Gema

Tanpa rencana
bisikan syair
membawa
seribu satu makna
aksara cinta
yang bergema
satu semesta

ashraf ishak
5:03 Petang
31HB Julai 22'
Taman Tun

Datang

Perlahan
dunia ini
merayap
akan kematian
yang tidak
lama lagi
akan mendatang

ashraf ishak
4:08 Petang
31HB Julai 22'
Taman Tun

Jalan Menuju Tuhan

Aku rela
dunia tanpa ada
kebatilan
hanya untuk
mati dalam jalan
menuju Tuhan

ashraf ishak
12:49 Petang
30HB Julai 22'
Taman Tun

Gelora

Selain dunia
yang berdambarkan
sukma
hanya hasrat manusia
untuk tidak terluka
mencari akan cinta
yang hilang tanpa rasa
untuk menemukan diri
dalam badai gelora

ashraf ishak
2:31 Pagi
29HB Julai 22'
Taman Tun

Pura-pura

Dalam alunan
rambutmu
dua hati setia
saling bertemu
menaatkan cinta
pada yang satu
meninjau rela
dalam restu

Biakanku berdiam saja
dariku berpura-pura

ashraf ishak
6:57 Petang
28HB Julai 22'
Taman Tun

Dia

Dia
ada dalam
hati kita
mengalir darah
memberi nyawa
berdegup jantung
akan namaNya

ashraf ishak
3:56 Petang
28HB Julai 22'
Taman Tun

Lupa

Terkadang
dunia itu 
membingungkan
tetapi
lebih sering kali
ia kerana manusia
lupa akan Tuhan

ashraf ishak
1:53 Petang
28HB Julai 22'
Taman Tun




Artworks delivered to newlyweds Adit and Krista.

Sehari Lagi

Sehening nafas
ku hembuskan
bertemu jiwa
dengan badan
belum mati
sehari lagi
hingga nanti
datangnya malam

ashraf ishak
2:40 Pagi
27HB Julai 22'
Taman Tun

Simpan

Larut
dalam aliran
disimpul kebencian
yang sunyi kesepian
merentas jiwa
yang terlalu dalam
dan tersimpan

ashraf ishak
10:29 pagi
23 Julai 22'
Jakarta

Kegelapan

Dalam kesyahduan
rindu yang mendatang
ada hati yang tenang
walaupun didakap
kegelapan

ashraf ishak
9:40 pagi
23HB Julai 22'
Jakarta

Dewasa

Menjadi dewasa
itu sukar
menolak hal-hal
dunia sementara
mencari dusta
dalam pekara 
yang benar

ashraf ishak
10:32 malam
22 Julai 22'
Jakarta

Kebisuan

Tanpa ada
bait kata kepalsuan
segala yang ada
di dalam hati
kita ucapkan
dan pada akhirnya
kita pun pulang
kebisuan

ashraf ishak
9:40 Pagi
21HB Julai 22'
Jakarta

Secangkir Kopi

Aku melihat
segenap manusia
berjalan 
dan bergegas
bergelora
di ambang gemelut
yang melanda
sambil menghirup
penuh kepuasan
pahitnya kehidupan
secangkir kopi
buat jiwa yang lara

ashraf ishak
11:08 Pagi
20 Julai 22'
Jakarta



Bahagia (vi)

Sejujurnya
aku tidak lagi
dapat mendambarkan
kata setia

Bukan kerana aku
tidak cinta
tetapi kerana
engkau tak bisa
membuat aku bahagia

ashraf ishak
11:38 Malam
17HB Julai 22'
Taman Tun

Tiada Apa

Setitis senja
yang embunya
membelai
benak cahaya
lelah
dirangkuli masa

Dan tiba-tiba
semuanya menghilang
tiada apa

ashraf ishak
5:11 Petang
17HB Julai 22'
Taman Tun

Dusta (iii)

Semua
yang tak terjawab
dengan kata kata
hanyalah mainan 
mulut yang berdusta

ashraf ishak
3:56 petang
17HB Julai 22'
Subang Jaya

Bahagia (v)

Sedang dunia
menyaksikan
cinta kita
yang bergema
dan terpelihara
buat kita bersama
namun terhenti
sementara
di atas alasan
tidak lagi bahagia

ashraf ishak
3:29 Petang
17 Julai 22'
Subang Jaya

Takdir

Apabila resah
itu menghilang
dan malam pun
datang menjelang
hanya pada takdir
hatiku berpegang
tanpa bergelut
dengan jiwa
yang dihumban

ashraf ishak
1:46 Pagi
10HB Julai 22'
Taman Tun

Masa

Di manakah dunia
yang bertadbir cinta
terlerai dan terungkap
segalanya
dalam dakapan senja
dan rasa yang mati
usai ditelan masa

ashraf ishak
11:58 pagi
5HB Julai 22'
Taman Tun


Nobody Knows (2022)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm