Kecundang

Terpendam
hati ini
bergelumang
dalam diam

Gelap
meratap hati
yang kecundang

ashraf ishak
7:12 Malam
30HB Disember 20’
Subang Jaya

Mengapa

Melihat dunia
dari sudut
yang berbeza
terkadang 
terlalu leka
ada kala 
rasa terhina

Tanpa tahu
mengapa

ashraf ishak
6:56 Malam
30HB Disember 20’
Subang Jaya

Warna

Segala kelam
ditelan hujan
setelah hilang
apa ku impikan

Wujud
antara kita
sudah tiada
hitamnya dunia
tanpa warna

ashraf ishak
5:01 Petang
30HB Disember 20’
Subang Jaya

Selamanya

Jangan terlalu
ambil berat
akan sandiwara
dunia

Barangkali 
kita lupa
hidup ini
tidak selamanya

ashraf ishak
12:39 Petang
29HB Disember 20’
Subang Jaya

Kelam (ii)

Hening senja
meretak awan
seribu warna
gerak geriku
kaku
lalu hilang
dalam larut
aku terdiam

Menghentikan kelam
dalam malam
yang mendatang

ashraf ishak
12:46 Malam
25HB Disember 20’
Subang Jaya

Terlerai

Segala rasa
yang tersimpan
menjadi derasan ombak
terahsia dari dunia
jauh dari hati
yang mengapai
gundah dan gusar
dilamun badai

Dan putuslah harapan
buat kira berdua
tanpa ada kata cinta
yang terlerai

ashraf ishak
4:22 Petang
24HB Disember 20’
Subang Jaya

Scar

Sometimes
hiding a scar
is easier

Even
from the ones
you love

ashraf ishak
6:01 PM
20TH December 20’
Subang Jaya

Ufuk kegelapan

Di saat kelam
menerkam
dan segala 
kesedihan
dihinggap diam
di situ aku
mencari ketenangan

Jauh
dari matahari
yang terbenam
dalam ufuk
kegelapan

ashraf ishak
4:38 Petang
19HB Disember 20’
Subang Jaya


Paksi tanpa saksi (2020)
mixed media on cardboard

Sajak buat aku yang dahulu

Buat aku
yang waktu dulu
menyendiri
tidak ada lagi
ketakutan
yang harus
kau lalui

Biarpun kelak
ombak menyelubungi

ashraf ishak
8:12 Malam
16HB Oktober 20’
Subang Jaya



Menanti (iii)

Sejujurnya
apa yang ku rasa
tidak sama

Seperti senja
yang datang dan pergi
aku disini
tetap menanti

ashraf ishak
2:53 Pagi
12HB Disember 20’
Subang Jaya