Kecundang

Terpendam
hati ini
bergelumang
dalam diam

Gelap
meratap hati
yang kecundang

ashraf ishak
7:12 Malam
30HB Disember 20’
Subang Jaya

Mengapa

Melihat dunia
dari sudut
yang berbeza
terkadang 
terlalu leka
ada kala 
rasa terhina

Tanpa tahu
mengapa

ashraf ishak
6:56 Malam
30HB Disember 20’
Subang Jaya

Warna

Segala kelam
ditelan hujan
setelah hilang
apa ku impikan

Wujud
antara kita
sudah tiada
hitamnya dunia
tanpa warna

ashraf ishak
5:01 Petang
30HB Disember 20’
Subang Jaya

Selamanya

Jangan terlalu
ambil berat
akan sandiwara
dunia

Barangkali 
kita lupa
hidup ini
tidak selamanya

ashraf ishak
12:39 Petang
29HB Disember 20’
Subang Jaya

Kelam (ii)

Hening senja
meretak awan
seribu warna
gerak geriku
kaku
lalu hilang
dalam larut
aku terdiam

Menghentikan kelam
dalam malam
yang mendatang

ashraf ishak
12:46 Malam
25HB Disember 20’
Subang Jaya

Terlerai

Segala rasa
yang tersimpan
menjadi derasan ombak
terahsia dari dunia
jauh dari hati
yang mengapai
gundah dan gusar
dilamun badai

Dan putuslah harapan
buat kira berdua
tanpa ada kata cinta
yang terlerai

ashraf ishak
4:22 Petang
24HB Disember 20’
Subang Jaya

Scar

Sometimes
hiding a scar
is easier

Even
from the ones
you love

ashraf ishak
6:01 PM
20TH December 20’
Subang Jaya

Ufuk kegelapan

Di saat kelam
menerkam
dan segala 
kesedihan
dihinggap diam
di situ aku
mencari ketenangan

Jauh
dari matahari
yang terbenam
dalam ufuk
kegelapan

ashraf ishak
4:38 Petang
19HB Disember 20’
Subang Jaya


Paksi tanpa saksi (2020)
mixed media on cardboard

Sajak buat aku yang dahulu

Buat aku
yang waktu dulu
menyendiri
tidak ada lagi
ketakutan
yang harus
kau lalui

Biarpun kelak
ombak menyelubungi

ashraf ishak
8:12 Malam
16HB Oktober 20’
Subang Jaya



Menanti (iii)

Sejujurnya
apa yang ku rasa
tidak sama

Seperti senja
yang datang dan pergi
aku disini
tetap menanti

ashraf ishak
2:53 Pagi
12HB Disember 20’
Subang Jaya

Sendiri

Seandainya
segala janji
kau bawa mati
mungkin aku 
takkan sendiri

ashraf ishak
6:54 Malam
30HB November 20’
Subang Jaya

Berdua (iii)

Di kala angin
meniup sendu
setiap titis
rasa cinta
yang bergelut
dalam duka
menjadi merdu

Dan segala cerita
tetap tersimpan
buat kita berdua

ashraf ishak
8:08 Pagi
30HB November 20’
Subang Jaya

Hidup

Hidup ini
adalah suatu 
kepastian

Dimana mati
kan mendatang
dan setiap terang
dipenuhi kegelapan

ashraf ishak
4:41 Petang
28HB November 20’
Subang Jaya

Berdua (ii)

Sudah aku cuba
mengertikan kata cinta
namun semua itu 
jauh dari apa
yang kita rasa

Cerita yang tertulis
hanya buat kita berdua

ashraf ishak
5:23 Petang
13HB November 20’
Subang Jaya


Reflect / neglect (2020)
mixed media on cardboard

Restless

Eyes wide open
hearts shut tight
no sleep for the restless

ashraf ishak
6:40 AM
12TH November 20’
Subang Jaya

Tragedy

 Somewhere
in between
life and death
is a tragedy
waiting to happen

ashraf ishak
4:26 AM
12TH November 20’
Subang Jaya

Bersendirian

Dingin malam
membeku perasaan
yang seringkali
membuatku terdiam
terdampar
dalam kekosongan
dihambat ombak
sehening salju
kebencian

Aku sudah pasti
tidak lagi
ingin bersendirian

ashraf ishak
6:40 Pagi
11HB November 20’
Subang Jaya

Dosa (iii)

Dunia ini sempurna
begitu juga Dia
sang pencipta
dan aku hanyalah
manusia penuh dosa

ashraf ishak
4:33 Pagi
7HB November 20’
Subang Jaya

Jahil

Mungkin aku
bukan dicipta
buat dunia ini
yang penuh 
kepahitan
yang seringkali 
terluka
dengan kata-kata 
manusia
yang berisi noda 
dan kejahilan

ashraf ishak
6:51 Pagi
6HB November 20’
Subang Jaya

Pagi

Pagi mendatang
dan sinarnya
menyelubungi
seluruh alam

Memberikan
harapan yang pasti
sesudah kegelapan

ashraf ishak
6:35 Pagi
5HB November 20’
Subang Jaya

Nikmat dunia

Melihat
mendengar
merasa
itu semua nikmat dunia

Dan apabila mati itu datang
hilanglah segala-galanya

ashraf ishak
6:00 Pagi
5HB November 20’
Subang Jaya

Todo bajo el sol (2020)
oil pastel on paper

Sepi (ii)

Aku tak mungkin
memiliku dirimu
buat selamanya

Suatu hari
kau juga akan pergi
dan dunia ini
dihuni sepi

ashraf ishak
3:40 Petang
3HB November 20’
Kuala Lumpur

Aku dan lautan

Biar berderas ombaknya
meramas
di antara jari jemariku
dan segala kepedihan
hanyut bersama angin
yang membawaku jauh
kehilangan

Aku ingin pulang
menemukan diriku
yang tidak keruan

ashraf ishak
7:02 Pagi
2HB November 20’
Subang Jaya

Hamba dunia

Sekian lama
aku menyimpan rahsia
yang akhirnya
membunuh segala rasa
dimana aku melihat dunia
dari sudut yang berbeza
dan segala perspektif 
bertukar menjadi nyata

Dan aku masih
hamba dunia

ashraf ishak
6:53 Pagi
28HB Oktober 20’
Subang Jaya

Belong

I’ve given up my soul
to this heartless world
another pathless traveler
in the wind
I’ve made up my mind
the only way to heal
is to let this pain
eat me inside

I do not belong
and never will

ashraf ishak
3:31 AM
27TH October 20’
Subang Jaya

Erti

Mungkin aku
tak bersependapat
dengan dunia
di mana duka lara
hati terluka
membuat aku 
manusia terhina

Aku lebih sanggup mati
dari berkecamuk 
di dalam mimpi
yang tidak lagi
punya erti

ashraf ishak
8:29 Malam
23HB Oktober 20’
Subang Jaya

Rahsia

Mengenal diri itu
adalah mengenal Tuhan
dan mengenal Tuhan
adalah permulaan
buat segala rahsia
yang tersimpan

ashraf ishak
12:21 Petang
21HB Oktober 20’
Subang Jaya

Rapuh

Dalam satu
ikatan lestari
kau meleraikan
jari jemari
yang memegang kukuh
kata-kata amuh
di balik hati
yang rapuh

Dan aku
aku menerima sahaja
segala yang kau beri
walaupun tidak lagi
punya alasan
buat satu percintaan
yang utuh

ashraf ishak
5:32 Pagi
20HB Oktober 20’
Subang Jaya

Hina / mulia

Biar hina di mata manusia
tapi mulia pada mata-Nya

ashraf ishak
7:33 Malam
16HB Oktober 20’
Subang Jaya

Penentuan

Semalam
semua rasa itu
tlah hilang
segala yang kau idamkan
semua yang aku pendam

Satu hal
yang aku pelajari
tentang kehidupan
kita tak mampu lari
dari segala penentuan

ashraf ishak
4:49 Pagi
16HB Oktober 20’
Subang Jaya

Sengsara

Aku 
tidak mampu lagi
melihat dunia
sepertimana aku
melihat dirimu
yang sempurna

Disakiti sengsara
dan dibunuh 
kata-kata

ashraf ishak
9:20 Malam
14HB Oktober 20’
Subang Jaya

Pengertian

Dunia
belum berakhir
untuk kita mengenal 
makna kehidupan

Dan kita
belum cukup matang
untuk merangkul
segala pengertian

ashraf ishak
9:51 Pagi
10HB Oktober 20’
Kuala Lumpur

Hanya mimpi

Walaupun 
tidak lagi berkasih
aku tetap menyebut 
namamu
menyeru akan angin
yang menderu sayu
mengharapkan
engkau juga begitu

Namun
semua itu hanya mimpi
yang akan selamanya 
menghantui diriku

ashraf ishak
4:04 Pagi
9HB Oktober 20’
Subang Jaya

Rasa

Masa
walaupun mungkin
dapat kau ubati
segala sengsara

Ia tak menghapus
segala rasa

ashraf ishak
6:17 Pagi
6HB Oktober 20’
Subang Jaya

Dia

Pada dunia
yang bermula
dan berakhir
dengan cinta

Yang wujud
hanya buat Dia
semata-mata

ashraf ishak
5:59 Pagi
4HB Oktober 20’
Subang Jaya

Insan

Terkadang
kita lupa maksud 
dan pergertian sebenar
kehidupan

Adalah untuk
saling wujud
dan mencintai
sesama insan

ashraf ishak
11:13 Malam
3HB Oktober 20’
Subang Jaya

Bicara

Tak usahlah
kau berbicara dusta
bila ada yang ternoda
merasakan dunia
terlalu banyak 
tipu daya
tanpa ada rasa dosa

Sudahlah
tak perlu lagi
engkau berbicara

ashraf ishak
4:31 Petang
3HB Oktober 20’
Subang Jaya

Langit dan bumi

Pada dasar
langit dan bumi
tidak ada
yang lebih tinggi
sedalam manapun
kita mampu bermimpi

ashraf ishak
5:47 Pagi
3HB Oktober 20’
Subang Jaya

Madah rindu

Aku tak boleh lagi
berkata kata
setelah apa 
yang kau ucapkan
memecah sepi
dan keheningan

Dan madah rindu 
yang pernah 
aku inginkan
bukan lagi 
satu perjanjian

ashraf ishak
5:07 Pagi
3HB Oktober 20’
Subang Jaya

Dua hati

Kita
pernah disatukan 
oleh cinta
dileraikan sabda
dua hati yang seringkali
merindukan sentuhan
bak angin yang menyapa

Dan mungkin suatu hari
tidak lagi bersua

ashraf ishak
3:11 Pagi
29HB September 20’
Subang Jaya

Tidur (ii)

Pejamkan mata
tarik nafas panjang
pabila pagi menjelma
kesedihan semalam
akan menghilang

ashraf ishak
4:44 Pagi
28HB September 20’
Subang Jaya

Warna kehidupan

Menginginkan cinta itu
satu penghargaan
jika tidak diberi
maka hilanglah makna
dan pudarlah warna 
kehidupan

ashraf ishak
8:08 Pagi
26HB September 20’
Subang Jaya

Maksud kata cinta (ii)

Aku sudah berhenti
meletakkan harapan
dan tidak ingin dipuja
kerana tiada lagi erti
dalam maksud kata cinta
yang sempurna

ashraf ishak
7:41 Pagi
26HB September 20’
Subang Jaya

Kegelapan

Hidup ini
penuh lingkaran
yang membelit hati
dan membunuh perasaan

Dan dalam perjalanan
yang berliku itu
aku menghilang jauh
dalam kegelapan

ashraf ishak
1:43 Pagi
26HB September 20'
Subang Jaya

Benar (ii)

Buat mereka
yang merasakan
hidup ini
satu perjalanan
yang bukan berakhir
pada titik noktah
tetapi jalan
yang berbeza

