidup
berjuang
mengaib
setiap patah
aku junjungkan
setiap detik
untuk memuja
setiap inci
dalam kemaruk
dadah puisi
aku berimaginasi

ashraf ishak
9:14 Malam
29HB April 09'
Damansara

Manusia terbuang

Bila berkocak
masa
di antara engkau
dan dunia
tak bergoncang
lincah
mata terlarang
petah terancam
lidah mengancam
kasar
dengan ludahan
engkau
manusia terbuang

ashraf ishak
12:12 Pagi
29 April 09'
Subang Jaya

Bercumbu cemburu

Setiap engkau
berdetik
berdarah menitik
meracau
akan adanya
aku disitu
mengecil
nafsu
membuas
dan lantas
kita bercumbu
cemburu

ashraf ishak
10:40 Malam
28 April 09'
Subang Jaya

Tak perlu, tak payah

Sudah berkali
aku mengulas
untuk tidak
membalas
atas sebab
tidak
aku mahu
menyeru
pecahkan daramu
suci
segelinap awan
dan arus
dan terus
kita bergaduh
hingga
tak selesai
ke sudah
tak perlu
tak payah

ashraf ishak
9:19 Pagi
28 April 09'
Kuala Lumpur

Mahukan dendam

Semalam
kau mengapikan aku
supaya marah

hari ini
engkau mengadu
salah

sudah manusia
untuk aku
tua melupa

sebenar aku
tenteram
aku masih
mahukan dendam

ashraf ishak
9:00 Pagi
28 April 09'
Kuala Lumpur

Buta

Di antara
aku
dan bintang

di antara
unggas
dan pasiran

berbogellah
biar ereksi
reaksi
buta
tanpa penglihatan

ashraf ishak
14 April 09'
Subang Jaya

Merancang kegagalan

Tarik
putus
nyawa
berdiam sahaja

kalau nanti
waktu itu
kita bahagikan
untuk
mendamai alam
biar saksi
sabda ku ini
merancang
akan kegagalan

ashraf ishak
12:31 Tengahari
21HB April 09'
Kuala Lumpur

Mati Jalang

Ligat mereka
menebar masa
kuning mata
rambang
dengan kegersangan
aky henyahkan
dengan pelempang

kalau di antara
gelap itu
pudar
dan aku ditengahnya
di sudut-sudut
sedu-sedan
aku mati jalang

ashraf ishak
9:55 Pagi
21HB April 09'
Kuala Lumpur

Blanket of stars

Your eyes
are sleepy
swallowing lust
you close them
for a while
forgetting
time
and all that
passed
I will
follow you
into a blanket
of stars

ashraf ishak
2:52 A.M.
21ST April 09'
Home

Jawab soal cinta

Sambungan kepada http://ashrafishak.blogspot.com/2009/02/soal-jawab-cinta.html

Kalau cinta
itu
bukan milik kita
milik siapa
kalau bukan
punya kita
!

aku bertanya
tapi tak dapat
menjawabnya.

ashraf ishak
2:44 Pagi
21HB April 09'
Rumah

Kegilaan

Dunia ini
sudah aman
dengan pertanyaan
kau
tentang dunia
apa yang kau cari
itu
berubah
dan aku menjadi gila
mimpi
tak pernah kau
berhenti
walau aku mendonggak
mencongak
dan bercorak
bongkak
biar berhenti
agar aku kegilaan

ashraf ishak
1:37 Pagi
21HB April 09'
Subang Jaya

Cinta manusia tak sempurna

Aku
hilang ingatan
di dalam
dunia
penuh penipuan

apakah aku
hanya perhentian
dalam kehidupan
kau yang
membosankan?

