Lalang

Masa menukar persepsi manusia

Kenapa kota
berasap dusta
berarak kufur
nikmat dunia
kita belum habis menyoal
tujukan ia
pada mereka-mereka
yang tidak punya
arah tuju
falsafah kerenah
dan semua itu
tidak membuatkan kau
lebih pandai dari aku
bukankah kau
salah seorang
dari mereka dahulu
lalang tak mati
sudah bertumbuh

ashraf ishak
2:31 Pagi
6 Disember 08'
Subang Jaya