Orang Luar


Siapalah aku
untuk menagih simpati
mencari rezeki 
di luar kekuatan diri
di sini aku tiada berteman
hanyalah harapan 
dan cita-cita yang besar
namun di tanah ini
di negara sendiri
aku masih dianggap orang luar
hanya kerana cara berbicara berbeza
aku masih dan tetap
orang luar

ashraf ishak
2:44 Petang
12HB April 25’
Kuala Terengganu