Sudah penat
aku menunggu
pujuk rayu
yang menggangu

ashraf ishak
10:10 Malam
8HB April 09'
Subang Jaya

Egonomi-ku

Masa
kau mengubah
aku
menjadi gila

Bila tenteram
itu
melewatkan usia

Cukuplah
dengan cinta
yang aku
tak merasa

ashraf ishak
9:48 Malam
8HB April 09'
Subang Jaya

Masih

Tak boleh
aku bezakan lagi
antara lerai
dan hati

kau pegangkan
pedih

di mana lirih
aku campakkan
dan kau buang
lemparkan
seperti tiada erti
aku
bagimu lagi

di antara
aku dan engkau
manusia kecil
berhati besar

biarkan terdiam

agar engkau
tidak tahu lagi
bahwa
aku masih
mencintai.


ashraf ishak
6:09 Petang
8HB April 09'
Subang Jaya

Nafkah seurat

Ketika aku bergelut
dengan diriku
mencarut
ludahkan sahaja
dengan pipis
ladamu

Biarkan mereka
tak perlu tahu
siapa sebenarnya
sendu membisu

Tak usah
lagi
kau mengumpil
yang tlah rosak

Hanya sekadar
nafkah seurat

ashraf ishak
12:54 Pagi
4Hb April 09'
Rumah

Sia-sia

Aku penawar bintang
yang tawar
selokanya
tawa bersahaja
nikmat sementara
kita masih ada
masa dan pencarian
ketentuan dan penentuan
itu masih ditangan-Nya

Ajal itu
tak perlu datang
sekarang

Kita pula
tak perlu
mati
dalam sia-sia

ashraf ishak
2:23 Petang
3Hb April 09'
Rumah

Bersujud

Biar habis
terlerai
persefahaman kita
tentang persengketaan
manusia
dan dalamnya
pernafasan
ritual nadi
bersemadi
sedekat tarikan panjang
Dia berkemudi
darah
dan sembilanpuluh sembilan
nama-Nya
mengalir
di setiap sudut
bersujudlah kita

ashraf ishak
2:28 Petang
1Hb April 09'
Subang Jaya

Sang pujangga jiwa

Siapa aku kau tanya? 
aku sang pujangga jiwa 
yang membara muda darahnya 
hidupku diisi nukilan dan cungkilan 
ketidakpuashatian 
dan segala yang engkau rasa 
tidak benar buat engkau seorang 
tidak aku jadikkan
semua ini obsesi 
yang lahir dari diriku 
namun hati yang terisi 
dengan makrifat mukjizat
tersirat 
memberi erti kekosongan diri 

Zahirnya pahit dan manis 
tertulis di kanan dan kiri 
dan aku masih berdiri di sini 
Siapa aku kau tanya? 
aku sang pujangga jiwa 
yang membara muda darahnya 

 ashraf ishak 
8:47 Malam 
30HB Mac 09'
Subang Jaya

I could now sleep

I could now
sleep
in this restful
peace
of my disease
recitative beats
null
to my skin
and within
a split
of a second
lights
turn shadows
into a play

over..

and over again
I repeatedly
sang
to my deathbed
so everyone
could remember
as I say..

I...

could now..

sleep..

ashraf ishak
7:20 P.M.
30TH March 09'
Home

Engkau seorang

Kebencian
yang ada
padaku ini
hanyalah kerana
nafasku terhenti
bersama erti
dan nilai
dibawa badai
ombak
yang menyorak
mengorak
tanpa bongkak
aku tersisih
tiada siapa
mendengar rintih
walau hanya
ada suara
yang mendengar
aku terlantar
di dalam bayangan
engkau seorang

ashraf ishak
2:19 Pagi
27HB Mac 09'
Rumah

Pernah kau

Pernahkah kau
bertanya
pada bintang
akan semua
cerita
yang kau simpan
cahaya kerdip
ku menyimpang
sehingga kecah
berkelipan
bergelimpangan
tangan
ku berebutan
ribut malam
ini
hambar sunyi
dengan pertanyaan

pernahkah kau
bertanya
pada bintang

ashraf ishak
12:25 Pagi
26 Mac 09'
Rumah

Cinta langit syurga ke-tiga

Kau hinakan
semua alasan
tanpa memujuk
ku peluk
menyeluk perasaan
ku jadikan
prasangka
teman dunia itu
seseorang
yang mampu
aku berikan
segala
tanpa adanya
dia
di antara curiga
sekali aku
letakkan cinta
di langit syurga
ke-tiga
sakit jatuhnya
itu
ku rasa

ashraf ishak
9:26 Malam
24HB Mac 09'
Subang Jaya

Pahlawan

Nafkah
seurat tali
benang
meremang
tanjak berperang
kita satukan
hati
biar keras
padat
dan sebati
seperti tadi
dan kemudianya
putus
benang basah
gasak
lantak punah
menyiarap
naik darah
tunjuk belang
mati pedang
dimakan tuan

ashraf ishak
2:36 Petang
24HB Mac 09
Kuala Lumpur

Pendiam

Aku letih
dengan kegagalan
kehidupan
aku mahukan
cinta agung
yang pertama
ku pegang
biar tak renggang
aku
dengan pengalaman
aku ingin
satu
dengan Tuhan
dengan tubuh
bersih
dan hati tenteram
aku inginkan
teman
serapat alam
agar musnah
marah
dendam
tapi semua ini
bukan tentang
aku
kerana aku
yang engkau
kenal
yang engkau
tahu
hanya pendiam

ashraf ishak
5:17 Petang
23 Mac 09'
Kuala Lumpur

Bebas

Aku tak boleh 
menolak lagi
sekecil mana 
tanggapan aku 
untuk terus 
mengharap 
dan mengucap 
kata-kata 
yang pernah 
aku dusta 
tak mungkin ada
jika esok 
aku masih menginginkan 
sayang 
kita lupakan sahaja 
biar gelap meranap aku 
bebas dari cinta 

ashraf ishak 
8:46 Malam 
22 Mac 09' 
Kuala Lumpur

Punca kematian

Nafas cinta
terbahagi dua
alis alasan
perkataan bayang
dan semua
kita peragakan
di robok
kau isikan
kebencian
sorokkan
keseronokan
dan tambah pula
bila di akhirnya
kau rasa
diperalatkan
kemudian
kau keluarkan
perlahan

aku sudah
menolak
pada kemungkinan
kau
seperti aku
di saat-saat
tak menyenang
meraba gelap
dan menahan

ashraf ishak
11:49 Pagi
23HB Mac 09'
Rumah

Dendam

Biarkan api
membakar diri
sehingga lupa
budi bicara
aku tak
peduli lagi
akan kata-kata
kau menghina
biarpun
pernah dahulu
aku
kau jadikan musuh
dan sejurus
lidah
kau putuskan
cabang
dendam itu
masih
kau susuk
ke rahang

ashraf ishak
12:21 Pagi
23 Mac 09'
Rumah

Siapa kau sebenarnya

Bait kata
menyingap
urat sendi
dan naluri
manusia kosong
berbohong
sendiri
memperlihat raga
di mana
berdirinya aku
di dalam mereka
seolah meratap
seloka
yang tertulis
bergelut ideologi
dan minda
mainan
tanpa kau ketahui
siapa diri kau
yang sebenar

ashraf ishak
10:11 Malam
22HB Mac 09'
Rumah

Gadis kota

Berkecamuk
aku
dengan amuk
bertelanjang
aku
di ranjang
gadis kota
kau kirimkan aku
salaman jauh
dan tempat
aku bermimpi ini
bukan lagi masa
menentu
akan aku
tidak lagi menjengguk
memeluk tubuh
sendirian
di sebuah
kamar kecil
bersetubuh
zinar
hilang akal
aku fikirkan
biar diam bicara
ini bukan
dan mungkin
tak ada
buat aku lagi
mengerti

ashraf ishak
1:50 Petang
20HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Aku bukan untukmu

Buat seorang penulis. Sudahkah kau melupakan aku?.

Biar hilang
malam ini
di telapak
tanganmu
telunjuk
menunjuk-nunjuk
mengangguk
sudah lama
aku katakan
demi berbisik
perlahan

aku tetap
menahan
rasa marah

aku ingin
dan masih
mahukan
kau disini

tetapi
aku bukan
untukmu

ashraf ishak
1:26 Pagi
20HB Mac 09'
Rumah

Tentang kematian

Mati itu
melankolis
berkubur lumpur
lubang cacing
daching
meracau bilau
intipati
yang punah

dan ingatlah
bahwa
hari tuamu
akan berakhir
dengan ajal
membenih
seribu kehidupan

ashraf ishak
11:20 Pagi
4HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Dahulu

Buat dia yang tak merindui aku

Bukan aku yang kau rindu
kerana apa mimpiku 
masih dipenuhi dengan kau
dan aku masih sedih
akan pemergian
suatu hari 
mungkin kau akan memahami
sakit dan sedalam mana
aku pernah mencintai 
dan tak mungkin kau 
akan menyedarkan dirimu
untuk mencintai aku seadanya 
sepertinya dahulu

ashraf ishak 
10:20 Malam
4HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Naif

Andai kata
yang terpahat
di hati itu
benar
sudikah kau
mengambil masa
mengenali diriku
walaupun
sedu-sedan
dan segan
perlahan
ku jadikan teman
sepi itu
sudah lama
kunanti
biar lewat malam
firasatku
menyatu aduk
bercampur
dan segala
naif
tentang engkau
hancur

ashraf ishak
8:29 Pagi
3Hb Mac 09'
Kuala Lumpur

Sebab sepi

Aku takkan
sadar
dari tidur
yang lena
seperti mana
engkau
tak akan
mengubah
membuah
membuang akal
yang terlepas
dan terjejas
demi persepsi
engkau sendiri
yang menyendiri
sumbing bibir
berdarah
dan takut kalah
itulah
penyebab sepi

ashraf ishak
4:27 Petang
2HB Mac 09'
Subang Jaya

Akal tak tercapai

Berlopong kosong
berdepan badang
dan kita
telanjang
di lantai mamar
yang samar
warnanya
ditutup
dan dibuka
ghairah
yang hiba
sedetik suara
seharinya
berduka
topeng
di muka
masih dipakai
biar mereka
tidak tahu
kita siapa

akal tak tercapai

ashraf ishak
3:39 Petang
2HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Jahanam

Di mana
si bodoh
dan
si bangang
yang engkau
pandang tinggi
penipu itu
engkau
selama ini
sudi aja
aku menolak
menyorak
menyuap
saudara-saudaramu
dengan penipuan
celaka engkau
dengan posisi
yang engkau
pegang
biarkan engkau
mati jahanam!

ashraf ishak
3:25 Petang
2HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Cinta dunia nyata

Babak-babak
terliur
di mana
panas sekarang
dan sejuk
kemudian
membakar aku
dalam kesenangan
cinta
dunia nyata
tak pernah sempurna
setinggi mana
ia diletakkan
bersama Tuhan
namun
apa yang ku cari
tetaplah
perhentian
dia antara dua
dan cinta sesama
kita itu
tidak pernah
wujud
sewajarnya

ashraf ishak
3:12 Petang
2HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Hari ini

Penat
aku berjalan
tanpa arah
tuju
semakin gila
seperti aku
yang tak menentu
panas
hari yang terbit
jenuh
aku melihat jauh
pandangan kabur
di mana pundak ku
bersahur
bertempur
dengan marah
lurah berpanah
hari ini
masih belum
selesai
untuk aku tempuhi

ashraf ishak
11:39 Pagi
28HB Februari 09'
Kuala Lumpur

Rahsia bintang

Malam ini
aku ditemani
bintang
dan bulan
adalah lawan
gelap
menerkap sayu
bersayap batu
mencari sesuatu
yang tlah lama
hilang
disisi angin
yang meniup
ke arahku
masih tidak
ku tahu
kalau mungkin
masih ada
tak mencukupi
atau
hanya bintang
yang bisa
memberitahu
segala rahsia
tidak aku ketahui

ashraf ishak
5:23 Petang
27HB Februari 09'
Subang Jaya

Bangku kosong

Bangku kosong
yang belum
aku duduk
belum diduduki
orang lain
masa dan waktu
mengisi ruang
kekosongan
di mana
hitam dan putih
berjelaga
di suatu sudut
tanganku mengapai
untuk mengheret
lalu
bising
mencakar hening
perspektifku
tentang semuanya
sudah bertukar

