hanya kerana 
itu yang ku rasa 
andai kau boleh melihat 
apa hatiku berbicara 
dan mendengar
kata-kata sepi
hati 
jangan kau biarkan 
alis ini
menangis 
hanya untuk dirimu 
yang tak mungkin 
aku miliki 
nadi keluli
cinta 
kejutkan aku
dengan tawamu
 biarkan aku bergelut 
dengan harapan 
dan tarik nyawaku 
bila tidak ada
jawapan 
 ashraf ishak 
6:32 Pagi 
25HB Februari 09' 
Subang Jaya