Tanahairku

Di sini
ku letakkan segala kudrat
dan tenaga
untuk membina sebuah cinta
yang utuh dan saksama

Di sini
ku letakkan nyawaku
untuk sedalam hati
ku merasa

Di sini
kasih dan sayangku
abadi dan selamanya

ashraf ishak
7:02 Pagi
31HB Ogos 21'
Taman Tun