Ternyata
kebenaran itu
kepalsuan yang zahir

ashraf ishak
6:21 Petang
23HB September 20'
Subang Jaya

Maksud kata cinta

Dalam maksud
kata cinta
ada erti 
yang sempurna

Menginginkan
tetapi bukan
untuk dipuja

ashraf ishak
6:26 Pagi
23 September 20’
Subang Jaya

Sayu

Aku
tak lagi mampu
mencintai dirimu
seperti dahulu

Biarkan saja
hati ini mati
dengan angin
yang menghembus 
sayu

ashraf ishak
4:49 Pagi
23HB September 20’
Subang Jaya

Benar

Kesetiaan
bukan hanya omongan
mereka yang bersendirian
 
Malah 
pencarian kebenaran
dalam kepalsuan

ashraf ishak
3:22 Pagi
23HB September 20’
Subang Jaya

Jiwa halus

Diri ini
tidak perlu selalu
diperlihatkan
seperti kayu yang utuh
yang dibentuk sempurna
untuk dipapah akan dunia
untuk dibawa jauh
oleh arus

Diri ini hanya perlu
diisi dengan cinta
supaya terciptanya
jiwa yang halus

ashraf ishak
4:01 Pagi
22HB September 20’
Subang Jaya

Bebas

Segala kesakitan 
dan kecuncang
pernah aku rasakan
dari kehidupan 
dan percintaan

Dan kini 
aku mengerti
maksud kebebasan

ashraf ishak
3:56 Pagi
22HB September 20’
Subang Jaya

Dendam

Maaf
aku bukan
seperti yang dahulu

Terlalu cemburu
akan dunia
menyimpan dendam
yang membara

ashraf ishak
3:54 Petang
18HB September 20’
Subang Jaya

Rindu

Sudah
hujahnya dengan tenang
dalam perit kehidupan
dia menelan kepahitan

Aku tidak lagi mencintaimu
jauh pula merasakan
rindu yang seringkali
membunuhku

ashraf ishak
2:52 Pagi
17HB September 20’
Subang Jaya

Sempurna (iii)

Pada setiap penentuan
ada yang memegang
akan rasa

Mengharap
dan menginginkan
ada harapan yang sama

Tanpa menginginkan
rasa sempurna

ashraf ishak
6:29 Petang
14HB September 20’
Subang Jaya

Binatang

Dunia ini penuh kebencian
dan manusia seolah tiada simpati
sesama sendiri

Seperti binatang
tak punya perasaan

ashraf ishak
6:46 Petang
13HB September 20'
Subang Jaya

Waktu

Dunia ini
mengajar kita
bahawa setiap kepedihan
akan berlalu

Hanya waktu
yang menentu

ashraf ishak
5:13 Petang
13HB September 20’
Subang Jaya

Manusia

Manusia
yang tidak mencintai
kehidupan dari tanah

Tidak jugak mencintai
sesama manusia

ashraf ishak
4:23 Petang 
13HB September 20’
Subang Jaya

Wasiat sang pemuisi

Kelak
apabila aku mati nanti
aku tidak mahu dikenali
hanya sebagai seseorang
yang pernah
menjalani hidup di dunia

Tetapi
dengan kata-kata
yang akan terus hidup
buat selama-lamanya

ashraf ishak
3:29 Pagi
13HB September 20’
Subang Jaya

Satu minggu kemudian

Tanpa memberikan alasan
kau pergi dan menghilang

Tanpa pesan
tanpa ada jawapan

Hari ini genap seminggu
siang besilih ganti malam
engkau tetap dalam doaku
dan dalam kenangan

ashraf ishak
8:25 Malam
12HB September 20'
Subang Jaya

Dahulu

Aku
aku mungkin lagi
mencintai dirimu
seperti mana aku
mencintai dirimu
dahulu

Sepertimana aku
yang tanpa arah tuju
mencuba untuk menjauh
namun semua itu
hanya membawaku
balik kepada dirimu

