Kiamat

Sedang engkau
merahsia binasa
terlalu ramai
telah tergoda

Kiamat
sudah hampir
tiba

ashraf ishak
10:36 malam
27HB Disember 11'
Rumah

Mainan dunia

Usia
sudah meningkat
masih membakar
waktu

khayal.

Ingat!
Terlalu singkat
waktunya

Hidup ini
hanya mainan
dunia

ashraf ishak
2:10 Pagi
16HB Disember 11'
Rumah

Panas

Kabus pagi
yang menemani
aku mengharungi
fajar semalam

Di atas
langit
ungas-ungas
terhenti terdiam

Panas
yang kian
datang kembali
sekecil hati
mata terpejam

ashraf ishak
7:40 Pagi
7HB Disember 11'
Rumah

Halusinasi

Manusia
memang suka
membuat onar

Biarpun jeritan
hati ini
hanya
halusinasi diri

Tiada kaitanya
lagi
dengan aku
yang tlah
mati

ashraf ishak
6:33 Petang
6HB Disember 11'
Bangsar

Benci (ii)

Benci itu 
mainan 
buatan hati

Dipersenda kecil 
menipudaya diri

ashraf ishak 
5:41 Pagi 
2HB Disember 11'
Subang Jaya

Bertentang

Masih banyak
jalan
dan pantang
larang kehidupan

Belum celik
mata berdepan

bertentang

ashraf ishak
6:21 Pagi
1HB Disember 11'
Rumah

Saur

Sebelum senja
mendatangi kita
biar tumpas
akhirnya
tanpa ada
rasa kecewa

Selagi maruah
dicelur
hati ini
tidak berhenti
tersaur

ashraf ishak
12:12 Petang
30HB November 11'
Rumah

Amanat bumi

Pernah terbang
rasanya angin
mengundang gelora
dacing
yang memanah kita

Amanat bumi
belum lagi
sejagat
hingga hitam
darah
menjadi pekat

ashraf ishak
4:19 Pagi
28HB November 11'
Rumah

The truth

The knowledge of existence
is the knowledge of truth

ashraf ishak
3:40 Morning
30TH October 11'
Subang Jaya

Kejahilan

Ereksi semalaman
berduka
tanpa perlu
bersemuka

Pedulikan sahaja
rasa mereka

Tanpa adanya
kejahilan

ashraf ishak
3:00 pagi
28HB Oktober 11'
Rumah

Gelap

Hilangnya malam
dimana mimpi
membuatku terjaga
dari tidur

Tidak mungkin
kan terlelap
biarpun terlanjur
datangnya gelap

ashraf ishak
5:46 pagi
26HB Oktober 11'
Rumah

Damai

Penat merangkul
beban
dosa setiap
dugaan
dicemuh puas
diludah lunyai

Di balik
topeng ini
ada manusia
yang belum
ditemukan damai

ashraf ishak
4:40 pagi
20HB Oktober 11'
Rumah

Hartal

Sumpah setia
tumpah darahnya

Dari langit
dijunjung
dari bumi
dipijak

Bolehkah dihitung
kebebasan kita

ashraf ishak
3:41 pagi
20HB Oktober 11'
Rumah


Tidur

Selamat tidur
sayang

Semoga senantiasa
kita dilindungi
penentuan hakiki

ashraf ishak
4:49 pagi
19 Oktober 11'
Rumah

Masa (ii)

Biar
diantara kita
ada ruang berlegar

Sepantas mana
masa dikejar

ashraf ishak
7:54 Malam
15HB Oktober 11'
Rumah

Bulan

Hatinya kelam
kerana resah
mungkin
terlalu lama menunggu
kalau akupun
begitu

Hatinya patah
tiada siapa
yang tahu

Tenang, tenang
jiwakan tenang
melihat malam

Bulan
jangan sesekali
kau menghilang

ashraf ishak
3:33 petang
14HB Oktober 11'
Rumah

Pagi

Dalam terang
mata malam 
kita diserang 

Dengan janji 
esok 
tidak lagi 
melihat pagi 

ashraf ishak 
3:17 pagi 
13HB Oktober 11' 
Subang Jaya

Jiwa rasa

Mengaku benar 
setiap salah 
diperlakukan 

Beransur sudah 
teman 
dan surat layang 
malam-malam 
kita habiskan 
bersama 
mengetawai sangsi 
terhadap dunia 

