Buta itu cinta

Kau kotakan
sejuta mimpi
nyata
terlaksana
bukan lagi
senyuman itu
kau minta
puas
membuas
memburu
HEY KAU!
aku cemburu
aku...
ye aku lelaki
tidak meminta banyak
cuma sedikit
cuma sedikit
dari masa kau
yang terbuang
dengan awangan
bayangan lelaki
yang untuk
kau itu sempurna
aku bukan semua itu kan?
tapi aku masih mencuba
tak bolehkah
kau melihat
dari sudut pandangan
condong
melintang
dengan kesemua bacul
merintang
buta itu cinta
cinta yang kau
tak akan pernah
ada

ashraf ishak
4:35 Pagi

21HB Februari 09'
Rumah

No comments: