Kita
pernah disatukan
oleh cinta
dileraikan sabda
dua hati yang seringkali
merindukan sentuhan
bak angin yang menyapa
Dan mungkin suatu hari
tidak lagi bersua
ashraf ishak
3:11 Pagi
29HB September 20’
Subang Jaya
Pejamkan mata
tarik nafas panjang
pabila pagi menjelma
kesedihan semalam
akan menghilang
ashraf ishak
4:44 Pagi
28HB September 20’
Subang Jaya
Menginginkan cinta itu
satu penghargaan
jika tidak diberi
maka hilanglah makna
dan pudarlah warna
kehidupan
ashraf ishak
8:08 Pagi
26HB September 20’
Subang Jaya
Aku sudah berhenti
meletakkan harapan
dan tidak ingin dipuja
kerana tiada lagi erti
dalam maksud kata cinta
yang sempurna
ashraf ishak
7:41 Pagi
26HB September 20’
Subang Jaya
Hidup ini
penuh lingkaran
yang membelit hati
dan membunuh perasaan
Dan dalam perjalanan
yang berliku itu
aku menghilang jauh
dalam kegelapan
ashraf ishak
1:43 Pagi
26HB September 20'
Subang Jaya