Rahsia bintang

Malam ini
aku ditemani
bintang
dan bulan
adalah lawan
gelap
menerkap sayu
bersayap batu
mencari sesuatu
yang tlah lama
hilang
disisi angin
yang meniup
ke arahku
masih tidak
ku tahu
kalau mungkin
masih ada
tak mencukupi
atau
hanya bintang
yang bisa
memberitahu
segala rahsia
tidak aku ketahui

ashraf ishak
5:23 Petang
27HB Februari 09'
Subang Jaya

Bangku kosong

Bangku kosong
yang belum
aku duduk
belum diduduki
orang lain
masa dan waktu
mengisi ruang
kekosongan
di mana
hitam dan putih
berjelaga
di suatu sudut
tanganku mengapai
untuk mengheret
lalu
bising
mencakar hening
perspektifku
tentang semuanya
sudah bertukar

ashraf ishak
5:07 Petang
27HB Febriuari 09'
Subang Jaya

Manusia rumit

Manusia rumit
hanya bertumit
masalah
kecil dan besar
tak pernah
belajar berdikari
atau
melihat situasi
yang sebenar
begitu juga
aku
tak memahami
walau sedikitpun
kotak-katik
yang dicatit
di calit
ke dahi
hanya untuk
imaginasi
yang berahi

aku
manusia rumit itu

ashraf ishak
1:01 Petang
27HB Februari 09'
Rumah

Jika putus harapan, sambungkan semula

Buat kekasihku
yang menangguh
harapan
dan ungakapan
kata cinta
bercandar itu
amat memedihkan
walau hanya kita
yang memahaminya
menanti itu
melelahkan
buangkan sahaja
masa
yang telah terluang
biarkan
tak mengapa
sia-sia belaka
aku ditipu
impian celaka

jika putus harapan
sambungkan semula

ashraf ishak
6:59 Pagi
27HB Februari 09'
Rumah

Hujan dan bunyi bising

Di atas atap
berkali kali
menindih
di atas lantai
meleleh
hujan
dan bunyi bising
seperti kelam
dunia
tak mendengarnya
ku menutup mata
untuk cuba
membutakan
pendengaran
buat seketika
namun
hatiku tetap
dengan riuh
yang penuh
dan terus mengesak
mendesak aku
mencari teduh
dari bising hujan
yang membunuh

ashraf ishak
3:01 Petang
26HB Februari 09'
Kuala Lumpur

Rainy Thursday morning

the clouds
are orange
blue and grey
and so they say
its yet again
a rainy
Thursday morning
pack your bags
we're going out
as cats and dogs
are about to sprout
bring your jacket
and don't forget
to cover your head
for it's another
rainy
Thursday morning

ashraf ishak
10:23 a.m.
23rd February 09'
Subang Jaya

Soal jawab cinta

Jangan kau luahkan
hanya kerana 
itu yang ku rasa 
andai kau boleh melihat 
apa hatiku berbicara 
dan mendengar
kata-kata sepi hati 
jangan kau biarkan 
alis ini menangis 
hanya untuk dirimu 
yang tak mungkin 
aku miliki 
nadi keluli cinta 
kejutkan aku dengan tawamu
 biarkan aku bergelut 
dengan harapan 
dan tarik nyawaku 
bila tidak ada jawapan 

 ashraf ishak 
6:32 Pagi 
25HB Februari 09' 
Subang Jaya

Kerna aku tak termampu kehilanganmu

Padamkan resahmu
di bahuku
sadarkan aku
dari tidurku
oh sayang
dan biarkan
kau ku miliki
cintamu
bagaikan mimpi
yang indah
hatimu
dan hatiku
bersatu
memang itu
yang ku mahu

ashraf ishak
11:21 Pagi
24HB Februari 09'
Kuala Lumpur

Hujan (ii)

Hari hujan
lantas
pantas
mereka berjalan
berpelukan
mereka kesejukkan
damainya rahmat
pemberian-Nya
bersih
suci
dosa kau basahi
berkejaran masa
yang kian hilang
sebelum
sekali lagi
hujan datang

ashraf ishak
5:07 Petang
23HB Februari 09'
Rumah

Berdagang

Tegakkan hati
ke matahari
dan mata hati
akan berlabuh
dari jauh
untuk berpauh
denganmu

dengarkan
suara-suara
lembut
atau sumbang
perhatikan
gerak-geri
hati hati
dengan apa
yang akan
kau tempuhi

junjungi mereka
yang punya
cita-cita
tapi jangan
kau kasihani
musuh-musuh
yang membunuh
sesama mereka

saudaraku
masih banyak
yang akan
kau lihat
bila bumi kau pijak
di sebelah sana

ashraf ishak
3:34 Pagi
23HB Februari 09'
Subang Jaya

Mencari

Merapah kelaparan
meratah hening
kepeningan
tunjukkan aku
ke arah
di mana malam
dan siang
berpusing
menjadikkan aku
makhluk
dua alam
terbalik sudah
berjumpa jalan
esok lusa
dan tahun depan
mungkin
aku ke sini lagi
siapa yang tahu
apa aku mencari

ashraf ishak
12:47 Pagi
23HB Februari o9'
Rumah

Buat penulis serba hebat

Belum puas
lunas
ideologi pertuturan
sudah kau
berikan komentar
yang kau lontar
itu tak cukup
bernas
untuk diperbahas
jadi
salahkan mereka
kerana terlalu
bijaksana
lebih pandai
kerana berlainan
kau...
kau hanya nama
(isikan nama di sini)
siapa sahaja kau
yang aku rasa
lebih sesuai
mungkin saja
kau juga berkata-kata
tentang aku
(aku tidak tahu kan?)
tapi jangan kau
marah
kerana menoleh
persepsi tentang
engkau sendiri

ashraf ishak
6:24 Pagi
22HB Februari 09'
Rumah

Jahil

Kesahihan itu
terlalu jauh
kalau mau
atau tidak
bercanggah
pecah
terdiam
melelapkan kelam
ribut
merebut pelan
maka tersebut
satu persatu
bergelutan
tanpa izin
kita membabi buta
mengejar harapan
demi harapan
hanya untuk
hari esok
yang tak pernah datang
campak dan tangkap
teruskan
fenomena alam
tak berputar
sekeliling kau
yang kejahilan

ashraf ishak
6:05 Pagi
22HB Februari 09'
Rumah

Anak

Datanglah kau
dengan senyuman
tangisan
dunia baru
kau pejam
tangan kecil
diperhati
setiap
gerak geri
jari jemari
memegang elus
erat
kini kau
mengisi ruang
kekosongan
hidup
dua pasangan
untuk selamanya
akan bersama

insan
anak
membawa bahagia

ashraf ishak
4:48 Pagi
22HB Februari 09'
Rumah

Pena mata biru

Pena mata biru berkata padaku 
mencatat kenangan 
membuang menghilang 
rasa takut yang dulunya tersimpan 
kertas lantas menyahut 
berpaut terasa dengan ungkapan 
yang tercela terumpan 
dengan semua senyuman 
yang satu hari nanti 
tak akan diingat 
bila pena mata biru itu 
sekali lagi diangkat martabatnya 

Untuk mengubah dunia 
menjadi sejarah 
bagaimana semuanya bermula 

ashraf ishak 
8:20 Malam 
21HB Januari 09' 
Subang Jaya

Fitnah

Hello sayang
masih bermimpi?

bunyinya seperti...
seperti...

eh...
tak mungkin...

iya ke?

kalau tak
macamana?

jangan terlalu
difikirkan
mungkin hanya mainan...

apa?

oh..sekarang saya faham
susah nak dijelaskan

fitnah kau pendamkan

ashraf ishak
6:26 Pagi
21HB Februari 09'
Rumah

Aku siapa

Matahari memuncak
tidur bermula
mula menguap
hingga ke petang
azan
tak dilayan
maghrib menjelma
baru terjaga
apa nak jadi dengan kau hah?
aku terdiam
biarkan sahaja
sudah lama aku kehilangan
cuma kini
mencari
aku siapa

ashraf ishak
6:14 Pagi
21HB februari 09'
Rumah

Alasan

Lesu
aku dengan
kau yang bisu
menjadi buntu
bebal
kepala ku yang
kosong
lopong
berbogel
kau teropong
melopong
keringkan kerongkong
dari kahak
membahak
membahas
dosa
tak lunak
tak puas
menjajah
diam lah!
memekak
semak kepala
otak teriak
menjerit pekak
sampai ke sudah
tak habis
dengan alasan kau
yang tak munasabah

ashraf ishak
4:58 Pagi
21HB Februari 09
Rumah

Buta itu cinta

Kau kotakan
sejuta mimpi
nyata
terlaksana
bukan lagi
senyuman itu
kau minta
puas
membuas
memburu
HEY KAU!
aku cemburu
aku...
ye aku lelaki
tidak meminta banyak
cuma sedikit
cuma sedikit
dari masa kau
yang terbuang
dengan awangan
bayangan lelaki
yang untuk
kau itu sempurna
aku bukan semua itu kan?
tapi aku masih mencuba
tak bolehkah
kau melihat
dari sudut pandangan
condong
melintang
dengan kesemua bacul
merintang
buta itu cinta
cinta yang kau
tak akan pernah
ada

ashraf ishak
4:35 Pagi

21HB Februari 09'
Rumah

Setia

Ku tak tahu
apa mahumu
namun
melihat mata 
dengan hati 
kita mengerti 
saksi Tuhan 
hanya kita
di sini 
menunggu bicara 
cemuh 
maki 
tidak adil bagiku
mengungkit 
memungkar janji
setia bukanlah 
temanku lagi 

ashraf ishak 
12:15 Tengahari 
4Hb Februari 09'
Subang Jaya

Distant Dreamer

Distant dreamer
of the past
drifting
in the colours
out of hand
that waved
but waited
for no man
out to the skies
within
a matter of time
defeats purposes
circumstances
and the blind
it was a myth
that lovers
never met
but in their lives
they have instead
and to this day
is yet to be
the distant dreamer
that is he

ashraf ishak
3:23 a.m.
3rd February 09'
Home