Hamba dunia

Sekian lama
aku menyimpan rahsia
yang akhirnya
membunuh segala rasa
dimana aku melihat dunia
dari sudut yang berbeza
dan segala perspektif 
bertukar menjadi nyata

Dan aku masih
hamba dunia

ashraf ishak
6:53 Pagi
28HB Oktober 20’
Subang Jaya

Belong

I’ve given up my soul
to this heartless world
another pathless traveler
in the wind
I’ve made up my mind
the only way to heal
is to let this pain
eat me inside

I do not belong
and never will

ashraf ishak
3:31 AM
27TH October 20’
Subang Jaya

Erti

Mungkin aku
tak bersependapat
dengan dunia
di mana duka lara
hati terluka
membuat aku 
manusia terhina

Aku lebih sanggup mati
dari berkecamuk 
di dalam mimpi
yang tidak lagi
punya erti

ashraf ishak
8:29 Malam
23HB Oktober 20’
Subang Jaya

Rahsia

Mengenal diri itu
adalah mengenal Tuhan
dan mengenal Tuhan
adalah permulaan
buat segala rahsia
yang tersimpan

ashraf ishak
12:21 Petang
21HB Oktober 20’
Subang Jaya

Rapuh

Dalam satu
ikatan lestari
kau meleraikan
jari jemari
yang memegang kukuh
kata-kata amuh
di balik hati
yang rapuh

Dan aku
aku menerima sahaja
segala yang kau beri
walaupun tidak lagi
punya alasan
buat satu percintaan
yang utuh

ashraf ishak
5:32 Pagi
20HB Oktober 20’
Subang Jaya

Hina / mulia

Biar hina di mata manusia
tapi mulia pada mata-Nya

ashraf ishak
7:33 Malam
16HB Oktober 20’
Subang Jaya

Penentuan

Semalam
semua rasa itu
tlah hilang
segala yang kau idamkan
semua yang aku pendam

Satu hal
yang aku pelajari
tentang kehidupan
kita tak mampu lari
dari segala penentuan

ashraf ishak
4:49 Pagi
16HB Oktober 20’
Subang Jaya

Sengsara

Aku 
tidak mampu lagi
melihat dunia
sepertimana aku
melihat dirimu
yang sempurna

Disakiti sengsara
dan dibunuh 
kata-kata

ashraf ishak
9:20 Malam
14HB Oktober 20’
Subang Jaya

Pengertian

Dunia
belum berakhir
untuk kita mengenal 
makna kehidupan

Dan kita
belum cukup matang
untuk merangkul
segala pengertian

ashraf ishak
9:51 Pagi
10HB Oktober 20’
Kuala Lumpur

Hanya mimpi

Walaupun 
tidak lagi berkasih
aku tetap menyebut 
namamu
menyeru akan angin
yang menderu sayu
mengharapkan
engkau juga begitu

Namun
semua itu hanya mimpi
yang akan selamanya 
menghantui diriku

ashraf ishak
4:04 Pagi
9HB Oktober 20’
Subang Jaya

Rasa

Masa
walaupun mungkin
dapat kau ubati
segala sengsara

Ia tak menghapus
segala rasa

ashraf ishak
6:17 Pagi
6HB Oktober 20’
Subang Jaya

Dia

Pada dunia
yang bermula
dan berakhir
dengan cinta

Yang wujud
hanya buat Dia
semata-mata

ashraf ishak
5:59 Pagi
4HB Oktober 20’
Subang Jaya

Insan

Terkadang
kita lupa maksud 
dan pergertian sebenar
kehidupan

Adalah untuk
saling wujud
dan mencintai
sesama insan

ashraf ishak
11:13 Malam
3HB Oktober 20’
Subang Jaya

Bicara

Tak usahlah
kau berbicara dusta
bila ada yang ternoda
merasakan dunia
terlalu banyak 
tipu daya
tanpa ada rasa dosa

Sudahlah
tak perlu lagi
engkau berbicara

ashraf ishak
4:31 Petang
3HB Oktober 20’
Subang Jaya

Langit dan bumi

Pada dasar
langit dan bumi
tidak ada
yang lebih tinggi
sedalam manapun
kita mampu bermimpi

ashraf ishak
5:47 Pagi
3HB Oktober 20’
Subang Jaya

Madah rindu

Aku tak boleh lagi
berkata kata
setelah apa 
yang kau ucapkan
memecah sepi
dan keheningan

Dan madah rindu 
yang pernah 
aku inginkan
bukan lagi 
satu perjanjian

ashraf ishak
5:07 Pagi
3HB Oktober 20’
Subang Jaya