Getir

Setiap detik
berliku
tak menentu
seperti membeku
meratap ranap
bertanya mengapa
sungai
dan awan
tak sehaluan

Kerana aku
terlalu tinggi?
atau
hanya kau
tak mampu
mengalir

Deras
hingga getir

ashraf ishak
11:33 Malam
30HB Julai 10'
Subang