Masih

Tak boleh
aku bezakan lagi
antara lerai
dan hati

kau pegangkan
pedih

di mana lirih
aku campakkan
dan kau buang
lemparkan
seperti tiada erti
aku
bagimu lagi

di antara
aku dan engkau
manusia kecil
berhati besar

biarkan terdiam

agar engkau
tidak tahu lagi
bahwa
aku masih
mencintai.


ashraf ishak
6:09 Petang
8HB April 09'
Subang Jaya

No comments: