Isnin yang muram

Pagi ini
ku mengambil keretapi
ke tempat ku baru pelajari
kemudian
ku berjalan kaki lagi
awan masih muram
mungkin masih sedih
dari semalam
aku penat
tetap menunggu
kau datang
tak pernah berwaktu
kemudian kau hanya diam
siapa yang kau fikirkan
bukankah aku
kau hanya senyum sipi
tanpa kau ketahui
lirik hatiku
berdebar
ku sabar untuk kau datang

tak perlu kau bersedih lagi

ashraf ishak
12:02 Tengahari
18HB Ogos 08'
Kuala Lumpur