Aku
aku mungkin lagi
mencintai dirimu
seperti mana aku
mencintai dirimu
dahulu

ashraf ishak
2:11 Pagi
12HB September 20'
Subang Jaya

Janji

Apakah
kau juga sudi
kiranya dunia ini
ku jadikan 
milik kita berdua

Walaupun
aku tak mungkin
dapat membuatmu
bahagia

ashraf ishak
12:13 Malam
12HB September 20'
Subang Jaya

Kelam

Sedalam mungkin
cintaku buat dirimu
selamanya
akan ku abdikan
dalam hati yang terdiam

Tanpa aku
membutuhkan dirimu
untuk ku cinta
dalam kabut kabus
penuh kelam

ashraf ishak
11:35 Malam
11HB September 20'
Subang Jaya

Mampu

Aku mampu menjadi
penghapus rindumu
hanya kerana
engkaupun mahu

Namun
apa yang aku tahu
tentang cinta

Yang tak mungkin
ku rangkul
dan miliknya
tak mungkin ku mampu

ashraf ishak
4:30 Pagi
11HB September 20'
Subang Jaya

Dosa (ii)

Lalu
dunia pun menunduk
pada kata ufuk
yang beriring pergi

Di antara fana
dan tempatnya lena
yang sementara
masih ada ruang
menghapus dosa

ashraf ishak
1:16 Petang
8HB September 20'
Kuala Terengganu

Sorrow

If so
I shall leave you
with your thoughts
but don’t let them
drown you
in a sea of sorrow

ashraf ishak
11:09 PM
6TH September 20’
Kuala Terengganu

Nyawa

Terkadang
kita melihat dunia
hanya dengan mata kasar
terkadang 
kita membuat asumsi
tanpa bersangka baik 
tentang apa yang benar

Yang pasti itu mati
dan takdir telah tertulis
pada setiap mukasurat
dari mula kita dihembus nyawa

ashraf ishak
8:38 Malam
5HB September 20’
Kuala Terengganu

Diam (ii)

Apa yang perlu
sudah aku perkatakan
akan ku berdiam
mulai sekarang

ashraf ishak
6:41 Malam
3HB September 20'
Subang Jaya

Takdir (iii)

Ku akui
cinta itu tak selalu berakhir
seperti yang kita inginkan

Namun
takdir sentiasa
berbeza jawapan

ashraf ishak
1:11 Pagi
2HB September 20'
Subang Jaya

Merdeka

Bukakan minda
dan cuba bertanya
apakah benar
kita merdeka

ashraf ishak
7:24 Malam
31HB Ogos 20'
Subang Jaya

Larut

Sedarkah kau
tatkala engkau tiada
aku meratap meranaishak

Dan aku seolah tak wujud
larut hanyut dalam bahana

ashraf ishak
6:43 Pagi
31HB Ogos 20'
Subang Jaya

Sajak buat Ayah

Terlalu banyak penyesalan
yang hendak aku perkatakan
namun tiada jawapan

Kerana
engkau telah tiada

ashraf ishak
2:47 Pagi
28HB Ogos 20
Subang Jaya

Terbuang

Semalam
aku rindukan kegelapan
yang mengisi ruang
di antara kau dan aku

Sebelum waktu terhenti
usirkan saja hati
dan segala rasa
yang menyatu

ashraf ishak
345 Petang
27HB Ogos 20'
Subang Jaya

Masa (iv)

Biarkan saja
masa menghantui kita

Dan mati itu datang
tanpa diduga

ashraf ishak
4:36 Pagi
26HB Ogos 20'
Subang Jaya

Puisi

Sehingga aku mati
aku tidak mahu
sesiapa mengenali
diriku ini

Hanya duniaku
yang dipenuhi
bait-bait puisi

ashraf ishak
11:15 Malam
25HB Ogos 20'
Subang Jaya

Terluka

Mungkin terlalu memuja akan dunia
sehingga aku yang terluka

ashraf ishak
10:13 Malam
25HB Ogos 20'
Subang Jaya

















@shellout art bomb (2020)
marker pen on wood & tiles

Introvert

Sememangnya
aku lebih suka
bersendirian
tanpa mereka
yang menyakitkan

ashraf ishak
2:41 Petang
18HB Ogos 20’
Subang Jaya

Dunia (iii)

