Tetapan janji

Sejujurnya aku
tak mungkin
jatuh padanya
sepertimana
dia yang
berpunya

biar khayalan
ini menjadi
tidak lebih
hanya
tetapan janji

ashraf ishak
6:58 Petang
6HB September 10'
Rumah

Menerang

Lambat
tapak kaki
berjalan
berlari
mengejar mimpi
sebelum terhenti
atau mati
tak mungkin
aku menjeling
babak terakhir
tertidur
sebelum
larut siang
menerang

ashraf ishak
4:45 Pagi
10HB Mac 10'
Rumah

A stare

Canvas
of walls
splattered
fumigating
in a brawl
of lust
spaces
between fingers
linger
damaging trust
silence
romancing
the dead
kneeding
head to head
pleading
with eyes
beyond despair
as it feeds
on you
slowly
with a stare

ashraf ishak
11:32
Home

Haiku satu

Maksud erat dan
semua cinta terhebat
hanya dari-Nya

ashraf ishak
5:58 Malam
5HB September 10'
Rumah

Dunia dan syurga

Diantara ke-dua
satu helahnya seribu daya
hanya satu membawa celaka

Sesungguhnya
masa itu
mengaibkan kita

ashraf ishak
3:15 Pagi
5HB September 10'
Rumah

Cinta Adam & Hawa

Sambungan puisi "Cinta mati"

Walau sekalipun
aku bulan
dan engkau
saksinya

Tak akan
sama
cinta Adam
Hawa
buat manusia

ashraf ishak
2:00 Pagi
2HB September 10'
Rumah

Melintang pukang

Di mana
adanya
pada sinar
sang bulan
kalau tidak
diwaktu ia
mengambang

Ghairah
dengan amarah
setiap mereka
melintang pukang

ashraf ishak
6:25 Pagi
28HB Ogos 10'
Rumah

Cinta mati

Jika benar
cinta kau
kubawa mati

Yang lain
tidak lagi
ku peduli

ashraf ishak
4:35 Pagi
28HB Ogos 10'
Rumah

Tidur dan makhluk halus

Sebelum dunia
meranap
melupa
akan kejadian
kita berdamai
dengan indah
biar fana
alam manusia
digantikan
kata pencipta

Agar tidur
tidak lagi
menghantuiku

ashraf ishak
4:35 Pagi
27HB Ogos 10'
Rumah

Tamat

Melihat gelap
membelakangiku
cemas
seakan tepukan
bahu kanan
dan kiri
ada erti
dimana diam
masaku
sudah tamat

ashraf ishak
5:30 Pagi
24HB Ogos 10'
Rumah

Fetish Imaginasi

Engkau hanya
imaginasiku
untuk apa
aku percaya
kau benar-benar
wujud?

Engkau zalim
dengan kata-kata
seolah aku
ini hina

Engkau hanya
imaginasiku
untuk tidak
aku percaya

ashraf ishak
3:37 Pagi
23HB Ogos 10'
Rumah

Terpesong

Pasti
arah Kiblat
tak akan
lari
dari bala
azab dunia
membunuh
meraung

mereka terpesong

ashraf ishak
12:40 Pagi
23HB Ogos 10'
Rumah

Kiamat

Tolak -
. (titik)
berdentum!
huru-hara
manusia
tiada

ashraf ishak
5:10 Pagi
22HB Ogos 10'
Rumah

Tiada apa tapi sendiri

Mengejar
arus masa itu
seperti menyelam
ke dasar dunia
tak ada
batasnya

Esok
yang ditunggu
belum sempat
menyatukan
akal
dan ajal
bertemu

Tak keharuan
lega
air mata
berdendangkan
senyuman

Andai mencela
berpanji
bersaksi tiada apa
tapi sendiri

ashraf ishak
4:00 Pagi
21HB Ogos 10'
Rumah

Hiba

Bentuk
dan rupa
bersenyawa
betukar bila
sukar menjiwa
terang
dan kadang
garang
aku pendamkam
tanpa sedikitpun
menyimpan
tanpa ngilu
sendu
hati mengadu
keluh kecil
kerap memercil
menambat
menggila
menangis yang hiba

ashraf ishak
4:50 Petang
31HB Julai 10'
Rumah

Getir

Setiap detik
berliku
tak menentu
seperti membeku
meratap ranap
bertanya mengapa
sungai
dan awan
tak sehaluan

Kerana aku
terlalu tinggi?
atau
hanya kau
tak mampu
mengalir

Deras
hingga getir

ashraf ishak
11:33 Malam
30HB Julai 10'
Subang

Terselamat

Di dalam
tangan
meremang
darah noda
simpati

Terhenti
melelap kembali
bait-bait kata
yang buta
dan tak
didengari

Terbukti
tiada mereka
terselamat lagi

ashraf ishak
7:34 Malam
10HB Julai 10'
Rumah

Manusia terbuang

Aku
tak akan
pulih
dari pedih
penat merintih

Tak akan sedar
tegar
merana lapar

Tak akan mati
dilempar pulang

Aku
manusia terbuang

ashraf ishak
4:13 Pagi
21HB Jun 10'
Damansara

Tak mampu meluah

Menentang jiwa
satu noda
firasat gila
mencengkam nyawa
kelibat musibat
tak tenteram
masih berdendam
berdendangkan awan
keluh, megah

bersara sudah
tak mampu
meluah

ashraf ishak
2:54 Pagi
10 Jun10'
Rumah

Rahsia tersimpan

Berbahasa
dengan hujan
menyatukan insan
manusia
yang lewat
terjaga
lanjut diperbodoh
oleh mereka
yang hanya
difikir hodoh
dan terhina

Menjadi mangsa
ada kesempatan
mengema kesunyian
membunuh rahsia
tersimpan

ashraf ishak
2:45 Pagi
3HB Jun 10'
Damansara

Seketika

Biarkan tenang
benderang
mengejar arus
berenang
melintang arah
hembusan

gema senja
bertakbir takdir
berakhir
tiada sakit
yang hadir

mati dengan rela
terdiam seketika

ashraf ishak
7:10 Pagi
19HB Mei 10'
Damansara

Kita dan Dia

Pra kehidupan
dunia
telah dinyata
dan dirancang
perjanjian
antara kita
dan Dia

Jahil
sedangkan manusia
lupa, lalai
tergadai
dalam satu
atau lebih
hingga letih
dikerjakan syaitan

Bukan alasanya
tapi itu masih
antara kita
dan Dia

ashraf ishak
2:40 Pagi
18HB Mei 10'
Subang Jaya

Berhati buta

Dan tenang
bergulung awan
menyapa sabda
buat pertama
dan terakhir
kalinya
berpegang kukuh
tubuh menyentuh
gelap dunia
dan segala
yang nyata
hambar
kerana kita
yang berhati buta

ashraf ishak
8:18 Malam
16 Mei 10'
Kuala Lumpur

Mencinta tanpa cinta

Pernah ada bertanya, kalau mungkin kita boleh mencinta tanpa cinta. Aku curiga dengan kata-katanya. Aku tanya mengapa.

Bermimpi aku di malam hari, seorang dewi datang padaku, menanya soal Adam dan Hawa. Hatinya masih kosong dengan angan semua sempurna

Lalu terjaga dari tidur lena, menyapa siapa dia, yang tak berpunya.

Bertemu. Lalu hilang.

Membutuh aku untuk mencinta tanpa cinta.

Ashraf ishak
23HB April 10'
5:35 Petang
Subang Jaya

Tak begini

Menolak
mungkar janji
mengolah
kata-kata
sepi

dengan harapan
engkau juga
tak begini

ashraf ishak
12:38 Pagi
30HB Mac 10'
Rumah

Patah hati (v)

Relakan
hati berbicara
pabila jiwa
dan raga
berlaga
untuk kita
utuskan
alasan
sebab
atau apa jua
cara mungkin
untuk kau
dijauhi

sudah lama
aku sendiri

ashraf ishak
12:41 Pagi
26HB Mac 10'
rumah

Menyempurnai-Nya

Menyasar bibir
ke angkasa
mengejar bibit-bibit
dunia
memerangi rangka
dan bingkai
kecil
memerhati setiap
persatu

aku bukan lagi
manusia
yang dapat
menyempurnai-Nya

ashraf ishak
3:20 Pagi
17HB Mac 10'
Rumah

Hilang selera

Tetap
menahan mata
dari durjana
pedih
melanda
hatinya berat
dikira
berdepan kesakitan
menyebak
langkah mengelat
telapak
menyepak dada
hilang selera

ashraf ishak
1:10 Pagi
16HB Mac 10'
Subang Jaya

Pedulikan saja

Nukilan bayu
menyetubuhi
diri
membawa berlari
menyembunyi
melayu

pernah aku
bertanya
dimana
hati
berduka lara
tidak engkau
pedulikan sahaja

ashraf ishak
2:16 Pagi
12HB Mac 10'
Subang Jaya

Hanya mampu terdiam

Coba
kau lihat
mataku berlari
ke sana
ke sini
punah rasanya
bila ditinggalkan
waktu-waktu
bila aku
hanya mampu
terdiam

ashraf ishak
6:30 Petang
9HB Mac 10'
Subang Jaya

Patah hati (iv)

"Engkau
ada ciri-ciri
manusia
yang suka
mematah hati!"

katanya lagi.

