Terbiar

Sejujurnya
air mata
ini
hanya buat
mereka
yang merasa

Puas menunggu
bibir tersenyum
lebar
lara duka
hati terbiar

ashraf ishak
2:33 Pagi
11HB Mac 12'
Rumah

Perang

Perang
tak mungkin
kan bawaku
pulang

Pabila akhirnya
mati
bendera seorang
pejuang

Hentikan
ia segera

ashraf ishak
7:41 Pagi
31HB Disember 11'
Subang Jaya

Kiamat

Sedang engkau
merahsia binasa
terlalu ramai
telah tergoda

Kiamat
sudah hampir
tiba

ashraf ishak
10:36 malam
27HB Disember 11'
Rumah

Mainan dunia

Usia
sudah meningkat
masih membakar
waktu

khayal.

Ingat!
Terlalu singkat
waktunya

Hidup ini
hanya mainan
dunia

ashraf ishak
2:10 Pagi
16HB Disember 11'
Rumah

Panas

Kabus pagi
yang menemani
aku mengharungi
fajar semalam

Di atas
langit
ungas-ungas
terhenti terdiam

Panas
yang kian
datang kembali
sekecil hati
mata terpejam

ashraf ishak
7:40 Pagi
7HB Disember 11'
Rumah