Cinta dan kegelapan

Di dalam kegelapan
aku bergelut dalam percintaan
cinta yang seringkali membuatku
ingin bersendirian
cinta yang menolakku
ke arah kegilaan

Aku mengerti kini
cinta itu tidak adil buat semua
dan ianya tak akan hadir
tanpa kita merasa
tapi cinta itu juga tak akan hilang
di waktu kegelapan itu datang

ashraf ishak
6:56 Petang
28HB November 19’
Subang Jaya

Togetherness (2019)
mixed media on coffee cup

Pejam

Pejam
dan rasa
bukan dengan hati
bukan dengan minda

Biarkan dirimu terlepas
dari noda saksama
dari segala dosa
yang menbawa celaka

Pejam
dan rasa
bukan dengan hati
tapi dengan jiwa

ashraf ishak
4:53 Pagi
27HB November 19’
Subang Jaya


Chiara (2019)
pen on paper

 


Pawel (2019)
pen on paper

Koruptor

Jika duniamu
berteras akan penipuan
di manakah Tuhan
yang kau pegang

ashraf ishak
10:50 Malam
16HB November 19’
Subang Jaya


Blue skies (2019)
digital drawing on photo 


White clouds (2019
digital drawing on photo 

Buat kekasih yang pernah ku cintai (iv)

Ternyata
segala yang kau ucapkan
menghantui dirimu
dalam kegelapan

ashraf ishak
4:14 Petang
26HB November 19’
Subang Jaya

With / against me (2019)
Pen on paper 




With / against me (ii)
pen on paper

Buat kekasih yang pernah ku cintai (iii)

Terlalu aku tenggelam
hingga cintamu tak terpegang
terlalu mengharap kasih
hingga sayang itu dipendam

ashraf ishak
5:36 Petang
25HB November 19’
Subang Jaya

Misunderstood (2019)
pen on paper 


Misinterpreted (2019)

pen on paper


Mischievous (2019)

pen on paper

Buat kekasih yang pernah ku cintai (ii)

Seutuh rasa kau berikan
sepenuh cinta ku genggam

Kasih
malam ini kesemua kesudahan
berakhir dengan kepastian

ashraf ishak
4:44 Pagi
25HB November 19’
Subang Jaya

Cruel world (2019)
mixed media on paper

Buat kekasih yang pernah ku cintai

Sayang
segala yang kau inginkan
tlah hilang
dan aku bukan lagi
lelaki yang kau impikan semalam

ashraf ishak
4:32 Pagi
24HB November 19’
Subang Jaya

Senseless (2019)
mixed media on paper 



Heartless (2019)
mixed media on paper
 


Loveless (2019)
mixed media on paper 

Malam

Malam
ke mana kau menghilang
tatkala ingin bersendirian

ashraf ishak
7:50 Malam
21HB November 19’
Subang Jaya

WASIS X ashraf ishak



WASIS is inspired by the everyday; by the what was that becomes the what is. We believe you are because of what you have been.

Direct message @wasisstudio on Instagram to pre-order and sign up on their website at www.wasisstudio.com to be the first to know when they launch!

Zahir

Dan semua berakhir
dari saat cinta itu terlahir
dari mata ke hati
buta, mati, tuli
dan tak peduli lagi
akan kasih yang zahir

ashraf ishak
6:43 Pagi
21HB November 19’
Subang Jaya

We all bleed sometime (2019)
mixed media on paper 

Harapan

Hari ini tidak ada lagi sempadan
di antara aku dan kegelapan
lenyaplah jua segala harapan
yang kau berikan

ashraf ishak
2:29 Petang
20HB November 19'
Subang Jaya

Eventually (2019)
mixed media on paper 

Pagi (iii)

Pagi
kau datang dan pergi
dan kau tinggalkan aku
sendiri lagi

Seolah sunyi itu
teman yang dinanti

ashraf ishak
3:59 Pagi
20HB November 19’
Subang Jaya


Silence (2019)
mixed media on paper 



Noise (2019)
mixed media on paper 

Lima pagi

Diam
termenung aku sejenak
dalam dakapan diriku
yang keseorangan

Tatkala aku terjaga
di mana rasa dan jiwa ini
berjelaga
di tempat hitam dan putih
tidak lagi bertemu
dan aku masih lagi bercelaru
ditemani cemburu

Diam
termenung aku sejenak
dalam dakapan diriku
yang keseorangan

ashraf ishak
5:20 Pagi
19HB November 19’
Subang Jaya

Tujuh (2019)
acrylic on canvas 

Sepenuhnya

Cinta
belum dapat ku ungkapkan
sedalamnya apa yang ku rasa
seperti juga kau yang ingin
untuk bahagia
belum cukup buat masa
untuk menyatukan kita berdua

Cinta
laksana berjuta bintang
yang pernah diceritakan
tidak satupun dapat ku ambil
buat menyinari malam-malamku
yang diisi kegelapan

Atau mungkin
aku masih tak setia
untuk kau mencintaiku
sepenuhnya

ashraf ishak
5:13 Pagi
17HB November 19’
Subang Jaya

Provokasi (2019)
acrylic on canvas

Mimpi

Setiap detik
dimana aku diganggu domba
ditelan api kejahilan
yang bisa mematikan
setiap insan akan kepastian

Aku berlari jauh
jauh dan terlalu dalam
sehingga kesemua diriku
menghilang

Dan berharap tidak lagi
ditemui
seolah hidup sebelum mati
seolah diselimuti akan mimpi

ashraf ishak
9:08 Malam
15HB November 19’
Subang Jaya

Kegilaan (iv)

Jika dunia ini
membebankan
ke mana pula ingin
kau menghilang

Sepi itu tak akan datang
tanpa bising
yang mengisi kekosongan

Dan aku manusia
yang masih lagi
diselubungi kegilaan

ashraf ishak
7:00 Malam
14HB November 19’
Bangsar

Take it to the streets

A series of artworks I posted at random places in Kuala Lumpur and other parts of the world. The streets are my gallery.


















