Seperti bintang
aku juga mahu hilang
umpama angin
yang membawa
semua mimpi-mimpi
dalam kegelapan
aku juga mahu hilang
umpama angin
yang membawa
semua mimpi-mimpi
dalam kegelapan
Seperti bintang
aku juga mahu hilang
seperti cinta kita
yang pudar
dengan alunan suara
setiap cerita yang tersimpan
Tidak lagi dibicara
oleh bibir-bibir yang tercela
dan terluka kerana sengsara
hanya tenteram
ashraf ishak
6:31 Petang
26HB Februari 25’
Kuala Terengganu