Buta

Seperti apa
manusia
yang tidak pernah
berbuat dosa
atau tidak tahu
akan kekuranganya

Kerana dia 
yang tidak mendengar
dengan hatinya
tidak mungkin bisu
tetapi buta

ashraf ishak
1:53 Pagi
31HB Disember 22'
Taman Tun


Monotheism (2022)
mixed media on canvas
26.6 x 12.7 cm


Undivided (ii) (2022)
mixed media on prozac leaflet

Hujan

Lalu
dunianya hilang
tanpa rasa kelam
terbisik tenang
dalam derasnya hujan

ashraf ishak
1:44 Pagi
28HB Disember 22'
Taman Tun

Hati Tanpa Rasa

Di sela senja
dimana duka
menjadi lara
nestapa
hati tanpa rasa

ashraf ishak
1:23 Pagi
28HB Disember 22'
Taman Tun

Hadir

Tiap kali
aku menyedari
ketiaadaanmu
hatiku kaku
layu menjadi bisu

Adakah ini
ketentuan takdir
atau akankah
cinta akan hadir
sepertinya dulu

ashraf ishak
8:09 Malam
27HB Disember 22'
Taman Tun


Undivided (2022)
mixed media on prozac leaflet

A Walk In The Park

I still remember the days
the stillness of the air
amidts the silence
the skound of nature
nurturing my thoughts
wondering
why I am still alive

Your hair
frolicking in the wind
while the birds chirp
as I close my eyes
wondering
why I am still alive

ashraf ishak
10:49 AM
27TH December 22'
Kiara Park

Sengsara

Zahirnya
dunia ini 
hanya satu penipuan
biarkan sahaja 
aku mati
dalam sengsara

ashraf ishak
2:02 Pagi
27HB Disember 22'
Taman Tun

Sendiri

Meniti
kamar sepi
mencari erti
dalam diamnya
pelangi

Hari demi hari
aku masih sendiri

ashraf ishak
11:22 Malam
26HB Disember 22'
Taman Tun


Physical Touch (ii) (2022)
mixed media on receipt paper

 


System Slavery (2022)
mixed media on punch card


Physical Touch (2022)
mixed media on receipt paper

 


Sebelum Malam Menjangkau Pulang
2022
mixed media on prozac packaging

 


Mencari Arah Tuju (ii) (2022)
pen on paper


Mencari Arah Tuju (2022)
pen on paper


Joy (2022)
mixed media on prozac packaging


Disbelievers (ii) (2022)
mixed media on paper

 


Disbelieverers (2022)
mixed media on paper

 


The Truth That Lies Ahead (ii)
2022
mixed media on paper


The Truth That Lies Ahead
2022
Mixed media on paper

Hilang

Sepasang sayap
engkau labuhkan
buat melepaskan
cinta dan sayang
namun patah
dengan harapan
ditinggalkan kasih
kesudahanya hilang

ashraf ishak
12:26 Pagi
27HB September 22'
Taman Tun

Kegelapan

Melihat diri
dalam diam
menghambat rindu
dalam kelam
lalu terhenti
seolah mati hati ini
menenggelami
kegelapan

ashraf ishak
10:32 Malam
26HB September 22'
Taman Tun

Kecewa

Melawan
arus dunia
dimana semua
rencana
berakhir kecewa

ashraf ishak
3:24 Pagi
24HB September 22'
Taman Tun

Dia

Ketika duniamu 
dilanda 
ombak sengsara
kembalilah segera 
kepadaNya

ashraf ishak
12:45 Pagi
23HB September 22'
Taman Tun

Ibu

Ibu
dari saat pertama
aku melihat matamu
cinta yang tidak
berbelah bahagi
kau berikan kepadaku
terlalu banyak
jasamu buatku ibu
semoga warkah
dan doa ini
kau terima
sebagai penemanmu
di situ

ashraf ishak
11:23 Pagi
22HB September 22'
Taman Tun

Kerana Cinta (ii)

Mengharap belas kasih 
manusia
dimana mereka
tidak mungkin
akan berbuat yang sama

ashraf ishak
9:44 Malam
21HB September 22'
Taman Tun

Kerana Cinta

Kerana cinta
aku menderita
mengharap kasih
dari manusia

ashraf ishak
12:21 Petang
19HB September 22'
Taman Tun

Taksub

Adakah kita bersedia 
untuk pergi 
selamanya
atau adakah kita 
masih terlalu taksub 
dengan kehidupan dunia

ashraf ishak
6:19 Pagi
18HB September 22
Taman Tun

Syurga

Bayangan dunia
yang menjanjikan
bahagia
kelak menjadi
derita manusia
yang tidak
mengharapkan syurga

ashraf ishak
2:38 Petang
9HB September 22'
Taman Tun

Manusia

Dunia ini tiada erti
tanpa bahagia
namun
yang mencipta rasa
itu Tuhan
bukan manusia

ashraf ishak
7:30 Malam
7HB September 22'
Pahang

Mati

Di ruang hati
Yang disemai cinta
berputik kembali
rasa damai
yang mengisi sanubari
hanya kerana hilang
jiwa terseksa
yang tlah mati

ashraf ishak
1:44 Pagi
3HB September 22'
Kuala Terengganu

Pergi

Jika permergianmu itu
takdirku
aku terima
dengan sepenuh hati
dan jiwa

ashraf ishak
9:59 Pagi
2HB September 22'
Shah Alam

Puisi dan Lagu

Di sini
ku selitkan
kesunyianku
demi warkah
yang bernafaskan
puisi dan lagu

ashraf ishak
7:18 Pagi
1HB September 22'
Taman Tun


Calmness In Chaos (2022)
mixed media on paper


A Tragic Tale (2022)
mixed media on prozac packaging

Sebenang Cinta

Seurat kasih
ku berikan
sebenang cinta
yang datang

ashraf ishak
10:54 Malam
31HB Ogos 22'
Taman Tun

Sendiri

Kita semua
bakal mati
meninggalkan dunia
yang tiada erti
dalam kegelapan
sunyi dan sendiri

ashraf ishak
3:59 Pagi
29HB Ogos 22'
Taman Tun

Ikhlas

Dunia 
takkan terang
tanpa kegelapan
cinta 
takkan mati
tanpa keikhlasan

ashraf ishak
4:51 Pagi
28 Ogos 22'
Taman Tun


Loveless (ii) (2022)
cyanotype print on paper


Fern (2022)
mixed media on paper 


Loveless (2022)
cyanotype print on paper

Bicara

Jikalau dunia
kita tempatkan
diantara hati 
dan mata
tidak mungkin
sewenangnya
kita kan berbicara

ashraf ishak
2:49 Pagi
26HB Ogos 22'
Taman Tun


 



















@wasisstudio's best sellers are now available at @nelissahilman's store, Bangsar Village II.


Biru (2022)
mixed media on paper
 27.3 x 37.5 cm


Berhenti (2022)
mixed media on signage

 

Bertemu

Dan lalu
semua kerinduan itu
usai ditelan waktu
sehingga saatnya
apabila kita sekali lagi
bertemu

ashraf ishak
4:27 Pagi
20HB Ogos 22'
Taman Tun

Mungkin (ii)

Sambungan kepada puisi Mungkin

Anggap saja
bahawa semua manusia
bakal menghampakan kita
agar kita tidak mudah
berduka lara

ashraf ishak
2:41 Pagi
20HB Ogos 22'
Taman Tun

Kegelapan

Dalam keberadaan
petang
yang delewati
akan kesepian
sambil melihat
senja yang datang
lalu duniapun
dipenuhi kegelapan

ashraf ishak
6:49 Petang
19HB Ogos 22'
Taman Tun

Manusia Tercela

Di sela-sela senja
aku menunggumu datang
membunuh resah
yang hampir reda
tatkala airmata
berlinang di jiwa
yang merana

Menghapus segala dosaku
manusia yang tercela

ashraf ishak
6:25 petang
19HB Ogos 22'
Taman Tun

Wujud

Di perbatasan
hati yang teluka
mencari di antara
rasa dan jiwa 
yang lara
dunia yang tidak lagi
ada aku didalamnya

ashraf ishak
2:05 Pagi
19HB Ogos 22'
Taman Tun

Rindu

Semakin dalam
aku melihat
hatimu
semakin itu
aku cemburu
layu dan mendayu
dalam jiwa 
yang merindu

ashraf ishak
1:14 Petang
18HB Ogos 22'
Taman Tun

Esa

Percaturan masa
itu bukan milik kita
biarkan ia pada Dia
yang maha esa

ashraf ishak
7:35 malam
17HB Ogos 22'
Taman Tun


Thank you Paul for the support



Rasa

Adalah 
tidak wajar
jiwa ini berkecamuk
ketika mana
Hati ini hidup
tanpa ada rasa

ashraf ishak
6:47 Petang
16HB Ogos 22'
Taman Tun

Nyata

Pejamkan matamu
hilangkan kesemua
keresahan yang ada
agar mimpi-mimpimu
akan segera
menjadi nyata

ashraf ishak
3:25 Pagi
16HB Ogos 22'
Taman Tun

 