Di mana 
tidak mahu 
dijelaskan 
keras 
kau melemparku 
pulang 
 
Cermin diri 
sebelum berbicara 
biar malu 
tak punya jiwa 
tak ada rasa 

ashraf ishak 
2:38 pagi 
13HB Oktober 11' 
Subang Jaya

Saksama

Demikian hari
bertukar rupa

Tiada manusia
yang saksama

ashraf ishak
6:09 Malam
30HB September 11'
Subang Jaya

Takdir

Jika benar 
takdir kita 
berakhir 
di sini 

Biarkan aku 
sahaja 
yang menghapuskan 
sejuta mimpi 

ashraf ishak 
3:06 Pagi 
20HB September 11' 
Subang Jaya

Pendamaian diri

Atas sebab
mereka
dan mereka sahaja
duniamu dijadikkan
acuan boneka

Maaf
ini semua
perasaan diri
semata-mata

ashraf ishak
5:05 Pagi
23HB Ogos 11'
Rumah

Mundur

Esok hari
kan datang

dan kita
berlari
ke belakang

ashraf ishak
4:04 Pagi
18HB Ogos 11'
Rumah

Puisi tanpa tajuk cliche

Aku
dicumbui rasa
dicemburi
masa

terkilan hendaknya
aku merana

ashraf iahak
1:51 Pagi
18HB Ogos 11'
Rumah

Manusia tak keruan

Belum dekat
masih jauh
lapang hati
berpaut

Selesai terbongkar
jiwa karma
bongkak
tanpa perlu
bersuara

Merenang
dalam diam
kesengsaraan
bersendirian

Memang
aku manusia
senantiasa
tak keruan

ashraf ishak
4:12 Pagi
17HB Ogos 11'
Rumah

Liar

Kaki kecil
yang kerap kali
menjajah
dan terpencil
melihat dunia
dari sudut
segi berbeza

Dalam keresahan
zaman
bertukar zaman
lebih dewasa
dengan kegagalan

Biar aku
tidurkan
segala rahsia
tentang apa
kau dendamkan

Dan aku
berjanji
bukan ini
malam terakhir
lafaz itu
terlepas liar

ashraf ishak
7:01 Malam
16HB Ogos 11'
Rumah

Aku dan api

Berlalak dia
berarak pergi
ber-arakkan dunia
tak takut mati

Andai kata
hari ini
hilang segala
yang ada
dan kau
untuk seketika
dapat melihat
duniamu
serba hina

Muliakah kau
dinodai api?

ashraf ishak
12:05 pagi
16HB Ogos 11'
Subang Jaya



Empty

Turn on the fan, close my eyes and imagine the person lying on this bed before me.

Again, this feels just like an empty room.

ashraf ishak
3:06 PM
9th August 11'
Home

Sehaluan

Hari ini
aku bersahabatkan
awan
yang tidak
lama lagi
akan hilang

Malam pula
datang
dengan luruh
hati
tak pernah
tenang

Apa guna
berkawan
kalau kita
tidak sehaluan

ashraf ishak
4:56 Pagi
8HB Ogos 11'
Rumah

Bangkit

Pelita penuh
malah
menyemarakkan lagi
api dusta
insani
membakar hilang
semangat malam
yang tidak
terlena
kekal berpauh
kuat kudrat
bak si Badang

Ayuh, bangkit
habiskan apa
kita mulakan

ashraf ishak
5:34 Pagi
25HB Julai 11'
Rumah

Jalanan

Dari ruang
rongga
berdesir jahanam
menghampiri tenang
terkadang terdiam

Aku bakal
mati
dan kakiku
hancur
dimakan, diuli

ashraf ishak
3:38 Pagi
13HB Julai 11'
Rumah

Ketandusan

Lihat dariku
ditelan ombak
nafsu
hilang restu
melihat dunia
serba bisu

dan satu
detik lagi
akan datang
waktu
seperti ini

Sekecil manapun
terguris
takkan terlerai
air mata
dari ketandusan

ashraf ishak
7:39 Pagi
12HB Julai 11'
Subang Jaya

Hamba

Tersisih laut
dari biru
membahang aslinya
perdamaian suara

Biar dengan
duka
datangnya sengsara
hingga punah
melawan
sia-sia
tapi tak mengapa

