Berbahasa
dengan hujan
menyatukan insan
manusia
yang lewat
terjaga
lanjut diperbodoh
oleh mereka
yang hanya
difikir hodoh
dan terhina
Menjadi mangsa
ada kesempatan
mengema kesunyian
membunuh rahsia
tersimpan
ashraf ishak
2:45 Pagi
3HB Jun 10'
Damansara
Seketika
Biarkan tenang
benderang
mengejar arus
berenang
melintang arah
hembusan
gema senja
bertakbir takdir
berakhir
tiada sakit
yang hadir
mati dengan rela
terdiam seketika
ashraf ishak
7:10 Pagi
19HB Mei 10'
Damansara
benderang
mengejar arus
berenang
melintang arah
hembusan
gema senja
bertakbir takdir
berakhir
tiada sakit
yang hadir
mati dengan rela
terdiam seketika
ashraf ishak
7:10 Pagi
19HB Mei 10'
Damansara
Kita dan Dia
Pra kehidupan
dunia
telah dinyata
dan dirancang
perjanjian
antara kita
dan Dia
Jahil
sedangkan manusia
lupa, lalai
tergadai
dalam satu
atau lebih
hingga letih
dikerjakan syaitan
Bukan alasanya
tapi itu masih
antara kita
dan Dia
ashraf ishak
2:40 Pagi
18HB Mei 10'
Subang Jaya
dunia
telah dinyata
dan dirancang
perjanjian
antara kita
dan Dia
Jahil
sedangkan manusia
lupa, lalai
tergadai
dalam satu
atau lebih
hingga letih
dikerjakan syaitan
Bukan alasanya
tapi itu masih
antara kita
dan Dia
ashraf ishak
2:40 Pagi
18HB Mei 10'
Subang Jaya
Berhati buta
Dan tenang
bergulung awan
menyapa sabda
buat pertama
dan terakhir
kalinya
berpegang kukuh
tubuh menyentuh
gelap dunia
dan segala
yang nyata
hambar
kerana kita
yang berhati buta
ashraf ishak
8:18 Malam
16 Mei 10'
Kuala Lumpur
bergulung awan
menyapa sabda
buat pertama
dan terakhir
kalinya
berpegang kukuh
tubuh menyentuh
gelap dunia
dan segala
yang nyata
hambar
kerana kita
yang berhati buta
ashraf ishak
8:18 Malam
16 Mei 10'
Kuala Lumpur
Mencinta tanpa cinta
Pernah ada bertanya, kalau mungkin kita boleh mencinta tanpa cinta. Aku curiga dengan kata-katanya. Aku tanya mengapa.
Bermimpi aku di malam hari, seorang dewi datang padaku, menanya soal Adam dan Hawa. Hatinya masih kosong dengan angan semua sempurna
Lalu terjaga dari tidur lena, menyapa siapa dia, yang tak berpunya.
Bertemu. Lalu hilang.
Membutuh aku untuk mencinta tanpa cinta.
Ashraf ishak
23HB April 10'
5:35 Petang
Subang Jaya
Bermimpi aku di malam hari, seorang dewi datang padaku, menanya soal Adam dan Hawa. Hatinya masih kosong dengan angan semua sempurna
Lalu terjaga dari tidur lena, menyapa siapa dia, yang tak berpunya.
Bertemu. Lalu hilang.
Membutuh aku untuk mencinta tanpa cinta.
Ashraf ishak
23HB April 10'
5:35 Petang
Subang Jaya