Sesungguhnya
permergianmu itu
membawa seribu satu erti

Dunia hanyalah pinjaman
semata-mata
dan mati itu adalah pasti

ashraf ishak
3:56 Pagi
18HB Ogos 20’
Subang Jaya

Sulam

Terkadang
puisi menjadi puisi
seolah mencetus solusi
yang tlah lama hilang

Dan kita berdamai
dalam bait kata
dan bayangan
yang bersulam

ashraf ishak
11:02 Malam
17HB Ogos 20’
Subang Jaya

Hamba (ii)

Tatkala hening senja
aku bersujud
pada Yang Esa

Menyucikan noda
menghapus dosa

ashraf ishak
7:00 Malam
16HB Ogos 20’
Subang Jaya

Binasa

Apabila manusia
bertuhankan manusia
hanya kebencian
yang bertakhta

Dan mata hanya melihat
tanpa merasa
mulut hanya berbicara
tanpa memikirkan akibatnya
yang binasa

ashraf ishak
6:17 Pagi
16HB Ogos 20’
Subang Jaya

Perhitungan

Adakah dunia ini
hanya untuk menyakiti
sesama kita

Atau sudahkah kita lupa
kelak kita kan mati
dah semua perhitungan
akan dikira

ashraf ishak
4:58 Pagi
16HB Ogos 20’
Subang Jaya

Love, devine (2020)
pen on paper 

Kedamaian

Aku sebenarnya
tidak mahu pulang

Kerana aku sudah
bertemu akan kedamaian

ashraf ishak
9:44 Pagi
4HB Ogos 20’
Pulau Redang

Menghilang

Setitis jiwa yang membara
membawa ku pergi
entah ke mana

Mencoret setiap isi hati
intipati
yang akan kubawa mati

Jikalau aku mula menghilang
jangan engkau mencari aku

ashraf ishak
8:14 Pagi
4HB Ogos 20’
Pulau Redang

Pantai dan lautan

Terkadang
terlalu enggan mencari diri
mengapai sejuta bintang
mengejar mimpi

Pantai dan lautan
ke mana jua
engkau menghilang
di situ aku kan pergi

ashraf ishak
11:14 Malam
3HB Ogos 20’
Pulau Redang

Bebas

Seperti lautan dan ombak
aku ingin bebas
terperangkap di dalam jiwa
yang tertindas

Aku ingin tenteram
membunuh segala sayu
yang kian kelam

Hanya ingin mati
agar segala hingar ini
lenyap dan terdiam

ashraf ishak
5:58 Petang
1HB Ogos 20’
Kuala Terengganu

Eye don’t care (ii) (2020)

digital artwork


Eye don’t care (2020)