Sudah sekata
sudah sebati
bersedia mati
seorang hamba

ashraf ishak
7HB Julai 11'
4:06 Pagi
Subang Jaya

Disini

Sedang dunia
memejam mata
celik
hati kecil
meranap sengsara

Tidak lagi
punya erti
aku disini

ashraf ishak
4:23 Petang
1HB Julai 11'
Subang Jaya

Menoda dusta

Sudah terlalu
lama
hingga seakan
gila
sejurus itu
hati terurus
nadi yang
fulus
lafas laju
lagi berderus

Seperti
hampir
tiada
apa
guna

menoda dusta!

ashraf ishak
2:25 Pagi
28 Jun 11'
Subang Jaya

Curang

Di dalam
aku kesepian
mencari diri
mencari kekurangan

Curang dari
maksud ketuhanan

ashraf ishak
3:30 Pagi
13HB Jun 11'
Subang Jaya

Kelu

Mengapa masa
mencemburui kita
mengejar harapan
dunia
menanti jawapan
yang tiada

Seperti angin
menodai cinta
seperti hembusan
bertalu
atas kepastian
mimpi itu
hanya indah
sebagai mimpi
semata

Kelu aku
tak terkata

ashraf ishak
2:55 Pagi
13HB Jun 11'
Rumah

Takut yang menghantuimu

Dan
akan datangnya
waktu
kau dan aku
berduka lagu
menumpas simpati
manusia yang
belum pernah
sekalipun diberitahu

Kini
ku tahu
takut
yang menghantuimu

ashraf ishak
4:15 Pagi
7HB Jun 11'
Rumah

Sujud

Di dalam
heningan salju
di mana
kau
katakan aku
tidak lagi
wujud

berhenti
malah
tiada lagi
bersujud

ashraf ishak
8:10 Malam
3HB Jun 11'
Subang Jaya

Penafian

Sedang nyala
api minda
membakar
pelita malam
lalu larut
membenam
seketika aku
didatangi Tuhan

Dan perlahan
aku mendekati-Nya
hingga tiada
kewujudanku itu
satu penafian

ashraf ishak
7:57 Malam
4HB Mei 11'
Rumah

Sendirian

Malam ini
luruh gemuruh
dan terang
awan
ditemani bintang

Petanda aku
tidak lagi
sendirian

ashraf ishak
1:30 Pagi
1HB Mei 11'
Subang Jaya

Hak aku

Bila ditanya
hak aku
kau menggerutu
bila ditanya
hak aku
fikiran kau
jadi
tak menentu

Kau
kau boleh disifatkan
seperti binatang
pantang mata
lalang
mencari jalan

Setelah difikirkan
apa munasabah
pada hujah
membaham fahaman
menukar
ideologi kita
tentang apa itu
sebenarnya kehidupan

Kau tetap
bukan Tuhan

Siapa aku
untuk mempersoalkan?

Itu hak aku

ashraf ishak
2:39 Pagi
29HB April 11'
Rumah

Aku dan kegilaan

Ada persamaan
di antara
aku
dan gila

Aku
adalah kegilaan
yang ku rasa

ashraf ishak
6:45 Petang
25HB April 11'
Shah Alam

Prisma 3.6

Jika dunia
sebuah prisma
biar aku
berputar
hingga tiada
akhirnya

ashraf ishak
19HB April 11'
Shah Alam


Sempurna

Apabila diberitahu
semua salahku
aku hanya
mampu
diam dan menutup
mata
mengharapkan tidurku
kan lena

Maaf
aku bukan
manusia sempurna

ashraf ishak
12:40 Pagi
16HB April 11'
Shah Alam

Sejati

Mengapa awan
mengadu padaku
sedang cinta
beradu asmara
yang liar
bergeliat dengki