Urbanscapes House, Kuala Lumpur

Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur




Yeldergirmeni, Istanbul, Turkey

Müellif, Istanbul, Turkey

Yeldergieni, Istanbul, Turkey

Melankoli jiwa

Melankoli jiwa tak bermakna
tanpa hitam yang mewarnai
dunia yang nyata

ashraf ishak
6:50 Pagi
14HB November 19’
Subang Jaya

Beauty; a reinterpretation series

For this series I took photos by photographer Bibo Aswan and made them into digital artworks. To me, beauty is a concept that should be redefined; with social media and the internet playing a big role in “altering” the perspective on how we look at ourselves.





Kota raya (ii)

Sambungan puisi Kota raya

Kota raya yang dulunya
menjanjikan seribu mimpi
seolah tidak peduli lagi

Masih ramai
yang tidur di jalanan
masih ramai
yang tak makan seharian

Namun
dalam dunia serba kekayaan
tidak ada lagi belas kasihan

ashraf ishak
8:55 Malam
13HB November 19’
Kuala Lumpur

Pendam (2019)
digital art 


Dendam (2019)
digital art 


Together we are one (2019)
pen on paper

Tenggelam

Di suatu pelabuhan kecil ada seseorang
yang menunggu mu pulang
di tempat berlabuhnya seribu mimpi
di situ juga dia melepaskan kerinduan

Terlalu lama kita tidak bersua
mungkinkah aku sudah kau lupakan
atau senja yang kau bawa jauh
telah mati dalam igauan angan-angan

Seperti juga harapan yang kau beri
hilang dan tenggelam di dasar lautan

ashraf ishak
5:34 Pagi
11HB November 19’
Subang Jaya

Kapadokya (2019)
mixed media on paper

Biar sahaja

Biar sahaja
aku yang menghitung waktu
menunggu tuk mati
dalam langit nan biru

Biarkan sahaja
aku yang ungkapkan
di antara kegelapan
mencari jalan tuk pulang

Aku tak ingin pergi
tapi biarkan sahaja aku
kerana satu saat nanti
kau juga kan begitu

ashraf ishak
3:33 Pagi
10HB November 19’
Subang Jaya


Conversate (2019)

mixed media on paper 

Conversate (ii) (2019)
mixed media on paper

Sahabat

Malam ini
aku diselubungi kelam
sunyi dan sepi tanpa berteman

Titisan air hujan
mendambar domba
seolah mendengar
akan kesemua rintihan

Dulu yang kau inginkan
sudah berlalu pergi
dan kau belayar jauh
ke ufuk baru mencari diri

Mungkin untuk selamanya
tapi seandainya kita berjumpa nanti
amanahmu tidak akan ku buang
persahabatan ini tidak akan ku siakan

ashraf ishak
12:50 Pagi
9HB November 19’
Subang Jaya

https://www.instagram.com/p/B4mO25Spyig/?igshid=1uuwd4blidi94

Kelam aku terdiam (2019) 
pen on paper
14.8 x 21 cm


Kelam aku terdiam (ii) (2019) 
pen on paper
14.8 x 21 cm

Kota raya

Di kota raya
yang kaya
makanannya banyak
tapi tidak dihabiskan
yang miskin makannya
berpada-pada

Di kota raya
lebih banyak yang mengeluh
dari bersyukur
bukan kebahagiaan yang dibutuh
tapi harta dan kekayaan
yang diukur

Di kota raya
tidurku dimana-mana
tidak dibantu sesiapa
malah dicaci, dihina
seolah aku juga
bukan manusia

Tapi apa kan daya
aku cuma satu
dari berjuta
yang hidupnya
di kota raya

ashraf ishak
4:15 Petang
8HB November 19’
Kuala Lumpur

Empat (2019)
mixed medium on wood




















Pagi (ii)

Pagi
engkau datang
dengan tangan terbuka
dan jalan bersilang

Malam semalam
aku bukan lagi diriku
dan hari ini
aku ditinggalkan
tersendu

Pagi
engkau datang
dan mungkin esok
aku juga kan pulang

ashraf ishak
7:06 Pagi
7HB November 19’
Subang Jaya

Arus kegelapan

Dalam arus kegelapan
terlalu banyak rahsia tersimpan
pujuk rayunya menjadi senjata
menerjah mataku yang sudahpun buta
dan aku tetap hilang
dalam gemelut arus kegelapan
tanpa berdamai dengan rahsia tersimpan

ashraf ishak
4:30 Pagi
5Hb November 19’
Subang Jaya

Satu hari

Satu hari berlalu lagi
dan semua yang ada
menjadi mimpi
tidurku lena
dibawa ombak badai
yang sepi bak angin
dan dedaun yang melambai

Satu hari berlalu lagi
dan esok
aku kan pergi membawa diri

ashraf ishak
6:35 Pagi
4HB November 19’
Subang Jaya