Tuhan (ii)

Di waktu nyawa
meracau kebingungan
di situlah titik 
pertemuan
bermula dan berakhir 
dengan Tuhan

ashraf ishak
1:28 Pagi
28HB April 22'
Taman Tun

Pulang (ii)

Dalam kelam
aku duduk
bersendirian
meratap akan mata
dunia yang kejam
mengejar bayangan
dengan kebimbangan
aku tidak dapat pulang

ashraf ishak
6:32 Petang
27HB April 22'
Taman Tun

Manusia

Maka
terungkitlah rasa
dimana jiwa
yang lara
terhapus nodanya
ditelan ombak
tipu daya
manusia

ashraf ishak
12:47 Pagi
27HB April 22'
Taman Tun


Jikalau Manusia (ii) (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm


Erupsi Hati (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm


Jikalau Manusia (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm


Hina (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm

Kehilangan

Aku hanya merpati
yang mahu pulang
ke pangkuan bondanya
yang tersayang
sebelum terbitnya
matahari terang
tanpa ada
rasa kehilangan

ashraf ishak
6:33 Petang
25HB April 22'
Kuala Lumpur

Jingga

Pastinya
akan datang masa
dunia ini tenteram
buat seketika
dan langit yang cerah
bertukar semula
dari kelam ke jingga

ashraf ishak
5:32 Petang
25HB April 22'
Taman Tun


Art For Grabs Merdeka Collision
2008, Annexe Gallery, Pasar Seni

Lara

Lalu
takdir menjelma
dimana angkara dunia
bertemu hati yang terluka
ditinggalkan akan cinta
untuk hidup berduka lara

ashraf ishak
6:24 Petang
24HB Apr 22'
Taman Tun

Seksa

Pabila tinta
bertemu cinta
cerminan rasa
hati ke mata
terhapus
sekelip mata
dan segala noda
membunuh jiwa
yang kian terseksa

ashraf ishak
1:11 Pagi
24HB April 22'
Taman Tun

Dua Hati

Di bibirmu
kau ucapkan
kata setia
angan-angan yang
tak mungkin lagi
melengkapi
duniaku yang sunyi

Di sini
kita letakkan 
dua hati yang berbeza isi
yang sayu dan sepi
yang terbengkalai
dan tersakiti

ashraf ishak
2:16 Pagi
23HB April 22'
Taman Tun

Redha (ii)

Penantian itu
menyakitkan
lelah
tanpa harapan
dilarutkan hujan
mencari redha
dalam percintaan
merungkai damai
dengan Tuhan

ashraf ishak
9:03 Malam
22HB April 22'
Taman Tun

Hujan

Seperti hujan
cintaku mengalir
membasahi hati
menjadi debu
dan air
lantas tanpa arah
kata-kata renjana
itu hilang
lesap dari bibir
lemas dalam gelisah
ditelan banjir

ashraf ishak
5:58 Petang
21HB April 22'
Taman Tun

Pendam (v)

Jika kau
menghilang
di mana hendaknya
aku meletakkan
kasih dan sayang
yang selama ini
kian terpendam

ashraf ishak
5:22 Pagi
21HB April 22'
Taman Tun

Selubungi

Matamu
bak gerhana bulan
menutupi hati
yang menyinari
alam ini
dan pada malam
yang dengannya
datang akan sunyi
tidak ada lagi
jiwa yang diselubungi

ashraf ishak
10:24 Malam
16HB April 22'
Taman Tun

Sia-sia (ii)

Jika kau merasa
keberadaanmu
sia-sia
apakah cintaku ini
tidak bermakna

ashraf Ishak
2:21 pagi
14HB April 22'
Taman Tun

Bahagia (iv)

Aku titpkan doa
buat dirimu
yang sudah berpunya

Dengan harapan
engkau bahagia

ashraf ishak
3:38 Pagi
9HB April 22'
Taman Tun

Mimpi

Kelam
yang datang
menjunam
di benak fikiranku
yang terlarang
lalu kabus
menyelubungi
hati ini
yang dibelengu sepi
dan aku sekali lagi
dibuai mimpi

ashraf ishak
7:46 Malam
8HB April 22'
Taman Tun

Asas Kebencian

Asas kebencian
adalah cinta
yang mendalam
yang terhapus
dengan perasaan
yang timbul
dan tenggelam
mencengkam hati
membunuh jiwa

ashraf ishak
5:40 Pagi
8HB April 22'
Taman Tun


Trauma (ii) (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm

 

Sia-sia

Pabila aku mati
beritahu mereka
aku minta maaf
atas segala 
kelakuanku
di dunia

Dan keberadaanku
hanyalah sia-sia

ashraf ishak
4:26 Petang
6HB April 22'
Taman Tun


Trauma (2022)
mixed media on paper
19.5 x 13.7 cm

 


 




















Lost (2022)
lino ink on canvas