Adam dan Hawa


Kalau bukan kerana cinta
mana mungkin kita
Mengecapi rasa
manusia gagal akan sesama
dan biarkan kebencian
menjadi akan sempadan
antara mereka
kalau bukan kerana cinta
mana mungkin kita mati
hanya untuk hidup
sekali lagi di dunia
berbeza kerana kita
masih belum mengenal cinta
dan kalau bukan kerana ia
tidak mungkin ada 
sesal yang bisa dijadikan
coretan cerita Adam dan Hawa

ashraf ishak
2:52 Pagi
31HB Ogos 25’
Kuala Terengganu