Hilang

Sepasang sayap
engkau labuhkan
buat melepaskan
cinta dan sayang
namun patah
dengan harapan
ditinggalkan kasih
kesudahanya hilang

ashraf ishak
12:26 Pagi
27HB September 22'
Taman Tun

Kegelapan

Melihat diri
dalam diam
menghambat rindu
dalam kelam
lalu terhenti
seolah mati hati ini
menenggelami
kegelapan

ashraf ishak
10:32 Malam
26HB September 22'
Taman Tun

Kecewa

Melawan
arus dunia
dimana semua
rencana
berakhir kecewa

ashraf ishak
3:24 Pagi
24HB September 22'
Taman Tun

Dia

Ketika duniamu 
dilanda 
ombak sengsara
kembalilah segera 
kepadaNya

ashraf ishak
12:45 Pagi
23HB September 22'
Taman Tun

Ibu

Ibu
dari saat pertama
aku melihat matamu
cinta yang tidak
berbelah bahagi
kau berikan kepadaku
terlalu banyak
jasamu buatku ibu
semoga warkah
dan doa ini
kau terima
sebagai penemanmu
di situ

ashraf ishak
11:23 Pagi
22HB September 22'
Taman Tun

Kerana Cinta (ii)

Mengharap belas kasih 
manusia
dimana mereka
tidak mungkin
akan berbuat yang sama

ashraf ishak
9:44 Malam
21HB September 22'
Taman Tun

Kerana Cinta

Kerana cinta
aku menderita
mengharap kasih
dari manusia

ashraf ishak
12:21 Petang
19HB September 22'
Taman Tun

Taksub

Adakah kita bersedia 
untuk pergi 
selamanya
atau adakah kita 
masih terlalu taksub 
dengan kehidupan dunia

ashraf ishak
6:19 Pagi
18HB September 22
Taman Tun

Syurga

Bayangan dunia
yang menjanjikan
bahagia
kelak menjadi
derita manusia
yang tidak
mengharapkan syurga

ashraf ishak
2:38 Petang
9HB September 22'
Taman Tun

Manusia

Dunia ini tiada erti
tanpa bahagia
namun
yang mencipta rasa
itu Tuhan
bukan manusia

ashraf ishak
7:30 Malam
7HB September 22'
Pahang

Mati

Di ruang hati
Yang disemai cinta
berputik kembali
rasa damai
yang mengisi sanubari
hanya kerana hilang
jiwa terseksa
yang tlah mati

ashraf ishak
1:44 Pagi
3HB September 22'
Kuala Terengganu

Pergi

Jika permergianmu itu
takdirku
aku terima
dengan sepenuh hati
dan jiwa

ashraf ishak
9:59 Pagi
2HB September 22'
Shah Alam

Puisi dan Lagu

Di sini
ku selitkan
kesunyianku
demi warkah
yang bernafaskan
puisi dan lagu

ashraf ishak
7:18 Pagi
1HB September 22'
Taman Tun


Calmness In Chaos (2022)
mixed media on paper