Wear your art; custom painted blazer

Mungkin

Mungkin
aku belum kuat
untuk memahami
mengapa hati ini
mudah dilukai

ashraf ishak
9:34 Malam
15HB Ogos 22'
Taman Tun


Renewal (ii) (2022)
mixed media on paperbag


Renewal (2022)
mixed media on paperbag

 

Pecoh

Sama-sama
gochoh
bila berjumpa
hati berpecoh

ashraf ishak
3:15 Pagi
10HB August 22
Taman Tun

Hilang

Dalam ketiadaan
hati tuk berpegang
ada jiwa
yang dalamnya
masih tersimpan
rahsia yang 
pernah menghilang

ashraf ishak
1:57 Pagi
5HB Ogos 22'
Taman Tun

Angin Dan Bintang

Jangan dipisahkan
angin dan bintang
yang berkelipan
biarlah dunia ini
bertempatkan
atas nama Tuhan

ashraf ishak
12:01 AM
4HB Ogos 22'
Taman Tun

Roh / Jiwa

Roh
bertemu jiwa
merasa bahagia
pabila bersama
seakan teguh
hati 
yang tidak pernah
berduka lara

ashraf ishak
6:35 Petang
3HB Ogos 22'
Taman Tun


 












 










Acrylic display for @wasisstudio


Berdua (iv)

Telah wujud
antara kita
dunia 
yang tiada batasnya
dan cinta
yang tiada akhirnya
biarpun syurga
tidak mungkin
menerima kita berdua

ashraf ishak
4:29 Pagi
1HB Ogos 22'
Taman Tun

Bahagia (vii)

Takkan lagi
ku siakan cinta
yang sedalamnya
ku rasa
hanya buat hati
yang tak meyakini
akan bahagia

ashraf ishak
1:59 Pagi
1HB Ogos 22'
Taman Tun

Gema

Tanpa rencana
bisikan syair
membawa
seribu satu makna
aksara cinta
yang bergema
satu semesta

ashraf ishak
5:03 Petang
31HB Julai 22'
Taman Tun

Datang

Perlahan
dunia ini
merayap
akan kematian
yang tidak
lama lagi
akan mendatang

ashraf ishak
4:08 Petang
31HB Julai 22'
Taman Tun

Jalan Menuju Tuhan

Aku rela
dunia tanpa ada
kebatilan
hanya untuk
mati dalam jalan
menuju Tuhan

ashraf ishak
12:49 Petang
30HB Julai 22'
Taman Tun

Gelora

Selain dunia
yang berdambarkan
sukma
hanya hasrat manusia
untuk tidak terluka
mencari akan cinta
yang hilang tanpa rasa
untuk menemukan diri
dalam badai gelora

ashraf ishak
2:31 Pagi
29HB Julai 22'
Taman Tun

Pura-pura

Dalam alunan
rambutmu
dua hati setia
saling bertemu
menaatkan cinta
pada yang satu
meninjau rela
dalam restu

Biakanku berdiam saja
dariku berpura-pura

ashraf ishak
6:57 Petang
28HB Julai 22'
Taman Tun

Dia

Dia
ada dalam
hati kita
mengalir darah
memberi nyawa
berdegup jantung
akan namaNya

ashraf ishak
3:56 Petang
28HB Julai 22'
Taman Tun

Lupa

Terkadang
dunia itu 
membingungkan
tetapi
lebih sering kali
ia kerana manusia
lupa akan Tuhan

ashraf ishak
1:53 Petang
28HB Julai 22'
Taman Tun




Artworks delivered to newlyweds Adit and Krista.

Sehari Lagi

Sehening nafas
ku hembuskan
bertemu jiwa
dengan badan
belum mati
sehari lagi
hingga nanti
datangnya malam

ashraf ishak
2:40 Pagi
27HB Julai 22'
Taman Tun

Simpan

Larut
dalam aliran
disimpul kebencian
yang sunyi kesepian
merentas jiwa
yang terlalu dalam
dan tersimpan

ashraf ishak
10:29 pagi
23 Julai 22'
Jakarta

Kegelapan

Dalam kesyahduan
rindu yang mendatang
ada hati yang tenang
walaupun didakap
kegelapan

ashraf ishak
9:40 pagi
23HB Julai 22'
Jakarta

Dewasa

Menjadi dewasa
itu sukar
menolak hal-hal
dunia sementara
mencari dusta
dalam pekara 
yang benar

ashraf ishak
10:32 malam
22 Julai 22'
Jakarta

Kebisuan

Tanpa ada
bait kata kepalsuan
segala yang ada
di dalam hati
kita ucapkan
dan pada akhirnya
kita pun pulang
kebisuan

ashraf ishak
9:40 Pagi
21HB Julai 22'
Jakarta

Secangkir Kopi

Aku melihat
segenap manusia
berjalan 
dan bergegas
bergelora
di ambang gemelut
yang melanda
sambil menghirup
penuh kepuasan
pahitnya kehidupan
secangkir kopi
buat jiwa yang lara

ashraf ishak
11:08 Pagi
20 Julai 22'
Jakarta



Bahagia (vi)

Sejujurnya
aku tidak lagi
dapat mendambarkan
kata setia

Bukan kerana aku
tidak cinta
tetapi kerana
engkau tak bisa
membuat aku bahagia

ashraf ishak
11:38 Malam
17HB Julai 22'
Taman Tun

Tiada Apa

Setitis senja
yang embunya
membelai
benak cahaya
lelah
dirangkuli masa

Dan tiba-tiba
semuanya menghilang
tiada apa

ashraf ishak
5:11 Petang
17HB Julai 22'
Taman Tun

Dusta (iii)

Semua
yang tak terjawab
dengan kata kata
hanyalah mainan 
mulut yang berdusta

ashraf ishak
3:56 petang
17HB Julai 22'
Subang Jaya

Bahagia (v)

Sedang dunia
menyaksikan
cinta kita
yang bergema
dan terpelihara
buat kita bersama
namun terhenti
sementara
di atas alasan
tidak lagi bahagia

ashraf ishak
3:29 Petang
17 Julai 22'
Subang Jaya

Takdir

Apabila resah
itu menghilang
dan malam pun
datang menjelang
hanya pada takdir
hatiku berpegang
tanpa bergelut
dengan jiwa
yang dihumban

ashraf ishak
1:46 Pagi
10HB Julai 22'
Taman Tun

Masa

Di manakah dunia
yang bertadbir cinta
terlerai dan terungkap
segalanya
dalam dakapan senja
dan rasa yang mati
usai ditelan masa

ashraf ishak
11:58 pagi
5HB Julai 22'
Taman Tun


Nobody Knows (2022)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm


Social Disconnect (ii) (2022)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm


Alone (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm

Tenteram

Jenuh
dengan kehidupan
yang tak berhenti
dengan cubaan
hanya mati
yang bisa 
membuatkan 
aku tenteram

ashraf ishak
7:44 Malam
29HB Jun 22'
Taman Tun


Social Disconnect (2022)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm


Configuration (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm


Voices (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm




Personalised Terima Kasih artwork for @balankash for his upcoming album dropping on the 9th of July.

 


Feeling blue (2022)
mixed media on paper
21.0 x 29.7 cm


Reimagine (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm


Imagine (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm

Mati

Biarkan aku
lemas
daoam ketakutan
biarpun mati
yang bakal 
menjelang

ashraf ishak
6:26 Petang
10HB Jun 22'
Taman Tun

Kelam

Pada setiap penyesalan
ada hati terdiam
mencari sesuatu
yang diinginkan
tanpa mengiginkan
cinta yang mendalam
hanya bahagia
yang bisa mengubah
gelap menjadi terang
tanpa memusnahkan
hati yang kelam

ashraf ishak
2:18 Petang
10HB Jun 22'
Taman Tun

Nyawa

Sementara dunia
meratap
akan jiwa yang lara
biarkan mereka
membunuh
tubuh ini
yang tidak lagi
bernyawa

ashraf ishak
6:24 Petang
6HB Jun 22'
Taman Tun


Borderline
2022
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm


State of Mind
2022
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm