False hopes

Humans
They could only
give you
false hopes

ashraf ishak
6:23 AM
14TH November 12'
Subang Jaya

Dia

Pabila terlena
sebujur tubuhnya
ku peluk
ku cium

Bagaimana caranya
untuk merahsiakan
kekosongan
yang mengisi
hati ini

Sedangkan dia
tidak lagi
aku miliki

ashraf ishak
1:44 Pagi
9HB September 12'
Subang Jaya

Pasca hati


Walau jauh
hati ini
berlabuh
namun dekat
tempat ianya
jatuh

Pasca hati
luruh
gugup terdiam
tanpa disuruh

ashraf ishak
1:53 Pagi
7HB September 12'
Subang Jaya

Vertigo 2

Setiap lingkaran
masa
menghendap menghantui
kita
dikejar ke suatu
sudut
hingga terperangkap
tanpa adanya
wujud

Tidak ke mana
kalau akhirnya
mati membisu
tanpa suara

ashraf ishak
2:14 Pagi
3HB September 12'
Subang Jaya

Dreamer

Love
doesn't really exist
not when
your too much
of a dreamer

ashraf ishak
12:47 AM
3RD September 12'
Subang Jaya

Anak bumi

Dari panah
petir
yang  menyambar
terlahirnya
hati degil
yang membakar

Seringkali tegar
mati dibunuh
arus lautan
tandus

Dan perut
bumi butuh
akan pendekar
seumpama dia
untuk senantiasa
membela
nasib mereka

ashraf ishak
8:23 Pagi
2HB September 12'
Rumah

Kapitalist

Masuk hutan
duduk
diam-diam

Beruk dan gajah
tak perlukan
duit

ashraf ishak
3:53 Pagi
31HB Ogos 12'
Rumah

Pasti

Cinta
jika tidak
ku mengertikanmu
mana mungkin
ku tahu
makna sebenar
perit dirimu

Jika benar
tidak ada
maksud
dari kata erti
sebentar

Ke mana jua
kau pergi
harapan pulang
sebelum terlewat
itu pasti

Tanpa perlu
pasti
akan kepastian
yang diberi

ashraf ishak
3:43 Pagi
31HB Ogos 12'
Rumah
 Pierre

Butterfly Effect

Lawan

Seperti minda
yang tertawan

Akhirnya lupus
dimakan lawan

ashraf ishak
7:19 Malam
24HB Ogos 12'
Subang Jaya

Detachment


Tarnished
                   with
    blood
                of
      gold 

ashraf ishak
7:30 p.m
14th August 12'
Subang Jaya

Susur masa

Ruang
di antara
bermula
dan berakhirnya
masa

Hati
mencari makna
entah ke mana
perginya

Seolah aku
dapat mengolah
seolah aku
dapat menerima

ashraf ishak
7:30 Pagi
24HB Ogos 12'
Subang Jaya

Khalas


And I thought
it was
the ghost of you
haunting me

When clearly
I was holding on
to something
that was
never there

ashraf ishak
2:46 pm
7th August 12'
Home

Tenang

Tanpa tenang
takkan ada
huru-hara
menyelubungi jiwa

ashraf ishak
1:58 pagi
30HB Julai 12'
Subang Jaya

Hipnosis

Dan apabila
tiba waktunya
akan ada
mata-mata
yang dapat
melihat
dalam kegelapan
nyata

Persis
kejadian alam
yang tidak akan
mati
hingga saat
matinya dunia

ashraf ishak
3:36 Pagi
29 Julai 12'
Subang Jaya

Vertigo

Merenung mata
mencari diri
dunia dan kepedihan
seolah sudah mati

Jalan menjangka
derita sengsara
sekecil manapun
seorang manusia

Seperti ada
atau tidak
tanpa perlu
bersuara

ashraf ishak
2:27 Pagi
28 Julai 12'
Subang Jaya

Dua belas

Merenung panjang
akan ranjang
kepalsuan
sebelum bait
berputar
bertukar telanjang

Nyawa disimpan
rapuh dan rapi
dalam peti besi
dimana tiada hati
dapat lagi disakiti

Begitulah jua
yang dirahsiakan
dengan alunan
serba serbi
kehidupan

ashraf ishak
4:21 Pagi
24HB Julai 12'
Subang Jaya

Debu tanpa suci

Mungkin kelak
kau kan
mengerti
mengapa aku
begini

Tiada simpati
tiada malam
tanpa pagi
tiada debu
tanpa suci

ashraf ishak
2:39 Pagi
24HB Julai 12'
Subang Jaya

Untuk dia

Tidak kuduga
malam ini
hatiku terbunuh
terkandas
setengah jalan
menuju Tuhan

Setiap kata
kau ungkapkan
menjadi alasan
untuk perlahan
ku lepaskan
gengaman

Ternyata
kau bukan
insan biasa
hanya manusia
berdusta lara

ashraf ishak
2:15 Pagi
24 Julai 12'
Subang Jaya

Pablo (2012)
acrylic on canvas


 

.





Kabus

Sebelum tercetus
minda pagi
terjaga lumpuh
ada kabus
menyelubungi dirinya
dan ditempat
itu juga
tidurnya
disebut lena
lantas hilang
dari pandangan
mata kasar
yang cela
dan buta

ashraf ishak
2:25 Pagi
19HB Julai 12'
Subang Jaya

Pendusta

Kalau tidak
kerana buta
mana mungkin
hati merasa

Perit dunia
tidak lagi
punya maknanya

Sejujurnya aku
cuma mampu
berdiri dan bermimpi
tidak sedikitpun
keras
janji bercampur sangsi
amarah
tidak cukup pantas
mengalahkan lelah

Takkan terhenti
sesaknya
hingga mati
mereka
sang pendusta

ashraf ishak
6:06 Pagi
11HB Julai 12'
Rumah

Hujan (iii)

Rahmat-Nya
membasahi dunia
menyucikan hati
insan berdosa

ashraf ishak
2:11 Petang
27HB Jun 12'
Subang Jaya

Mencari diri

Terlalu diam
mengaburi dendam
niat dan hasrat
masih terpendam

Hanya manusia
punya rahsia
mengisi kitab
minda rasa

Melerai arus
memerdak lautan
mencari diri
yang lama
menghilang

ashraf ishak
12:41 Pagi
7HB Jun 12'
Rumah

Binatang

Sedang ligat
mata memandang
dia menutup
tubuhnya
telanjang terbujur
menadah menahan
tusukan

Tidak terhenti
sehingga puas
nafsu buas
dipenuhi

Seperti binatang
membuak berahi

ashraf ishak
7:45 Malam
5HB Jun 12'
Subang Jaya

Nur

Setiap malam
aku menunggu
kehadiranya
hari berlalu
menggantikan tidur
yang lelahnya
sudah tiada

Tanpa diberitahu
dia datang
dengan tiba-tiba

Mungkin
sudah sampai masanya

ashraf ishak
4:20 Pagi
5HB Jun 12'
Rumah

Punya Tuhan

Berpijak
di bumi
yang nyata
dunia ini
tidak seindah
yang kita fikirkan
dan aku pula
bukan lelaki
yang selama ini
engkau idamkan

Tidak mengapa
aku masih
punya Tuhan

ashraf ishak
3:45 Pagi
2HB Jun 12'
Rumah

Menentang takdir

Lihatlah kota
penuh bara
azab neraka
di dunia
dan manusia
masih belum
tahu ertinya

Menentang takdir
seolah-olah
melawan arah
pusingan dunia

ashraf ishak
1:58 Pagi
4HB Mei 12'
Rumah

Siapa

Jadi? Adakah itu jawapanya?.
       
       - Jika ada siapa bertanya?.


ashraf ishak
1:40 Pagi
6HB April 12'
Rumah

Ayah, Ibu

Hatinya ranap
kering dimamah
manusia
sering kali
dijajah

Tatapan wajah
ayah, ibu
terlena tidurnya
dicium rapat
dahi mereka

Seperti ada
seribu makna
mengapa mereka
kini tiada

ashraf ishak
5HB April 12'
2:54 Petang
Rumah

Jimmy Khalil - Not Just A Face

Assalamualaikum. Alhamdulillah, empat puisi saya telah dipilih untuk diilustrasikan di pameran seni Jimmy Khalil bertajuk "Not Just A Face" bermula Sabtu ini sehingga 27 April, lobi utama New Straits Times Press, Bangsar.

Berat hati

Belum lagi
diberitahu
rahasia
awana biru

Pabila bertukar
kelabu
ribut riuh
menjadi salju

Biar minda
lopong kosong
jangan hati
berat menanggung

ashraf ishak
7:43 Malam
29HB Mac 12'
Rumah

Madah rindu

Bukan bermadu
kasih
hanya pada
yang satu

Bermadah rindu

ashraf ishak
2:42 Petang
28HB Mac 12'
Subang Jaya

Ketentuan

Hanya getir
dengan keadaan
tidak tenteram

Berjelaga dirinya
dengan penuh
rasa dosa

Malaikat
menimbang maut
pencipta pula
mengampunkanya

ashraf ishak
10:09 Malam
27HB Mac 12'
Subang

Sedar

Sudikah kau
seandainya aku
melamar dirimu

Sedalam cinta
separa gila

Kata mereka
dunia ini
sudah tidak
lagi menyamar
akan kepalsuan 
dahulu
yang kian
pudar

Teruskan bermimpi
sehingga sedar
itu datang
sendiri

ashraf ishak
1:55 Pagi
20HB Mac 12'
Rumah

Terbiar

Sejujurnya
air mata
ini
hanya buat
mereka
yang merasa

Puas menunggu
bibir tersenyum
lebar
lara duka
hati terbiar

ashraf ishak
2:33 Pagi
11HB Mac 12'
Rumah

Perang

Perang
tak mungkin
kan bawaku
pulang

Pabila akhirnya
mati
bendera seorang
pejuang

Hentikan
ia segera

ashraf ishak
7:41 Pagi
31HB Disember 11'
Subang Jaya