ashraf ishak
5:07 Petang
27HB Febriuari 09'
Subang Jaya

Manusia rumit

Manusia rumit
hanya bertumit
masalah
kecil dan besar
tak pernah
belajar berdikari
atau
melihat situasi
yang sebenar
begitu juga
aku
tak memahami
walau sedikitpun
kotak-katik
yang dicatit
di calit
ke dahi
hanya untuk
imaginasi
yang berahi

aku
manusia rumit itu

ashraf ishak
1:01 Petang
27HB Februari 09'
Rumah

Jika putus harapan, sambungkan semula

Buat kekasihku
yang menangguh
harapan
dan ungakapan
kata cinta
bercandar itu
amat memedihkan
walau hanya kita
yang memahaminya
menanti itu
melelahkan
buangkan sahaja
masa
yang telah terluang
biarkan
tak mengapa
sia-sia belaka
aku ditipu
impian celaka

jika putus harapan
sambungkan semula

ashraf ishak
6:59 Pagi
27HB Februari 09'
Rumah

Hujan dan bunyi bising

Di atas atap
berkali kali
menindih
di atas lantai
meleleh
hujan
dan bunyi bising
seperti kelam
dunia
tak mendengarnya
ku menutup mata
untuk cuba
membutakan
pendengaran
buat seketika
namun
hatiku tetap
dengan riuh
yang penuh
dan terus mengesak
mendesak aku
mencari teduh
dari bising hujan
yang membunuh

ashraf ishak
3:01 Petang
26HB Februari 09'
Kuala Lumpur

Rainy Thursday morning

the clouds
are orange
blue and grey
and so they say
its yet again
a rainy
Thursday morning
pack your bags
we're going out
as cats and dogs
are about to sprout
bring your jacket
and don't forget
to cover your head
for it's another
rainy
Thursday morning

ashraf ishak
10:23 a.m.
23rd February 09'
Subang Jaya

Soal jawab cinta

Jangan kau luahkan
hanya kerana 
itu yang ku rasa 
andai kau boleh melihat 
apa hatiku berbicara 
dan mendengar
kata-kata sepi hati 
jangan kau biarkan 
alis ini menangis 
hanya untuk dirimu 
yang tak mungkin 
aku miliki 
nadi keluli cinta 
kejutkan aku dengan tawamu
 biarkan aku bergelut 
dengan harapan 
dan tarik nyawaku 
bila tidak ada jawapan 

 ashraf ishak 
6:32 Pagi 
25HB Februari 09' 
Subang Jaya

Kerna aku tak termampu kehilanganmu

Padamkan resahmu
di bahuku
sadarkan aku
dari tidurku
oh sayang
dan biarkan
kau ku miliki
cintamu
bagaikan mimpi
yang indah
hatimu
dan hatiku
bersatu
memang itu
yang ku mahu

ashraf ishak
11:21 Pagi
24HB Februari 09'
Kuala Lumpur

Hujan (ii)

Hari hujan
lantas
pantas
mereka berjalan
berpelukan
mereka kesejukkan
damainya rahmat
pemberian-Nya
bersih
suci
dosa kau basahi
berkejaran masa
yang kian hilang
sebelum
sekali lagi
hujan datang

ashraf ishak
5:07 Petang
23HB Februari 09'
Rumah

Berdagang

Tegakkan hati
ke matahari
dan mata hati
akan berlabuh
dari jauh
untuk berpauh
denganmu

dengarkan
suara-suara
lembut
atau sumbang
perhatikan
gerak-geri
hati hati
dengan apa
yang akan
kau tempuhi

junjungi mereka
yang punya
cita-cita
tapi jangan
kau kasihani
musuh-musuh
yang membunuh
sesama mereka

saudaraku
masih banyak
yang akan
kau lihat
bila bumi kau pijak
di sebelah sana

ashraf ishak
3:34 Pagi
23HB Februari 09'
Subang Jaya

Mencari

Merapah kelaparan
meratah hening
kepeningan
tunjukkan aku
ke arah
di mana malam
dan siang
berpusing
menjadikkan aku
makhluk
dua alam
terbalik sudah
berjumpa jalan
esok lusa
dan tahun depan
mungkin
aku ke sini lagi
siapa yang tahu
apa aku mencari

