A perfect song

My strange deep love’s
secret moon like winter
dark how his thousand spirits 
softly bloom 
over a wander 
with warm red gold light 
every hour less cold skies 
will sleep after a stormy day 
across the star 
she asks for a perfect song

 ashraf ishak
1:00 A.M.
30TH April 09'
Damansara

Kemaruk dadah puisi

Selagi kita
masih bermimpi
biar tak senang
tak susah
aku meratah
masa

selagi kita
masih hidup
berjuang
mengaib
setiap patah
aku junjungkan
setiap detik
untuk memuja
setiap inci
dalam kemaruk
dadah puisi
aku berimaginasi

ashraf ishak
9:14 Malam
29HB April 09'
Damansara

Manusia terbuang

Bila berkocak
masa
di antara engkau
dan dunia
tak bergoncang
lincah
mata terlarang
petah terancam
lidah mengancam
kasar
dengan ludahan
engkau
manusia terbuang

ashraf ishak
12:12 Pagi
29 April 09'
Subang Jaya

Bercumbu cemburu

Setiap engkau
berdetik
berdarah menitik
meracau
akan adanya
aku disitu
mengecil
nafsu
membuas
dan lantas
kita bercumbu
cemburu

ashraf ishak
10:40 Malam
28 April 09'
Subang Jaya

Tak perlu, tak payah

Sudah berkali
aku mengulas
untuk tidak
membalas
atas sebab
tidak
aku mahu
menyeru
pecahkan daramu
suci
segelinap awan
dan arus
dan terus
kita bergaduh
hingga
tak selesai
ke sudah
tak perlu
tak payah

ashraf ishak
9:19 Pagi
28 April 09'
Kuala Lumpur