Diskusi aku
dan bulan
dibalik cahayanya
mengisi kapilari
onahan
penuh caci

Aku tak pasti
jika ini
cinta sejati

ashraf ishak
12:50 Pagi
16HB April 11'
Shah Alam

Panji

Tangan
yang melukis
seni
lebih tajam
dan mendalam

Buta mata
terbiar dipejam

Buta
warna hati
mereka
dipegang panji

ashraf ishak
3:14 Petang
25HB Februari 11'
Subang Jaya

Venus dan Adonis

Malam ini 
aku kalah 
pada mata 
lelap 
dalam jingga 
dunia yang pudar 
menebar harapan 
yang sudah lama 
hambar 

Dan kami 
menakluk bersama 
mimpi 
yang belum lagi 
ada erti 

ashraf ishak 
4:00 Pagi 
12HB April 11'
Subang Jaya

Takdir terakhir

Ruang mata
mendesak
mengejar aliran
rangkai terjemahanya
kata dan dunia

Seperti bangkit
dari mati
bergelumat
dari daging
dan urat

Takdir terakhir
tlah memanggil aku
ke sini

ashraf ishak
1:05 Pagi
10HB April 11'
Subang Jaya

Kau tetap salah

Tepuk tangan
sahaja
jikalau kau rasa
kemenangan itu
kau yang punya

Soal mendiam diri
malu
tolak sahaja
ke tepi

Dan jika
kau rasakan
keberadaan kau
masih
sebagai jantan

Kau tetap salah

ashraf ishak
7:10 Malam
8HB April 11'
Subang Jaya

Tinta Kasih

Dulu aku
selalu menyanyi
pada diriku
bertanya khabar
dalam tidur
kamar sutera
melenyap
gelapnya dunia
tuk sementara

Dimana awan
berpisah
dari langit
dan bumi
sepi berbicara

Tinta kasih
seperti rimbunan
ombak neraka
mempersenda
akal minda
jahil dan pintar
memperbodohi kita

Maka
dari gelap itu
datang cahaya
membenam suasana

Kerna aku
masih lagi
lelaki celaka

ashraf ishak
12:29 Pagi
6HB April 11'
Rumah

Kembali

Ini semua
angkara dunia
di antara aku
dan dia
hapus nyata
tiada apa
mahu ku lagi
bercengkerama
dengan nada
sopan, layu
dan terus laju
hatiku lanjut
menyoal seolah
tiada sepi
mengolah malam
bila terang
terus berderus
bak sungai
dan awan
mengorak langkah

lalu aku
terhenti

memikiran saat
itu kembali

ashraf ishak
12:56 Pagi
31HB Mac 11'
Subang Jaya

Aku tak gila

Menulis
hingga sang pagi
datang

Menangis
hingga terbit
siang menjelang

Aku tak gila

ashraf ishak
3:33 Pagi
11HB Mac 11'
Subang Jaya

Benci

Ada 
di sini 
tak bererti 
akan mati 
tanpa maksud 
henti 
dan mencaci 

Manusia 
sama sahaja 
sentiasa 
diburui benci 

ashraf ishak 
12:32 Pagi 
25HB Februari 11' 
Subang Jaya

Begini

Aku bercelaru
hidup
tak menentu

Biarpun sesaat
tidak aku
meminta simpati
biar

Biarkan
ke mati
aku begini

ashraf ishak
1:32 Petang
24HB Februari 11'
Kelana Jaya

Dunia sementara

Di akar
umbinya
tak ada
kuasa
yang dapat
melihat
sejauh Dia

Seperti aku
kau juga
akan mati
meninggalkan dunia
sementara

ashraf ishak
2:33 Pagi
23HB Feb 11'
Rumah

Aku adalah aku

Aku
tak akan
terbang
menghalang
dari sudut
sisi
pandangan
literasi emosi
berpegang teguh
hanya
pada ilusi
manusia duniawi

Aku
tak akan
berpaling
biar jatuh
sekalipun
sakitnya menghening

Aku adalah aku.

ashraf ishak
4:45 Petang
19HB Febuari 11'
Rumah

Kipas

Kipas pusing
pusing
kipas pusing

Hitam debu
tak terbakar
asapnya berpura
mata kelabu
asyik bertanya mengapa

Kipas pusing
pusing
kipas pusing

ashraf ishak
4:35 Pagi
19HB Febuari 11'
Rumah