ashraf ishak
12:47 Pagi
23HB Februari o9'
Rumah

Buat penulis serba hebat

Belum puas
lunas
ideologi pertuturan
sudah kau
berikan komentar
yang kau lontar
itu tak cukup
bernas
untuk diperbahas
jadi
salahkan mereka
kerana terlalu
bijaksana
lebih pandai
kerana berlainan
kau...
kau hanya nama
(isikan nama di sini)
siapa sahaja kau
yang aku rasa
lebih sesuai
mungkin saja
kau juga berkata-kata
tentang aku
(aku tidak tahu kan?)
tapi jangan kau
marah
kerana menoleh
persepsi tentang
engkau sendiri

ashraf ishak
6:24 Pagi
22HB Februari 09'
Rumah

Jahil

Kesahihan itu
terlalu jauh
kalau mau
atau tidak
bercanggah
pecah
terdiam
melelapkan kelam
ribut
merebut pelan
maka tersebut
satu persatu
bergelutan
tanpa izin
kita membabi buta
mengejar harapan
demi harapan
hanya untuk
hari esok
yang tak pernah datang
campak dan tangkap
teruskan
fenomena alam
tak berputar
sekeliling kau
yang kejahilan

ashraf ishak
6:05 Pagi
22HB Februari 09'
Rumah

Anak

Datanglah kau
dengan senyuman
tangisan
dunia baru
kau pejam
tangan kecil
diperhati
setiap
gerak geri
jari jemari
memegang elus
erat
kini kau
mengisi ruang
kekosongan
hidup
dua pasangan
untuk selamanya
akan bersama

insan
anak
membawa bahagia

ashraf ishak
4:48 Pagi
22HB Februari 09'
Rumah

Pena mata biru

Pena mata biru berkata padaku 
mencatat kenangan 
membuang menghilang 
rasa takut yang dulunya tersimpan 
kertas lantas menyahut 
berpaut terasa dengan ungkapan 
yang tercela terumpan 
dengan semua senyuman 
yang satu hari nanti 
tak akan diingat 
bila pena mata biru itu 
sekali lagi diangkat martabatnya 

Untuk mengubah dunia 
menjadi sejarah 
bagaimana semuanya bermula 

ashraf ishak 
8:20 Malam 
21HB Januari 09' 
Subang Jaya

Fitnah

Hello sayang
masih bermimpi?

bunyinya seperti...
seperti...

eh...
tak mungkin...

iya ke?

kalau tak
macamana?

jangan terlalu
difikirkan
mungkin hanya mainan...

apa?

oh..sekarang saya faham
susah nak dijelaskan

fitnah kau pendamkan

ashraf ishak
6:26 Pagi
21HB Februari 09'
Rumah

Aku siapa

Matahari memuncak
tidur bermula
mula menguap
hingga ke petang
azan
tak dilayan
maghrib menjelma
baru terjaga
apa nak jadi dengan kau hah?
aku terdiam
biarkan sahaja
sudah lama aku kehilangan
cuma kini
mencari
aku siapa

ashraf ishak
6:14 Pagi
21HB februari 09'
Rumah

Alasan

Lesu
aku dengan
kau yang bisu
menjadi buntu
bebal
kepala ku yang
kosong
lopong
berbogel
kau teropong
melopong
keringkan kerongkong
dari kahak
membahak
membahas
dosa
tak lunak
tak puas
menjajah
diam lah!
memekak
semak kepala
otak teriak
menjerit pekak
sampai ke sudah
tak habis
dengan alasan kau
yang tak munasabah

