Jelaga

Sejujurnya
aku memerlukanmu
seutuhnya
untuk memendam
akan rasa
untuk membunuh
jiwa
yang berjelaga

ashraf ishak
6:48 Malam
31HB Disember 21'
Subang Jaya

Me Against Me

Sometimes life feels like its me against the world. 

But with the right people around the fight becomes less of a war.

ashraf ishak
6:57 pm
26th December 21'
Mont Kiara

Manusia

Aku 
hanya manusia
yang hilang
tanpa rasa
yang menghadapi
duka kecewa
yang mencari
erti bahagia

Aku
hanya manusia

ashraf ishak
8:44 Pagi
26HB Disember 21'
Taman Tun

Kenapa

Mengapa perlu
ada luka
jika manusia
boleh meleraikan
diri mereka darinya
tanpa perlu
menghuraikan kenapa

ashraf ishak
7:15 Malam
25HB Disember 21'
Taman Tun

Candu

Rindu yang hilang
dalam malam
membuatkan aku
kian mendiam
mencari candu
dalam kepalsuan
tanpa ada kepastian

ashraf ishak
4:00 Pagi
24HB Disember 21'
Taman Tun

Gila

Sungguh aku
tak tertahan
melawan minda 
yang mengawan
ke awang awangan
mencari jalan pulang
untuk tidak lena
dalam hujan
merungkai erti
dan jawapan
di dalam kegilaan

ashraf ishak
3:34 Pagi
24HB Disember 21'
Taman Tun




















With every purchase of jewelry bought from @wasisstudio, you will receive an artwork specially made from me. Half of the proceeds from this new collection will go to charity to raise funds for

@befrienderskl for suicide prevention

@thelostfoodproject for zero waste / fighting hunger and climate change by tackling food waste

@yellowhousekl for training / education to empower and improve lives to be more sustainable for homeless people, urban poor and refugee communities 

@buddybear.humankind for providing support to children and teens who are experiencing emotional distress


 










Framed and ready to be hung. Thank you 
Mak for the purchase



Hitam Putih Kehidupan (v)
2021
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cms


Hitam Putih Kehidupan (iv)
2021
acrylic on paper
27.3 x 37.5 cms


Resah
2021
mixed media on canvas
40 x 30 cms

 

Rasa

Dan bila
segala rahsia
berakhir 
dengan duka
hanya ada
satu penyesalan
yang belum dapat 
ku lupa
tidak ada 
yang dapat ku ungkapkan
dengan rasa

ashraf ishak
5:17 Pagi
18HB Disember 21'
Taman Tun

Siang

Gelap malam
diterangi Tuhan
hingga badai
dilimpahi hujan

Dan aku
masih duduk terdiam
menunggu siang
tuk datang

ashraf ishak
4:52 Pagi
18HB Disember 21'
Taman Tun

Fajar

Segala resah 
yang ada
tak sama
seperti embun 
yang membelai
segala kesedihan
yang datang pulang
hingga terbit 
mentari terang 
membenam
gelisah dan kelam

ashraf ishak
5:54 Pagi
16HB Disember 21'
Taman Tun

Hitam Putih Kehidupan (iii)
2021
acrylic on paper
27.3 x 37.5 cms


Hitam Putih Kehidupan (ii)
2021
acrylic on paper
27.3 x 37.5 cms

 


Hitam Putih Kehidupan 
2021
acrylic on paper
27.3 x 37.5 cms

 

Hilang

Sentuhanmu membunuh kalbu
mencorak setiap irama
Nan syahdu

Apakah erti kewujudan
tanpa hati tanpa harapan
menunggu akan jawapan
sebelum rasa ini menghilang

ashraf ishak
6:44 Pagi
9HB Disember 21'
Taman Tun


Poligami (2021)
mixed media on wood

 

Heart

We may be seperated
by the sun
the moon
the sea
but you are always 
close to my heart

ashraf ishak
4:32 PM
7Th December 21'
Taman Tun

Duka

Di antara ribut
dan terang
ada hati
yang tenggelam

Di antara aku
dan nyawa
ada hati
yang berduka

ashraf ishak
4:38 Petang
5HB Disember 21'
Taman Tun


Tubuh (2021)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cms

 

Sementara

Dimana hati
bertemu rasa
biarkan ia
berputik
menjadi cinta
walaupun hanya
untuk sementara

ashraf ishak
1:27 Petang
3HB Disember 21'
Taman Tun


Fleck (2021)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cms