Doa-ku dalam tangisan

Di akhir
hayatku
hidup bersama
dirimu
belum pernah
aku rasa
cinta
yang sebenar

Sepertinya
embun
di hari esok
bertebarkan malam

Sepertinya
manusia yang
terlalu senang
untuk lupa

di mana
aku berdepan
kematian
sebelum engkau
sayang

Doa-ku
dalam tangisan

ashraf ishak
4:37 Petang
24HB Jun 09'
Rumah

Orang gila berhati manusia

Engkau pasti
tak mahu
orang gila
berhati manusia

yang remeh
dijerit
yang tentu
tak menentu
yang manis
itu pahit

aku tahu
engkau
tak mahu
orang gila
berhati manusia

seperti aku

ashraf ishak
11:59 Malam
15 Jun 09'
Rumah

Matinya kesunyian

Panas
matahari lintang
mendengar
anginan awan

dan burung
memanggil aku
untuk kesayuan

di petang
matinya
kesunyian

ashraf ishak
3:30 Petang
15 Jun 09'
Kuala Lumpur

Patah hati (iii)

Dan
empat jam
kemudian

aku bangun
untuk mendegar
apa yang engkau
katakan
malam semalam

beredar
supaya
tidak lagi rapuh

atau
pengakuan ikhlas
dengan jawapan
yang terus
mengilat

mungkin
aku sekali lagi
patah hati

ashraf ishak
3:28 Pagi
15 Jun 09'
Rumah

Halus

jika benar
aku dihambat
untuk hidup
bersama mreka
akan juga
aku menarik
nyawa manusia

halus
tulus
dan semprna
apa ada

ashraf ishak
6:05 Pagi
14 Jun 09'
Rumah

Robek

pernah dahulu
aku
memiliku hatimu
mencuba sekuatnya
untuk berdegup
namun
berhenti
mati
kerana engkau
membunuh aku
dengan sendiri

aku tak dapat
merasa
darah ini
bernyawa
dengan rohani
cinta
yang engkau
hembus
dan tarik

masih
dan akan
selalu
robek

ashraf ishak
3:10 Pagi
7HB Jun 09'
Rumah

Syaitan

Bila bugar
akar delima
akan ku
ambil
tuahnya
biar mekar
kematian
taman Adam
dan Hawa
bernafsu kejujuran
menghambat aku
ke lembah
syaitan

ashraf ishak
5:08 Petang
2HB Jun 09'
Subang Jaya

Hukom gantong

Aku penat
dengan keghairahan
dunia
yang mencerna
aku untuk
berfoya
rentasan
demi rentasan
aku pentaskan
dan aku
jelaskan
dan kita
melepas masa
mencari manusia
atasan
yang hanya
boleh tertawa
dan bertepuk tangan

jangan termenung
terlalu jauh
kerana
tak mungkin
kita akan begini
esok

ashraf ishak
7:54 Malam
31HB Mei 09'
Stesen Komuter
Subang Jaya

Fasa 2

Dunia ini
terlalu kejam
untuk aku
harungi

jika boleh
aku leraikan
kebencian
akan aku
jadikkan
engkau sandaran
di mana
lupus
dan basi
luput
untuk diperingati

dan bila
aku
mati kelak
tak akan
pernah ada
aku
kau
dan segala
kebencian
yang pernah
engkau rasai

ashraf ishak
1:21 Pagi
30HB Mei 09'
Rumah