Ingkar (iv) (2021)
mixed media on wood

 


Ingkar (iii) (2021)
mixed media on wood

 


Healing (2021)
mixed media on coffee cup

 

Datang

Relakan
bintang menyinar
hampakan
semua yang ada
kabus gelap
kan menghilang
dengan resah
yang tlah datang

ashraf ishak
1:13 Pagi
3HB September 21'
Taman Tun

Setia (iii)

Segala erti
yang ada
pada cinta
tiada maknanya
tanpa hati
yang setia

ashraf ishak
5:49 Pagi
2HB September 21'
Taman Tun

Manusia sempurna

Bingkisan kemanusiaan
yang makin hilang
bersama lapisan
yang dicaci cerna
tanpa alasan
atau ulasan mengapa
manusia akhir zaman
seolah binatang
tanpa ada rasa cinta
sesama diri mereka

Dan kita dikatakan
diciptakan sempurna

ashraf ishak
7:48 Malam
31HB Ogos 21'
Taman Tun

Gerimis pagi

 Gerimis pagi
memecahkan
heningan kegelapan
dari senyap
yang menyingkap
hati yang didakap

Terhenti untuk seketika
lalu basahlah bumi
dengan air mata
mereka yang disakiti
dan menyembunyi

ashraf ishak
8:04 Pagi
31HB Ogos 21'
Taman Tun

Tanahairku

Di sini
ku letakkan segala kudrat
dan tenaga
untuk membina sebuah cinta
yang utuh dan saksama

Di sini
ku letakkan nyawaku
untuk sedalam hati
ku merasa

Di sini
kasih dan sayangku
abadi dan selamanya

ashraf ishak
7:02 Pagi
31HB Ogos 21'
Taman Tun

Pendam (iii)

Terlalu banyak
yang hendak
diperkatakan
namun
hati ini hanya
mampu terdiam
meleraikan mimpi
yang terpendam

ashraf ishak
2:10 Pagi
30HB Ogos 21'
Taman Tun

Masa (vi)

Izinkan aku
berbicara
tanpa ada
rasa kecewa
sebelum kita
ditelan badai
masa

ashraf ishak
6:27 Petang
24HB Ogos 21'
Taman Tun

Bahagia

Hidupku di dunia
bukan hanya
untuk mencinta
dan memuja
tetapi juga
untuk merasakan
bahagia

ashraf ishak
5:43 Petang
17HB Ogos 21'
Taman Tun


Obsession (iii) (2021)
pen on paper

 


Obsession (ii) (2021)
mixed media on paper
13.6 x 18.7 cms

 


Obsession (2021)
mixed media on paper
13.6 x 18.7 cms



Without you (ii) (2021)
mixed media on paper

 


Without you (2021)
mixed media on paper

 

Shadow

Whats worst
than a man
that is afraid
of the darkness
is a man
who is afraid
of his own shadow

ashraf ishak
4:32 AM
3RD August 21'
Taman Tun

Setia (ii)

Tak usah lagi
kau mengadu domba
kepada hati
yang tak setia

ashraf ishak
6:16 Petang
31HB Julai 21'
Taman Tun

Janji dusta

Aku tidak rasa
kau wanita
sempurna
kerana segala
janji
hanyalah dusta

ashraf ishak
5:11 Pagi
31Hb Julai 21'
Taman Tun



Untitled (2021)
pen on paper
27.3 x 37.5 cms

Sama / berbeza

Mungkin
kita belum berada
di tempat
yang sama
untuk mengapai
mimpi yang berbeza

ashraf ishak
7:04 Pagi
30HB Julai 21'
Taman Tun


Three faces (ii) (2021)
mixed media on paper
27.3 x 3.75 cm

 


Three faces (2021)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm




Ingkar (ii) (2021)
mixed media on wood

 

Truth / lies

This world
is not for us
harshness
is seen
as the truth
while the lies
are often subtle

ashraf ishak
4:49 AM
28TH July 21'
Taman Tun

Syaitan bertopengkan manusia (ii)

Saya percaya
dunia ini
tak mungkin berbeza
jikalau kita
bertuhankan syaitan
bertopengkan manusia
dan menyembah berhala
penipuan semata-mata

ashraf ishak
4:37 Pagi
25HB Julai 21'
Taman tun

Palsu

Seikhlas hati
kau mungkari
sebesar hati
engkau berjanji

ashraf ishak
3:32 Pagi
22HB Julai 21'
Taman Tun

Api jiwa (ii)

