Berdua (ii)

Di kala angin
meniup sendu
setiap titis
rasa cinta
yang bergelut
dalam duka
menjadi merdu

Dan segala cerita
tetap tersimpan
buat kita berdua

ashraf ishak
8:08 Pagi
30HB November 20’
Subang Jaya