Hina

Sayup bintang berkejaran
suasana indah menawan
gundah tiada
tanpa hadirnya silu
tangan-tangan menyapai siku

Ada hari
hatiku ingin berkata
mengapa adanya mereka
kalau benar
Tuhan itu Maha-Esa
mengapa tidak punya mereka
harta dan segalanya

Aku cuma boleh
memberi simpati
tidak sampai hati
memaki atau mencaci
kerana seperti mereka
aku juga hina

ashraf ishak
5:11 Petang
9HB Mac 07'
Subang Jaya