Aku mengisi
kekosongan diriku
dengan seni nan indah
tapi tak pernah punya penentu
arah tuju
atau sesuatu
yang boleh buat aku
diriku yang sebenar
aku buta
tanpa yang aku butuh
namun aku tidak tau
apa itu yang kumahu
gelak, tawa, diam
aku menangis
dan tangisan itu
ku pejam
ku pendam
aku tetap tak akan
mencuba tuk berubah
kerna aku adalah aku
ashraf ishak
3:16 a.m.
18 Julai 08'
Damansara