Mahu merasa dicintai

Sayunya
hati ini
untuk meleraikan
kata-kata
yang tak sanggup
menghina

Tuhan
apa salahku
hidup di dunia
sedangkankan cuma
mahu merasa
dicinta

ashraf ishak
3:56 Petang
26HB Januari 10'
Rumah

Tangiskan insan

Diam
dan tenangnya
nyawa
sujud
dan pendamkan
semua

tangiskan
insan dunia
yang hilang

ashraf ishak
5:43 Pagi
24HB Januari 10'
Rumah

Takot mati sendiri 10'

Mari merai
kehidupan
yang panjang
dan memenatkan

sepanjang
aku berdiri
lebih takut
aku
tuk mati

ashraf ishak
12:08 Pagi
24HB Januari 10'
Kuala Lumpur

Nanti

Aku melihat
hujan
di luar
gelap duniaku
sementara
mata
menemu pena

coretan
tak henti
seolah
kan bercahaya
duniaku nanti

ashraf ishak
6:27 Petang
22HB Januari 10'
Rumah

Selamanya

Pasti
tak ada
yan sempurna
seperti kita
manusia

hidup
untuk terus
bernyawa
mati
untuk
hidup selamanya

ashraf ishak
5:21 Pagi
23HB Januari 10'
Rumah

My non-fictional love

Beautiful
as it is
darkness
makes no sense
at all
for all
my blessings
be seeked
to a stranger
non-fictional
love

ashraf ishak
8:05 P.M.
21st January 10'
Home

Padam

Hambarkah jalan
yang terlentang
buat insan
dunia
dan umat
manusia

Sementara matinya
terbenam
api yang
membakar
tak akan padam

ashraf ishak
15HB Januari 10'
4:28 Pagi
Rumah