Hujan (iii)

Rahmat-Nya
membasahi dunia
menyucikan hati
insan berdosa

ashraf ishak
2:11 Petang
27HB Jun 12'
Rumah

Mencari diri

Terlalu diam
mengaburi dendam
niat dan hasrat
masih terpendam

Hanya manusia
punya rahsia
mengisi kitab
minda rasa

Melerai arus
memerdak lautan
mencari diri
yang lama
menghilang

ashraf ishak
12:41 Pagi
7HB Jun 12'
Rumah

Binatang

Sedang ligat
mata memandang
dia menutup
tubuhnya
telanjang terbujur
menadah menahan
tusukan

Tidak terhenti
sehingga puas
nafsu buas
dipenuhi

Seperti binatang
membuak berahi

ashraf ishak
7:45 Malam
5HB Jun 12'
Subang Jaya

Nur

Setiap malam
aku menunggu
kehadiranya
hari berlalu
menggantikan tidur
yang lelahnya
sudah tiada

Tanpa diberitahu
dia datang
dengan tiba-tiba

Mungkin
sudah sampai masanya

ashraf ishak
4:20 Pagi
5HB Jun 12'
Rumah

Punya Tuhan

Berpijak
di bumi
yang nyata
dunia ini
tidak seindah
yang kita fikirkan
dan aku pula
bukan lelaki
yang selama ini
engkau idamkan

Tidak mengapa
aku masih
punya Tuhan

ashraf ishak
3:45 Pagi
2HB Jun 12'
Rumah

Menentang takdir

Lihatlah kota
penuh bara
azab neraka
di dunia
dan manusia
masih belum
tahu ertinya

Menentang takdir
seolah-olah
melawan arah
pusingan dunia

ashraf ishak
1:58 Pagi
4HB Mei 12'
Rumah