ashraf ishak
4:58 Pagi
21HB Februari 09
Rumah

Buta itu cinta

Kau kotakan
sejuta mimpi
nyata
terlaksana
bukan lagi
senyuman itu
kau minta
puas
membuas
memburu
HEY KAU!
aku cemburu
aku...
ye aku lelaki
tidak meminta banyak
cuma sedikit
cuma sedikit
dari masa kau
yang terbuang
dengan awangan
bayangan lelaki
yang untuk
kau itu sempurna
aku bukan semua itu kan?
tapi aku masih mencuba
tak bolehkah
kau melihat
dari sudut pandangan
condong
melintang
dengan kesemua bacul
merintang
buta itu cinta
cinta yang kau
tak akan pernah
ada

ashraf ishak
4:35 Pagi

21HB Februari 09'
Rumah

Setia

Ku tak tahu
apa mahumu
namun
melihat mata 
dengan hati 
kita mengerti 
saksi Tuhan 
hanya kita
di sini 
menunggu bicara 
cemuh 
maki 
tidak adil bagiku
mengungkit 
memungkar janji
setia bukanlah 
temanku lagi 

ashraf ishak 
12:15 Tengahari 
4Hb Februari 09'
Subang Jaya

Distant Dreamer

Distant dreamer
of the past
drifting
in the colours
out of hand
that waved
but waited
for no man
out to the skies
within
a matter of time
defeats purposes
circumstances
and the blind
it was a myth
that lovers
never met
but in their lives
they have instead
and to this day
is yet to be
the distant dreamer
that is he

ashraf ishak
3:23 a.m.
3rd February 09'
Home

Malam nanti aku pasti kan pergi

Atas tubuhku
urat-urat mati
darah mengalir
liang lahat
tempat tidur
utama
bersama mereka-merka
yang sudah lama pergi
dicampak tanah
dikalis bunga dan air
nanti
tumbuh rumput
dicantas pula
biar bersih kembali
di sini letaknya
mayat
seorang hamba Allah
yang mati tragis

atas tubuhku
kau bacakan
ayat-ayat suci
hingga malam nanti
kau tidur
pulas
menangis

ashraf ishak
2:14 Pagi
31Hb Januari 09'
Rumah

Sudahlah

Sudahlah
semua itu tiada guna
dibahas lagi
kau pun dah berpunya
aku ini siapa
untuk kau miliki
dipeluk
diusapkan jari-jemari
di rambutmu
rapi
atau disapa
hey, kau juga milikku
sudahlah
dengan angan-angan
mimpi-mimpi
dan angau
tak bermakna ku ini

ashraf ishak
12:36 Pagi
31Hb Januari 09'
Subang Jaya

My first, my best, my everything

What can I do
to make you
fall for me
it's no use
anymore
cause you can't see
the better things
I try so hard
to make you feel
beautiful
but I was the fool
that let you in
to my life
and everything
is now akward
as it seems
redundant
then before
but I want you more
every night
in my sleep
I keep dreaming
that you'll
be coming back
and now I remember
how it started
(how it started)

you were the first
the best
and everything
I had

ashraf ishak
4:12 p.m.
23rd January 09'
home

Aku belum ada jawapanya (tapi apa yang terlalu retorik tentang persoalan itu?)

Hah!
jadi kau setuju kan
kalau aku katakan
aku ini
hanya manusia
yang hanya boleh
tertarik
dengan penolakan

seberapa mana
yang cuba
kau tanyakan
semua itu
tak ada yang lebih penting
dari permainan
perasaan

aku bukan adam
yang ingin dibuang
ke hujung dunia
hanya untuk kembali
berjumpa
dengan buah hatinya

iya, aku cemburu.

aku belum ada jawapanya
tapi
apa yang terlalu retorik
tentang persoalan itu?

ashraf ishak
8:08 Malam
20 Januari 09'
Rumah

Cinta dua insan (belum ada kesudahan)

Pegang tanganku
pejam matamu
kau tak perlu takut
bibir berkunci
mata dan hati
sendu
tilik kan angin
agar kau tahu
siapa
kita berpeluk
ranjang bernyawa
telanjang
aku menyusuk
kau mengerang
kepuasan onani
gunung berapi
teransang
dan malam
terus berlalu
cinta dua insan
belum ada kesudahan

ashraf ishak
4:11 Petang
20 Januari 09'
Kuala Lumpur

The girl (with interventions)

