Sepenuhnya

Cinta
belum dapat ku ungkapkan
sedalamnya apa yang ku rasa
seperti juga kau yang ingin
untuk bahagia
belum cukup buat masa
untuk menyatukan kita berdua

Cinta
laksana berjuta bintang
yang pernah diceritakan
tidak satupun dapat ku ambil
buat menyinari malam-malamku
yang diisi kegelapan

Atau mungkin
aku masih tak setia
untuk kau mencintaiku
sepenuhnya

ashraf ishak
5:13 Pagi
17HB November 19’
Subang Jaya

No comments: