Sendiri

Seandainya
segala janji
kau bawa mati
mungkin aku 
takkan sendiri

ashraf ishak
6:54 Malam
30HB November 20’
Subang Jaya

Berdua (ii)

Di kala angin
meniup sendu
setiap titis
rasa cinta
yang bergelut
dalam duka
menjadi merdu

Dan segala cerita
tetap tersimpan
buat kita berdua

ashraf ishak
8:08 Pagi
30HB November 20’
Subang Jaya

Hidup

Hidup ini
adalah suatu 
kepastian

Dimana mati
kan mendatang
dan setiap terang
dipenuhi kegelapan

ashraf ishak
4:41 Petang
28HB November 20’
Subang Jaya

Berdua

Sudah aku cuba
mengertikan kata cinta
namun semua itu 
jauh dari apa
yang kita rasa

Cerita yang tertulis
hanya buat kita berdua

ashraf ishak
5:23 Petang
13HB November 20’
Subang Jaya


Reflect / neglect (2020)
mixed media on cardboard

Restless

Eyes wide open
hearts shut tight
no sleep for the restless

ashraf ishak
6:40 AM
12TH November 20’
Subang Jaya

Tragedy

 Somewhere
in between
life and death
is a tragedy
waiting to happen

ashraf ishak
4:26 AM
12TH November 20’
Subang Jaya

Bersendirian

Dingin malam
membeku perasaan
yang seringkali
membuatku terdiam
terdampar
dalam kekosongan
dihambat ombak
sehening salju
kebencian

Aku sudah pasti
tidak lagi
ingin bersendirian

ashraf ishak
6:40 Pagi
11HB November 20’
Subang Jaya

Dosa (iii)

Dunia ini sempurna
begitu juga Dia
sang pencipta
dan aku hanyalah
manusia penuh dosa

ashraf ishak
4:33 Pagi
7HB November 20’
Subang Jaya

Jahil

Mungkin aku
bukan dicipta
buat dunia ini
yang penuh 
kepahitan
yang seringkali 
terluka
dengan kata-kata 
manusia
yang berisi noda 
dan kejahilan

ashraf ishak
6:51 Pagi
6HB November 20’
Subang Jaya

Pagi

Pagi mendatang
dan sinarnya
menyelubungi
seluruh alam

Memberikan
harapan yang pasti
sesudah kegelapan

ashraf ishak
6:35 Pagi
5HB November 20’
Subang Jaya

Nikmat dunia

Melihat
mendengar
merasa
itu semua nikmat dunia

Dan apabila mati itu datang
hilanglah segala-galanya

ashraf ishak
6:00 Pagi
5HB November 20’
Subang Jaya

Todo bajo el sol (2020)
oil pastel on paper

Sepi

Aku tak mungkin
memiliku dirimu
buat selamanya

Suatu hari
kau juga akan pergi
dan dunia ini
dihuni sepi

ashraf ishak
3:40 Petang
3HB November 20’
Kuala Lumpur

Aku dan lautan

Biar berderas ombaknya
meramas
di antara jari jemariku
dan segala kepedihan
hanyut bersama angin
yang membawaku jauh
kehilangan

Aku ingin pulang
menemukan diriku
yang tidak keruan

ashraf ishak
7:02 Pagi
2HB November 20’
Subang Jaya