There she goes
half heartedly
mentioned
spirited high
with interventions
and thy skies
be witness
of her lies
shan't it never be
of her starry eyes
what may cometh
is fairly seen
what may occur
what may have been
and again
the spirited girl
goes running in
half heartedly spoken
bruised
but amused
with interventions

ashraf ishak
Unknown place
Unknown time

Sementara (kita masih berdosa)

Aku tak gila
engkau semua
yang gila
kerana tak tahu
bezakan yang benar
dengan realiti
kau duduk disitu
dengan
air kencing setanmu
bercanda kosong
jadi apa guna
namaNya kau pinjam
kalau itu semua
angkara permainan
kau dan semua
yang hanya untuk
sementara

ashraf ishak
6:48 Pagi
18 Januari 09'
Rumah

Aku bukan dia (tapi aku cemburu)

Just admit it.
Kau sukakan lelaki puitis
yang mysterious kan?
kau lebih sukakan lelaki puitis
yang tak suka menunjuk-nunjuk
dirinya siapa
hanya dengan penulisanya
yang mencerminkan
dirinya itu seseorang yang "real"

kalau itu persoalan
yang kau acukan padaku

memang benar
aku cemburu

ashraf ishak
6:27 pagi
16 Januari 09'
Rumah

Patah hati

Ruangan hati
terisi
dengan sendiri
dan bila
semua itu
hilang
terpendam
rasa takut
bimbang
aku tak peduli!
aku tak peduli!
aku menjerit
aku menangis
sudah cukup lama
aku menyimpan
aku tak boleh
merahsiakanya lagi
aku
telah patah hati
kerana aku
tak boleh membuat
kau jatuh hati
padaku lagi

ashraf ishak
6:34 Pagi
16 Januari 09'
Rumah

Mati (hidup kembali)

Biar
malam ini
aku dicemari
bintang-bintang kecil
yang malap
dengan indah
biar
puitis angin
mendayung aku
ke hujung dunia
dari mulanya
anak sungai
ke dasar laut cina
biar pulas
darah mengalir
pening
hingga lemah
lemas
berdesir
persimpangan ini
yang kini berakhir
aku akhiri
dengan tangan terbuka
dan jari jemariku
saksi
setiap gerak-geri
setiap kata-kata
setiap tingkah laku
segala dosa
dan semua pahalaku

ashraf ishak
2:00 Pagi
16hb Januari 09'
Rumah

God (and I ask you)

I was looking
at the sun
when it blinded me
eyes tangible
from the moment
lids opened
shattering
pupils and iris
backfired
manipulated echoes
tired
from a distance
you could hear
the persistence
though existence
mind expended
tempered skin
tanned
too burned out
pores are porcelain
rough
but yet the beauty
still remains
the mysterious works
of the one above

ashraf ishak
6:30 p.m.
15Th Jan 09'
Home

Enough for now

The child
now asleep
probably thinking
deep
depths of lengths
and measures
in it's weak
a mass projection
light
turns on
from dusk to night
every morning
calling for a name
unsoundly ashamed
profane
and once
it touches down
it is never to be seen
the child that slept
had rest it's head
against the sorrows
of the world
enough for now
he says

ashraf ishak
5:24 a.m.
15Th Jan 09'
Home

Make you fall in love again

And I saw you
in the dark
eyes trickling
with tears
what was said
what you've been told
I hold your hands
to let you know
it's okay
a flattering gesture
as appose to
just keeping quiet all day
and the moment
stood still
with you
still shaken
in fear that
all of these
would end
so quickly
as how it began
I may be crazy
to think
I could make you
fall in love with me
again

ashraf ishak
6:49 a.m.
14Th Jan 09'
Home

This is where the transmission ends

This is where
the transmission ends
and all that's left
is a black and white
coloured screen
a million toned
noise
reduced with
sleepy nights and
tragic dreams
what you have seen
was only real
behind those plastic
covered parts
and those people
you see
only existed in a world
they call the T.V.

This is where
the transmission ends.

ashraf ishak
5:09 a.m.
12Th January 09'
Home