ashraf ishak
3:18 Pagi
9HB Mac 10'
Rumah

Tentang cinta

Ilusi
imaginasi terbatas
dan pantas
lantas
mencantas
sampai letih
bergetir

jangan kau
mempersoalkan
tentang cinta

ashraf ishak
12:01 pagi
8HB Mac 10'
Subang Jaya

Hingga engkau mati

Jarak mata
dan hati
tak jauh
berbeza
antara tenteram
ada kelam
panah
petir
langgit tenggelam
hancur lara
janggal menghilang
menyeluk tubuh
berliar tenteram

aku takkan pergi
hingga engkau mati

ashraf ishak
4:53 Pagi
7HB Mac 10'
Subang Jaya

Cinta ini

Cinta ini
melulurkan
rasa takut
yang terpendam

cinta ini
menghampakan
dan adanya
ku terdiam

biarkan rasa
ini
berpaling
seakan
aku tak lagi
bermimpi

ashraf ishak
2:38 Pagi
2HB Mac 10'
Rumah

Itu dunia

Terang malam
berdesing
padam
merasuk
meradang
terasing pandang
langit
dan bulan
antara kabus
itu nyawa
antara manusia
itu dunia

ashraf ishak
2:25 Pagi
27HB Febuari 10'
Rumah

Menangis

Renunganya
seperti bila
awan mati
berdansa
terkilan
terlanjur
hingga tenangnya
pergi
sekali memaksa
dia tuk
menangis

ashraf ishak
4:18 Pagi
17HB Febuari 10'
Rumah

Bidadari

Belum sempat
aku berlari
kau tanyakan
tertawa dan diam
penat
di akhir nyawa
bersuara

“Hilangkah engkau
bidadari
aku baru sahaja
mengenali dirimu”

ashraf ishak
3:41 Pagi
17HB Febuari 10
Rumah

Sebentar

Mata
tak menemu
hati
ketika terbitnya
fajar
menyinar
dan mengejar
setiap kegelapan
menyudut
bersujud
menukar tawa
kepada hiba

Apa itu
tidur
kalau bukan
mati
yang sebentar

ashraf ishak
11:55 Pagi
15HB Febuari 10'
Rumah

Hanyut

Meragut raut
indahnya
dunia
menelan kelam
yang kian
mengila

Karut itu
mengarut
yang berparut
dan larut
dalam lautan
hanyut

ashraf ishak
1:03 Pagi
5HB Febuari 10'
Rumah

Dia wanita

Bermadu asmara
berdua
dan bersama
menyentuh tubuh
kaku
lalu jatuh
aku padanya

Dia wanita
yang menyelimuti
hatiku
dengan cinta

ashraf ishak
12:48 Malam
3HB Febuari 10'
Subang Jaya

Kesal

Kesenduan
angin kesejukkan
ghairah burung
beterbangan
melonjak
sehari lagi
kehidupan
ke depan
tak pernah
menoleh
tak pernah
kesal

ashraf ishak
7:18 Pagi
2HB Febuari 10'
Rumah

Mahu merasa dicintai

Sayunya
hati ini
untuk meleraikan
kata-kata
yang tak sanggup
menghina

Tuhan
apa salahku
hidup di dunia
sedangkankan cuma
mahu merasa
dicinta

ashraf ishak
3:56 Petang
26HB Januari 10'
Rumah

Tangiskan insan

Diam
dan tenangnya
nyawa
sujud
dan pendamkan
semua

tangiskan
insan dunia
yang hilang

ashraf ishak
5:43 Pagi
24HB Januari 10'
Rumah

Takot mati sendiri 10'

Mari merai
kehidupan
yang panjang
dan memenatkan

sepanjang
aku berdiri
lebih takut
aku
tuk mati

ashraf ishak
12:08 Pagi
24HB Januari 10'
Kuala Lumpur

Nanti

Aku melihat
hujan
di luar
gelap duniaku
sementara
mata
menemu pena

coretan
tak henti
seolah
kan bercahaya
duniaku nanti

ashraf ishak
6:27 Petang
22HB Januari 10'
Rumah

Selamanya

Pasti
tak ada
yan sempurna
seperti kita
manusia

hidup
untuk terus
bernyawa
mati
untuk
hidup selamanya

ashraf ishak
5:21 Pagi
23HB Januari 10'
Rumah

My non-fictional love

Beautiful
as it is
darkness
makes no sense
at all
for all
my blessings
be seeked
to a stranger
non-fictional
love

ashraf ishak
8:05 P.M.
21st January 10'
Home

Padam

Hambarkah jalan
yang terlentang
buat insan
dunia
dan umat
manusia

Sementara matinya
terbenam
api yang
membakar
tak akan padam

ashraf ishak
15HB Januari 10'
4:28 Pagi
Rumah