digital artwork 


Empat jiwa (ii) (2020)
pen on paper


Empat jiwa (2020)
pen on paper


Haru (biru) (2020)
mixed media on paper 


Untitled (2020)
mixed media on cardboard 


Untitled (2020)
mixed media on cardboard 

Untitled (2020)
mixed media on cardboard 

Masih berharap

Sudah remuk empunya hati

Mencari makna dalam mimpi
membunuh rasa yang kian mati

ashraf ishak
2:15 Pagi
16HB Mei 20’
Subang Jaya

Waktu

Selagi masih
punya waktu

Walau tiada
yang ditunggu

ashraf ishak
1:55 Pagi
16HB Mei 20’
Subang Jaya

Pembohong

Selagi dunia tidak
diam menyapa
mengusir segala janji
akan sehidup semati

Tak lagi bernilai 
bagiku
janji-janji manismu
seolah mencari
jawapan yang buntu

ashraf ishak
12:50 Pagi
16HB Mei 20'
Subang Jaya





















Journal by @creatifz using my artwork entitled Waste of space #2


Journal by @creatifz using my poems Senjakala and Berbicara dengan Tuhan

Self cautious (2020)
Mixed media on paper 


Self reflection (2020)
Mixed media on paper 


Isolation (2020)
Mixed media on canvas 


Pink (2020)
digital art


















Mak and I with my artwork, Provokasi at @harihari.mao

Baby blue (2020)
digital art 


Me / we (2020)
mixed media on paper


Stay safe (2020)
digital art
@thefsherone X Ashraf Ishak

Voices in my head (2020)
mixed media on paper 

Senjakala

Apakah ada diriku di ruang rasa
atau ianya hanya membuatmu
meratap merana

Tiap hening pagi yang menyinar
memanggilku pulang
melepaskan rasa rindu
dari beningnya kepekatan malam

Dan aku tetap menunggu
untuk meratap wajahmu buat kali terakhir
biarpun senjakala tak mendatang

ashraf ishak
4:26 Petang
11HB Mac 20’
Subang Jaya

Of love and convictions (2020)
marker pen on paper 




































More postcard ideas coming soon. Follow @howlton to find out more

Rasa binasa

Lihatlah bulan menerangi alam
dan gemerlapan menghiasi segala kelam

Telah putus segala harapan
buat kau yang pernah ku cinta
hingga aku hanya bisa
mengagungkan rasa binasa

ashraf ishak
9:30 Malam
9HB Mac 20’
Subang Jaya


Coffee magic #2 (2020)
mixed media on coffee cup


Ashraf Ishak X @shidi.signs
for @thedropbarcoffee


Coffee magic (2020)
mixed media on coffee cup


In pink (2020)
mixed media on paper coaster 


In purple (2020)
mixed media on paper coaster 


Panji (2020)
mixed media on wood


Strange beings (2020)
marker pen on paper 

Berbicara dengan Tuhan

Sedang waktu lagi kelam
aku berbicara dengan Tuhan
tentang erti dan pengertian
tentang yang zahir dan terpendam

Malapnya malam dan sepinya dunia
yang hingar itu hilang tanpa menyapa
membuatkan aku betanya
seandainya ia sudah waktu untuk aku pulang

Dan aku kembali terdiam
berbicara dengan Tuhan

ashraf ishak
8:56 Malam
27HB Februari 20’
Subang Jaya

Empat (2019)
mixed media on wood

Photo by @lord_isis 




















Untitled (2020)
mixed media on paper

Trapped (ii) (2020)
acrylic on canvas
30 cm x 40 cm 

















Untitled (2020)
mixed media on paper

Buat kekasih yang pernah ku cintai (xi)

Dari kata erti yang kau beri
cintamu itu tidak lagi kubawa mati

Dan aku tak perlu lagi
menunggu dan menanti

ashraf ishak
3:37 Pagi
18HB Februari 20’
Subang Jaya

Seni Mao at Mao


















Some of my artworks will be displayed and sold at @harihari.mao alongside other young artists from this Saturday, 15th of February til the 26th of March

Tentang kematian

Dan kini
tiada lagi unggas beterbangan
tiada lagi ulasan
tentang segala yang pernah
dan tidak pernah terjadi

ashraf ishak
4:26 Petang
12HB Februari 20’
Bangsar

Ashraf Ishak @mulazine interview














“You might banally say that Ashraf paints a scene with words; he does both magnetically. Simply a painter by day and poet by night. He sees the reality of things, making difficult choices, and enter a new world of the work of art. We spoke to him about what he thinks of this and that while being in his workspace”

My interview with @mulazine is out. Read it at https://www.mulazine.com/ashrafishak

Satu persoalan

Entah mengapa semalaman aku tak dapat melelapkan mata

Mungkin terlalu memikirkan hal dunia, atau kematian yang tak pasti bila kan mendatang

Aku berdiam dalam kegelapan, mencari ketenangan yang kian hilang. Namun, apa yang aku ku temui hanyalah diriku yang kegilaan

Dan segala ketenteraman itu menjadikan kehidupan ini satu persoalan

ashraf ishak
6:35 Petang
10HB Februari 20’
Bangsar



Takeaway art