Flowers bloom (2021)
mixed media on paper

Masa (v)

Pada akhirnya
dunia
hanyalah ujian
buat manusia
yang pandai
mengatur
dan mencatur
masa

ashraf ishak
6:52 Pagi
26HB Jun 21'
Taman Tun


Palmier (2021)
marker pen on paper

Redha

Menukar bicara
pada diam
tidak selalu
mendatangkan
aman
tanpa ada 
redha
dalam maksud
dan pengertian

ashraf ishak
2:22 Pagi
24HB Jun 21'
Taman Tun

Pendatang

Kalau begitu
aku juga sama
pendatang
yang menuntut
tanahnya
tanpa ada
yang bebas bersuara

ashraf ishak
5:46 Pagi
23HB jun 21'
Taman Tun

Getir

Izinkan aku
meratap wajahmu
buat kali terakhir
sebelum hati ini
kau remuk
dan kau campak
tanpa ada rasa
pahit getir

ashraf ishak
2:53 Pagi
23HB Jun 21'
Taman Tun


Realiti pandemik (2021)
mixed media on paper

Perangkap dunia

Aku
tak mahu lagi
rasa sebegini
meratap dinding
di bilik yang sunyi
terperangkap
dalam fikiran ku
sendiri

ashraf ishak
5:01 Pagi
22HB Jun 21'
Taman Tun

Sendirian

Setiap
angin kencang
yang meniup
dalam gelapnya
malam
melelapkan segala
bunyi bunyian

Dan aku
di suatu sudut
duduk bersendirian
dalam kelam

ashraf ishak
4:19 Pagi
22HB Jun 21'
Taman Tun

Tiada

Aku masih
mencari cinta
tempat suci
ia bertakhta
kini hilang
dan sudah tiada

ashraf ishak
3:33 Pagi
22HB Jun 21
Taman Tun

Adakah kau juga mendengar

Adakah
kau juga mendengar
khabar dari angin
dalam lingkaran awan
yang berputar
sayup ku sebut namamu
tanpa sedar
dan aku masih bersendirian
menunggu masa tuk mekar

Adakah kau juga
mendengar

ashraf ishak
4:15 Petang
19HB Jun 21
Taman Tun

Dunia tanpa cinta sempurna (ii)

Lelapkan mata
tenang tidurmu sayang
dibuai mimpi
jauh dari dunia
tanpa cinta sempurna

ashraf ishak
5:47 Pagi
17HB Jun 21'
Taman Tun

Dunia Tanpa Cinta Sempurna

Apakah ertinya
dunia
tanpa cinta
sempurna

ashraf ishak
5:15 Pagi
17HB Jun 2021
Taman Tun


Dunia tanpa cinta sempurna (2021)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm

Alam

Segenap dunia
tanpa cahaya bintang
menyinari pelusuknya

Gelap dan hingar
menusuk benteng ufuk
alam semesta

ashraf ishak
6:59 pagi
16HB Jun 21'
Taman Tun

Cinta mati

Setiap hal
yang terjadi
adalah kerana
kau telah berjanji
untuk mencintai
diriku sampai mati

ashraf ishak
6:25 Pagi
16HB Jun 21'
Taman Tun

Kembali

Saksinya
hanya hati
melihat dunia
dari mimpi

Mengharap
engkau kan kembali

ashraf ishak
11:58 Malam
15HB Jun 21'
Taman Tun

Freedom

Dusk comes with a gloriously colourful sky; and with it is silence.

In between that silence are the sounds of the wind gently caressing your skin, the rustling of the trees and birds singing. She close her eyes, while the whispers of the world takes her away.

"Do you hear that?", she asks.

"That is the sound of freedom".

ashraf ishak
6:58 PM
14TH June 21'
Taman Tun

Khabarkan pada bintang

Khabarkan
pada bintang
yang aku juga
kehilangan

Tanpa arah tuju
dan tanpa cahaya
yang begemerlapan

Khabarkan
pada bintang
yang aku juga
kehilangan

Mencari jalan pulang
dari penat
dan kepahitan

Khabarkan
pada
bintang

ashraf ishak
4:15 Petang
14HB Jun 21'
Taman Tun

Hilang

Terlalu banyak
puisi tentang lautan
tiada satu pun
dapat ku tulis
tentang dirimu
yang seringkali
bermain dalam igauan

Seperti derasan ombak
yang memukul jemari
dan memecahkan
pintu pasir hatiku
engkau juga hilang

ashraf ishak
5:04 Pagi
14HB Jun 21'
Taman Tun


Trauma (2021)
mixed media on coffee cup

 


Wisdom (2021)
mixed media on coffee cup


 

Kelam (iii)

Diam
dalam kepahitan
tanpa tenteram
di balik kabus awan
keheningan malan

Malapnya
api senja
mati dalam kelam

ashraf ishak
6:02 Pagi
10HB Jun21'
Taman Tun

Derita

Setiap bait
kata yang tercipta
dari luka
yang tidak ada
panghujungnya

Senantiasa
dihantui bayangan
dalam kegelapan derita

ashraf ishak
4:37 Pagi
10HB Jun 21'
Taman Tun

Penyesalan

Terkadang
bukan harapan
yang aku inginkan

Bila setiap kata
yang kau beri
berakhir 
dengan penyesalan

ashraf ishak
3:56 Pagi
10HB Jun 21'
Taman Tun

Atas nama cinta

Antara
kau dan aku
sementara
masih ada waktu
biarkan langit 
menyapa
akan nama
kita berdua

Sebelum
rasa itu mati
atas nama cinta

ashraf ishak
4:54 Pagi
8HB Jun 21'
Taman Tun

Akur

Ketika awan
disulam kepahitan
di waktu senja
datangnya hujan

Langit dijunjung
menadah tangan
akur
dengan ketentuan
Tuhan

ashraf ishak
6:46 Pagi
7HB Jun 21'
Taman Tun