Makna cinta (ii)

Segalanya hilang

Sebelum wujudnya
kata cinta

ashraf ishak
5:38 Pagi
15Hb Mei 21'
Taman Tun

Makna cinta

Sebelum kita
dilanda sengsara
yang tiada ertinya
kita perlu tahu
makna cinta

ashraf ishak
4.49 Pagi
15HB Mei 21'
Taman Tun

Ikatan

Indah
gemerlapan malam
diterjemah
satu perkataan

Kasih dan sayang
sebuah ikatan

ashraf ishak
2:17 Pagi
14HB Mei 21'
Taman Tun

Tanah

Darah
sama merah

Mati
kerana tanah

ashraf ishak
 1:37 Pagi
14HB Mei 21'
Taman Tun

Manusia tak sempurna

Dunia
penuh kegelapan
yang bisa
merubah hati
menjadi derhaka

Dan kita
hanyalah mangsa
manusia tak sempurna

ashraf ishak
1:11 Pagi
14Hb Mei 21'
Taman Tun

Ternyata

Waktu aku
bersembunyi
melarikan diri
dari sepi

Ternyata
hanya mati
dalam sendiri

ashraf ishak
12:30 Pagi
14HB Mei 21'
Taman Tun

Power over people

What is The United Nations
without united nations
what is the need for greed
and occupation
countries at war
a never ending alienation
while you watch
you brothers and sister
suffer and die in starvation

ashraf ishak
4:30 AM
13TH May 21'
Taman Tun

Ketentuan (ii)

Kita hidup
dalam dunia
yang berjauhan
dipisahkan ombak
dan lautan

Segala yang pasti
masih berpaksi
akan ketentuan

ashraf ishak
3:53 Pagi
10HB Mac 21'
Taman Tun

Membunuh

Gelap
yang ada disisiku
menerkam
dan menyusuk
kalbu

Aku 
tidak bisa lari
dari segala rasa
yang membunuh 
jiwaku

ashraf ishak
5:14 Pagi
9HB Mei 21'
Taman Tun

Pendusta

Segala janji
terlerai
dengan satu
kata

Aku tidak lagi
percaya
manusia
yang lidahnya
berbisa

ashraf ishak
7:15 Pagi
5HB Mei 21'
Taman Tun

Pendosa

Mugkin kita
belum cukup
melihat dunia
untuk tahu
erti derita

Dan aku
hanyalah manusia
yang hina
dan berdosa

ashraf ishak
6:15 Pagi
3HB Mei 21'
Taman Tun

Menjadi (jadi)

Semalaman
aku terjaga
merenung dunia
dari sudut
yang berbeza

Dan di dalam
gelapnya sepi
aku menjadi
bayanganku sendiri

ashraf ishak
6:18 Pagi
2HB Mei 21'
Taman Tun

Terlerai

Seketika
hati berkecamuk
di saat lena
di siti hatiku
terlerai dari jiwa

ashraf ishak
10:07 Pagi
1HB Mei 21'
Taman Tun

Perempuan (ii)

Sambungan kepada puisi Perempuan

Perempuan

Mungkin kita
ditakdirkan
untuk tidak
bersama

Namun jarak
bukan penghapus
segala rasa

ashraf ishak
11:22 Malam
30HB April 21'
Taman Tun