Jangan kau biarkan
api ini menjadi bara
agar dapat
ku terus memuja

ashraf ishak
6:44 Pagi
21HB Julai 21'
Taman Tun

Buat R

Jikalau kau
disana
memerhatikan kita
aku berdoa
kau tersenyum
dan bahagia

ashraf ishak
1:43 Pagi
21HB Julai 21'
Taman Tun


Nothingness (2021)
mixed media on paper

 


Death (2021)
pen on paper

 

Seperti dia

Seperti dia
aku juga merasakan
dunia ini tidak adil
dan penuh sengsara

Seperti dia
aku juga mengharapkan
ada harapan
untuk kita bahagia

ashraf ishak
6:10 Pagi
19 Julai 21'
Taman Tun

Api jiwa

Sehingga genggaman
menjadi bara
biarkan api ini
membakar
dan menyemarak
dalam jiwa

ashraf ishak
5:16 Petang
18HB Julai 21'
Taman Tun

Sekejap

Di dalam gelap
kaku menyingkap
dan segala
yang tak terungkap
dimamah hati
yang ranap

Sebentar
sekejap

ashraf ishak
4:20 Pagi
18HB Julai 21'
Taman Tun


Transcend (ii) (2021)
mixed media on paper

 

Cinta pandangan pertama

Ratapan mata
dimana dua hati
bertemu 
lalu terluka

ashraf ishak
6:15 Pagi
16HB Julai 21'
Taman Tun

Terbelenggu

Aku yang senantiasa
di sini menunggumu

Mati dalam perasaan
terbelenggu

ashraf ishak
5:35 Pagi
16HB Julai 21'
Tamam Tun


Transcend (2021)
mixed media on paper

 


 



























Artworks from my sketchbook; 2018.
Photos by DVMVisuals
Instagram: dvmvisuals

Pada suatu gerimis

Pada suatu gerimis
dimana hati terguris
dan nama yang terpahat
dan tertulis
tidak lagi kau tangis

ashraf ishak
5:19 Pagi
14HB Julai 21'
Taman Tun

Angin

Aku tidak lagi
mengharapkan
khabar berita
dari angin
biarpun kelak
deritaku itu
meranap batin

ashraf ishak
7:39 Malam
12HB Julai 21'
Taman Tun

Nestapa

Pejamkan mata
dan segala rasa
akan hilang
bersama mimpimu
yang nestapa

ashraf ishak
4:59 Pagi
10HB Julai 21'
Taman Tun

 
Dream (ii) (2021)
mixed media on paper

 

Syaitan bertopengkan manusia

Syaitan bertopengkan manusia
lantang bersuara
namun kata-katanya tak bermakna
hanya kaya sesama dirinya
tetapi rakyatnya dibiarkan menderita
apa yang kau lihat pada mereka
syaitan bertopengkan manusia
yang engkau pilih sebagai ketua
yang sepatutnya menjaga
dan membela negara
namun hanya penipuan
yang disembah berhala

ashraf ishak
7:21 Pagi
9HB Julai 21'
Taman Tun

Harapan palsu

Di kala rindu
membelengu
hati nan syahdu
aku hanya mampu
mengharapkan
engkau juga begitu

ashraf ishak
5:51 Pagi
9HB Julai 21'
Taman Tun

Seribu tahun

Aku tak mahu
hidup
seribu tahun lagi
jikalau cintamu itu
tak mungkin
ku bawa mati

ashraf ishak
3:25 Petang
8Hb Julai 11'
Taman Tun

Bahagia (ii)

Namun
tanpa cinta
hakikatnya
aku masih tetap
memuja

Biarpun mati
tanpa rasa
bahagia

ashraf ishak
5:39 Pagi
8HB Julai 21'
Taman Tun

Bahagia

Seperti dia
aku juga inginkan
seketika
untuk bahagia

ashraf ishak
3:51 Pagi
8HB Julai 21'
Taman Tun

Bersendirian (ii)

