Terkadang ku tertanya
tentang erti cinta
dan segala perihal
disebaliknya
ke mana perginya
semua rahsia
melentur masa dan segala rasa
jiwa ini seolah mahu meronta
pada bisikkan hatimu
yang enggan lagi bertakhta
melabuh namun pergi semula
akan jiwaku
yang separa gila
ashraf ishak
12:07 Pagi
25HB September 26’
Kuala Lumpur