Aku belum ada jawapanya (tapi apa yang terlalu retorik tentang persoalan itu?)

Hah!
jadi kau setuju kan
kalau aku katakan
aku ini
hanya manusia
yang hanya boleh
tertarik
dengan penolakan

seberapa mana
yang cuba
kau tanyakan
semua itu
tak ada yang lebih penting
dari permainan
perasaan

aku bukan adam
yang ingin dibuang
ke hujung dunia
hanya untuk kembali
berjumpa
dengan buah hatinya

iya, aku cemburu.

aku belum ada jawapanya
tapi
apa yang terlalu retorik
tentang persoalan itu?

ashraf ishak
8:08 Malam
20 Januari 09'
Rumah

2 comments:

Hope said...

Interesting. I don't have the answer too...

Ashraf Ishak said...

Nobody has the answer...