Sementara

Ke mana hilangnya dunia
Yang pernah membuatku 
rasa tenteram seketika
tanpa perlu ada manusia
untuk mengiakan segalanya
kemana hilangnya 
aku yang dahulu
yang hatinya senantiasa
merasa cukup
hanya dengan kelembutan 
yang didakap dan dipeluk
namun di mana sahaja
aku berada
di situ rumahku sementara

ashraf ishak
7:45 Pagi
7HB April 24’
Kuala Terengganu