Seribu satu

Seribu satu
alasan ku tunggu
tiada satu
buatku cemburu

Seribu satu
alasan kau beri
tiada satupun
pernah ku cari

ashraf ishak
8:20 Malam
22HB Mac 15'
Subang Jaya

Penjara dusta

Walaupun dapat
dia menahan rasa
masih terpahat
hatinya terluka

ashraf ishak
9 Malam
18HB Mac 15'
Subang Jaya

Buta hati

Sememangnya aku
lebih rela hidup
tanpa cinta

Biarpun sampai
hati menjadi buta

ashraf ishak
8:47 Pagi
17HB Mac 15'
Kuala Lumpur

Pengembara seni

Gemersik berbunyi
meratap akan jiwa
yang sunyi

Sang pengembara seni
seakan hilang dalam larut 
lautan mimpi

ashraf ishak
3:08 Petang
16HB Mac 15'
Kuala Lumpur

Angkara dunia

Kemana hilangnya cinta
semanis tinta
di saat waktu berputar
dimana is berpaksi
akan hadirnya ragamu
terdetik nada hati ini
tuk menyapa
namun hatimu pula
ranap merana

Ternyata diamnya itu
angkara dunia semata

ashraf ishak


Think


Talam Dua Muka


Lotus Fire


Tribal


Dilusional


Butterfly Effect 2


Seniman