Di balik awan
yang mendung
dan suram
ada hati yang ingin
bersendirian

ashraf ishak
5:00 Pagi
7HB Julai 21'
Taman Tun

Lara

Aku hanyalah manusia
yang mendakap duka
dalam jiwa yang lara

ashraf ishak
8:09 Malam
6HB Julai 21'
TamanTun

Manusia terseksa jiwa

Merangkap kata
sanubari
yang terseksa
di mana malam
tidurnya tak terlena
dan siangnya
dipenuhi kelam
hingga ke senja

ashraf ishak
6:00 Petang
6HB Julai 21'
Taman Tun

Sama

Hidup ini
mengelirukan
ada kala
kita hampa
dengan manusia
tanpa menyedari
kita juga sama

ashraf ishak
4:53 Petang
6Hb Julai 21'
Taman Tun

Seketika

Dan hanya seketika
mata yang terlena
dapat merasakan cinta

ashraf ishak
7:11 Malam
4HB Julai 21'
Taman Tun

Agung

Sudikah hendaknya
engkau berkata
jikalau cinta
berbalas
dengan cinta
tidak ada
rasa yang lebih
agung darinya

ashraf ishak
8:25 Pagi
2HB Julai 21'
Taman Tun

Grey

All of the ocean
under the sky
lit up and blooming
burning my eyes
all that had happened
drifts us away
like a shadow in the cloud
you had left me grey

ashraf ishak
3:46 AM
2ND July 21'
Taman Tun

Flowers bloom (2021)
mixed media on paper

Masa (v)

Pada akhirnya
dunia
hanyalah ujian
buat manusia
yang pandai
mengatur
dan mencatur
masa

ashraf ishak
6:52 Pagi
26HB Jun 21'
Taman Tun


Palmier (2021)
marker pen on paper

Redha

Menukar bicara
pada diam
tidak selalu
mendatangkan
aman
tanpa ada 
redha
dalam maksud
dan pengertian

ashraf ishak
2:22 Pagi
24HB Jun 21'
Taman Tun

Pendatang

Kalau begitu
aku juga sama
pendatang
yang menuntut
tanahnya
tanpa ada
yang bebas bersuara

ashraf ishak
5:46 Pagi
23HB jun 21'
Taman Tun

Getir

Izinkan aku
meratap wajahmu
buat kali terakhir
sebelum hati ini
kau remuk
dan kau campak
tanpa ada rasa
pahit getir

ashraf ishak
2:53 Pagi
23HB Jun 21'
Taman Tun


Realiti pandemik (2021)
mixed media on paper

Perangkap dunia

Aku
tak mahu lagi
rasa sebegini
meratap dinding
di bilik yang sunyi
terperangkap
dalam fikiran ku
sendiri

ashraf ishak
5:01 Pagi
22HB Jun 21'
Taman Tun

Sendirian

Setiap
angin kencang
yang meniup
dalam gelapnya
malam
melelapkan segala
bunyi bunyian

Dan aku
di suatu sudut
duduk bersendirian
dalam kelam

ashraf ishak
4:19 Pagi
22HB Jun 21'
Taman Tun

Tiada

Aku masih
mencari cinta
tempat suci
ia bertakhta
kini hilang
dan sudah tiada

ashraf ishak
3:33 Pagi
22HB Jun 21
Taman Tun

Adakah kau juga mendengar

Adakah
kau juga mendengar
khabar dari angin
dalam lingkaran awan
yang berputar
sayup ku sebut namamu
tanpa sedar
dan aku masih bersendirian
menunggu masa tuk mekar

Adakah kau juga
mendengar

ashraf ishak
4:15 Petang
19HB Jun 21
Taman Tun

Dunia tanpa cinta sempurna (ii)

Lelapkan mata
tenang tidurmu sayang
dibuai mimpi
jauh dari dunia
tanpa cinta sempurna

ashraf ishak
5:47 Pagi
17HB Jun 21'
Taman Tun

Dunia tanpa cinta sempurna

Apakah ertinya
dunia
tanpa cinta
sempurna

ashraf ishak
5:15 Pagi
17HB Jun 2021
Taman Tun


Dunia tanpa cinta sempurna (2021)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm

Alam

Segenap dunia
tanpa cahaya bintang
menyinari pelusuknya

Gelap dan hingar
menusuk benteng ufuk
alam semesta

ashraf ishak
6:59 pagi
16HB Jun 21'
Taman Tun

Cinta mati

Setiap hal
yang terjadi
adalah kerana
kau telah berjanji
untuk mencintai
diriku sampai mati

ashraf ishak
6:25 Pagi
16HB Jun 21'
Taman Tun

Kembali

Saksinya
hanya hati
melihat dunia
dari mimpi

Mengharap
engkau kan kembali

ashraf ishak
11:58 Malam
15HB Jun 21'
Taman Tun

Freedom

Dusk comes with a gloriously colourful sky; and with it is silence.

In between that silence are the sounds of the wind gently caressing your skin, the rustling of the trees and birds singing. She close her eyes, while the whispers of the world takes her away.

"Do you hear that?", she asks.

"That is the sound of freedom".

ashraf ishak
6:58 PM
14TH June 21'
Taman Tun

Khabarkan pada bintang

Khabarkan
pada bintang
yang aku juga
kehilangan

Tanpa arah tuju
dan tanpa cahaya
yang begemerlapan

Khabarkan
pada bintang
yang aku juga
kehilangan

Mencari jalan pulang
dari penat
dan kepahitan

Khabarkan
pada
bintang

ashraf ishak
4:15 Petang
14HB Jun 21'
Taman Tun

Hilang

Terlalu banyak
puisi tentang lautan
tiada satu pun
dapat ku tulis
tentang dirimu
yang seringkali
bermain dalam igauan

Seperti derasan ombak
yang memukul jemari
dan memecahkan
pintu pasir hatiku
engkau juga hilang

ashraf ishak
5:04 Pagi
14HB Jun 21'
Taman Tun


Trauma (2021)
mixed media on coffee cup

 


Wisdom (2021)
mixed media on coffee cup


 

Kelam (iii)

Diam
dalam kepahitan
tanpa tenteram
di balik kabus awan
keheningan malan

Malapnya
api senja
mati dalam kelam

ashraf ishak
6:02 Pagi
10HB Jun21'
Taman Tun

Derita

Setiap bait
kata yang tercipta
dari luka
yang tidak ada
panghujungnya

Senantiasa
dihantui bayangan
dalam kegelapan derita

ashraf ishak
4:37 Pagi
10HB Jun 21'
Taman Tun

Penyesalan

Terkadang
bukan harapan
yang aku inginkan

Bila setiap kata
yang kau beri
berakhir 
dengan penyesalan

ashraf ishak
3:56 Pagi
10HB Jun 21'
Taman Tun

Atas nama cinta

Antara
kau dan aku
sementara
masih ada waktu
biarkan langit 
menyapa
akan nama
kita berdua

Sebelum
rasa itu mati
atas nama cinta

ashraf ishak
4:54 Pagi
8HB Jun 21'
Taman Tun

Akur

Ketika awan
disulam kepahitan
di waktu senja
datangnya hujan

Langit dijunjung
menadah tangan
akur
dengan ketentuan
Tuhan

ashraf ishak
6:46 Pagi
7HB Jun 21'
Taman Tun

Makna cinta (ii)

Segalanya hilang

Sebelum wujudnya
kata cinta

ashraf ishak
5:38 Pagi
15Hb Mei 21'
Taman Tun

Makna cinta

Sebelum kita
dilanda sengsara
yang tiada ertinya
kita perlu tahu
makna cinta

ashraf ishak
4.49 Pagi
15HB Mei 21'
Taman Tun

Ikatan

Indah
gemerlapan malam
diterjemah
satu perkataan

Kasih dan sayang
sebuah ikatan

ashraf ishak
2:17 Pagi
14HB Mei 21'
Taman Tun

Tanah

Darah
sama merah

Mati
kerana tanah

ashraf ishak
 1:37 Pagi
14HB Mei 21'
Taman Tun

Manusia tak sempurna

Dunia
penuh kegelapan
yang bisa
merubah hati
menjadi derhaka

Dan kita
hanyalah mangsa
manusia tak sempurna

ashraf ishak
1:11 Pagi
14Hb Mei 21'
Taman Tun

Ternyata

Waktu aku
bersembunyi
melarikan diri
dari sepi

Ternyata
hanya mati
dalam sendiri

ashraf ishak
12:30 Pagi
14HB Mei 21'
Taman Tun

Power over people

What is The United Nations
without united nations
what is the need for greed
and occupation
countries at war
a never ending alienation
while you watch
you brothers and sister
suffer and die in starvation

ashraf ishak
4:30 AM
13TH May 21'
Taman Tun

Ketentuan (ii)

Kita hidup
dalam dunia
yang berjauhan
dipisahkan ombak
dan lautan

Segala yang pasti
masih berpaksi
akan ketentuan

ashraf ishak
3:53 Pagi
10HB Mac 21'
Taman Tun

Membunuh

Gelap
yang ada disisiku
menerkam
dan menyusuk
kalbu

Aku 
tidak bisa lari
dari segala rasa
yang membunuh 
jiwaku

ashraf ishak
5:14 Pagi
9HB Mei 21'
Taman Tun

Pendusta

Segala janji
terlerai
dengan satu
kata

Aku tidak lagi
percaya
manusia
yang lidahnya
berbisa

ashraf ishak
7:15 Pagi
5HB Mei 21'
Taman Tun

Pendosa

Mugkin kita
belum cukup
melihat dunia
untuk tahu
erti derita

Dan aku
hanyalah manusia
yang hina
dan berdosa

ashraf ishak
6:15 Pagi
3HB Mei 21'
Taman Tun

Menjadi (jadi)

Semalaman
aku terjaga
merenung dunia
dari sudut
yang berbeza

Dan di dalam
gelapnya sepi
aku menjadi
bayanganku sendiri

ashraf ishak
6:18 Pagi
2HB Mei 21'
Taman Tun

Terlerai

Seketika
hati berkecamuk
di saat lena
di siti hatiku
terlerai dari jiwa

ashraf ishak
10:07 Pagi
1HB Mei 21'
Taman Tun

Perempuan (ii)

Sambungan kepada puisi Perempuan

Perempuan

Mungkin kita
ditakdirkan
untuk tidak
bersama

Namun jarak
bukan penghapus
segala rasa

ashraf ishak
11:22 Malam
30HB April 21'
Taman Tun


My  interview with The Full Frontal will be out tomorrow. Stay tuned. Link will be posted on the sidebar.


Amanat dunia

Di sini
aku letakkan
segala janji
dan harapan
di mana 
tidak ada
yang bisa ingkari

Seperti amanat dunia
yang diolah
untuk merencana
sejuta mimpi

ashraf ishak
5:40 Pagi
30HB April 21'
Taman Tun

Di atas nama malam

Tatkala kita bersendirian
ditemani bulan
dan cahayanya yang menerang
aku mencari akan jawapan
yang tersimpan

Di antara riuh dan tenang
aku bertanya kepada Tuhan
apa sebenarnya erti kehidupan
berpelukan dan berdampingan
di atas nama malam

ashraf ishak
12:40 Pagi
29HB April 21'
Taman Tun

Kembali

Aku ingin
berdamai dalam sepi
di mana malam
waktu terhenti
merentas masa 
mencari erti
sebelum sampai
waktu kembali

ashraf ishak
1:48 Pagi
25HB April 21'
Taman Tun

Berlabuh

Setiap kata
yang kau hindari
membuatkan aku lebih
memahami diriku
tanpa engkau sadari
yang aku hanya bisa
mencintaimu dari jauh

Semalam
segala yang terjadi
tidak lagi mampu aku cari
dan segala yang ku rasa
berhenti tepat
di tempat hatimu berlabuh

ashraf ishak
3:37 Petang
23HB April 21'
Taman Tun

Perempuan

Perempuan
malam ini kesemua kesudahan
mati dalam kepastian
kau ambil tanganku
dan kau genggam
ke langit ketujuh
untuk kita bersendirian

Perempuan
hati ini tak mungkin
patah lagi buat mu
namun kesemua itu
tidak lagi aku pedulikan
kerana kau dan aku
akan selamananya aku abadikan

ashraf ishak
8:35 Malam
22HB April 21'
Taman Tun



Ingkar (2021)
mixed media on wood
SOLD

 



Khayal (2021)
mixed media on paper
SOLD

 



Interview with The Full Frontal; coming soon.

Photos by Aiman Nomad.



Empat (2019
mixed media on wood
SOLD


Inner child (2021)
pen on receipt paper

 


Untitled (2021)
mixed media on receipt paper


Eternal transition (2021)
mixed media on paper

 


Identity (iii) (20211)
mixed media on brown pape
r


Identity (ii) (2021)
Mixed media on brown paper

 


Identity (2021)
mixed media on brown paper

 


Different but the same (2021)
marker pen on coloured paper
SOLD

 


Reform (2021)
pen on brown paper

 

 

Dream (2021)
mixed media on paper
SOLD 


Resurface (2021)
pen on brown paper

 


Bloom (2021)
digital photography

 


On the wall (2021)
digital art

 


Withered (2021)
digital photography


Split (personality) (v) (2017)
mixed media on paper

 


Split (personality) (iii) (2017)
mixed media on paper

 


Split (Personality) (vi) (2017)
mixed media on paper

 



The fear (ii) (2021)
mixed media on paper