A Tragic Tale (2022)
mixed media on prozac packaging

Sebenang Cinta

Seurat kasih
ku berikan
sebenang cinta
yang datang

ashraf ishak
10:54 Malam
31HB Ogos 22'
Taman Tun

Sendiri

Kita semua
bakal mati
meninggalkan dunia
yang tiada erti
dalam kegelapan
sunyi dan sendiri

ashraf ishak
3:59 Pagi
29HB Ogos 22'
Taman Tun

Ikhlas

Dunia 
takkan terang
tanpa kegelapan
cinta 
takkan mati
tanpa keikhlasan

ashraf ishak
4:51 Pagi
28 Ogos 22'
Taman Tun


Loveless (ii) (2022)
cyanotype print on paper


Fern (2022)
mixed media on paper 


Loveless (2022)
cyanotype print on paper

Bicara

Jikalau dunia
kita tempatkan
diantara hati 
dan mata
tidak mungkin
sewenangnya
kita kan berbicara

ashraf ishak
2:49 Pagi
26HB Ogos 22'
Taman Tun


 



















@wasisstudio's best sellers are now available at @nelissahilman's store, Bangsar Village II.


Biru (2022)
mixed media on paper
 27.3 x 37.5 cm


Berhenti (2022)
mixed media on signage

 

Bertemu

Dan lalu
semua kerinduan itu
usai ditelan waktu
sehingga saatnya
apabila kita sekali lagi
bertemu

ashraf ishak
4:27 Pagi
20HB Ogos 22'
Taman Tun

Mungkin (ii)

Sambungan kepada puisi Mungkin

Anggap saja
bahawa semua manusia
bakal menghampakan kita
agar kita tidak mudah
berduka lara

ashraf ishak
2:41 Pagi
20HB Ogos 22'
Taman Tun

Kegelapan

Dalam keberadaan
petang
yang delewati
akan kesepian
sambil melihat
senja yang datang
lalu duniapun
dipenuhi kegelapan

ashraf ishak
6:49 Petang
19HB Ogos 22'
Taman Tun

Manusia Tercela

Di sela-sela senja
aku menunggumu datang
membunuh resah
yang hampir reda
tatkala airmata
berlinang di jiwa
yang merana

Menghapus segala dosaku
manusia yang tercela

ashraf ishak
6:25 petang
19HB Ogos 22'
Taman Tun

Wujud

Di perbatasan
hati yang teluka
mencari di antara
rasa dan jiwa 
yang lara
dunia yang tidak lagi
ada aku didalamnya

ashraf ishak
2:05 Pagi
19HB Ogos 22'
Taman Tun

Rindu

Semakin dalam
aku melihat
hatimu
semakin itu
aku cemburu
layu dan mendayu
dalam jiwa 
yang merindu

ashraf ishak
1:14 Petang
18HB Ogos 22'
Taman Tun

Esa

Percaturan masa
itu bukan milik kita
biarkan ia pada Dia
yang maha esa

ashraf ishak
7:35 malam
17HB Ogos 22'
Taman Tun


Thank you Paul for the support



Rasa

Adalah 
tidak wajar
jiwa ini berkecamuk
ketika mana
Hati ini hidup
tanpa ada rasa

ashraf ishak
6:47 Petang
16HB Ogos 22'
Taman Tun

Nyata

Pejamkan matamu
hilangkan kesemua
keresahan yang ada
agar mimpi-mimpimu
akan segera
menjadi nyata

ashraf ishak
3:25 Pagi
16HB Ogos 22'
Taman Tun

 



Wear your art; custom painted blazer

Mungkin

Mungkin
aku belum kuat
untuk memahami
mengapa hati ini
mudah dilukai

ashraf ishak
9:34 Malam
15HB Ogos 22'
Taman Tun


Renewal (ii) (2022)
mixed media on paperbag


Renewal (2022)
mixed media on paperbag

 

Pecoh

Sama-sama
gochoh
bila berjumpa
hati berpecoh

ashraf ishak
3:15 Pagi
10HB August 22
Taman Tun

Hilang

Dalam ketiadaan
hati tuk berpegang
ada jiwa
yang dalamnya
masih tersimpan
rahsia yang 
pernah menghilang

ashraf ishak
1:57 Pagi
5HB Ogos 22'
Taman Tun

Angin Dan Bintang

Jangan dipisahkan
angin dan bintang
yang berkelipan
biarlah dunia ini
bertempatkan
atas nama Tuhan

ashraf ishak
12:01 AM
4HB Ogos 22'
Taman Tun

Roh / Jiwa

Roh
bertemu jiwa
merasa bahagia
pabila bersama
seakan teguh
hati 
yang tidak pernah
berduka lara

ashraf ishak
6:35 Petang
3HB Ogos 22'
Taman Tun


 












 










Acrylic display for @wasisstudio


Berdua (iv)

Telah wujud
antara kita
dunia 
yang tiada batasnya
dan cinta
yang tiada akhirnya
biarpun syurga
tidak mungkin
menerima kita berdua

ashraf ishak
4:29 Pagi
1HB Ogos 22'
Taman Tun

Bahagia (vii)

Takkan lagi
ku siakan cinta
yang sedalamnya
ku rasa
hanya buat hati
yang tak meyakini
akan bahagia

ashraf ishak
1:59 Pagi
1HB Ogos 22'
Taman Tun