Di Ruangan Waktu (2024)
mixed media on cardboard

Selamat Tinggal Dunia

Maka terlahirlah seribu noda
di antara mata yang melihat
akan erti di dalam makna
berpisah jiwa dari raga
mati dalam tenteram kegelapan
yang pernah ada

Selamat menikmati dunia
yang selamanya menyiksa

ashraf ishak
6:47 Petang
20HB Januari 24’
Kuala Terengganu


Envy (2024)
mixed media on prozac leaflet

 

Buat Si Dia

Buat si dia
yang Tuhan titipkan buat sementara
waktupun berlalu dengan sederhana
namun seringkali mencemburui kita
di balik sinar mentari
aku hadiahkan sejambak rasa
bagi hati yang tidak lagi mencinta
dengan jiwa yang sepenuhnya
telah ku terima
bahawa aku ini hanya manusia
yang turut merasa duka
akan dunia yang tiada ertinya

ashraf ishak
9:26 Malam
18HB Januari 24’
Kuala Terengganu

Terbuang

Dalam setiap helaian
kata yang menghilang
ada jiwa yang dalam diam
tidak tenteram
berkecamuk bergaduh
dengan hatinya 
yang memendam rasa
hati terluka
memcahkan kesunyian
yang tlah lama terbuang

ashraf ishak
8:59 Malam
18HB Januari 24’
Kuala Terengganu


Memulakan Kehidupan Baru (2024)
mixed media on prozac leaflet

 


Glare (2024)
mixed media on cardboard

 


Blue Hearts In November (ii) (2024)
mized media on prozac leaflet


Tanpa Arah (2024)
mixed media on cardboard


Blue Hearts In November (2024)
mixed media on prozac leaflet


Schizo (2024)
mixed media on paper


Pejam (Tanpa Perlu Berdiam) (2024)
mixed media on brown paper

Pengertian

Mengisi ruangan masa
menanti akan hati yang kecewa
dimana belas kasih
yang kau ungkapkan semalam
yang tidak lagi
dapat ku terjemah dalam diam
pengisian jiwa 
diantara bimbang dan tenteram
tidak ku tahu ertinya dalam pengertian

ashraf ishak
4:42 Petang
7HB Januari 24’
Kuala Terengganu

Manusia Sia-Sia

Jika ditanya
aku ini hanya manusia sia-sia
tidak berguna dan tiada makna

Apakah dunia juga
menggambarkan aku sebegitu rupa?

ashraf ishak
11:38 Pagi
7HB Januari 24’
Kuala Terengganu

Luka Jiwa

Setelah itu 
dunia pun berkecamuk
ditelan akan waktu
sosok gelap yang tiada namanya
mecari ruang di antara hati 
yang terbelenggu
dimana tubuh dan jiwanya
tidak lagi menyatu
hampir tamat masanya
berkelahi bersama diri
yang hampir gila
meratap pisau yang mencela
ruangan tanganya 
dan kini jasadnya kosong
bersama mimpi-mimpi yang mati
dibunuh akan hati yang terluka

ashraf ishak
9:15 Malam
6HB Januari 24’
Kuala Terengganu

Dusta

Dalam hati tertera
rasa cinta yang sebenar
maka hilanglah 
segala keraguan dunia
dialis lara kata-katamu sirna
mencela kegairahan mata
melihat suci 
dalam kegelapan alpa

Dusta! 
dunia ini hanya dusta semata

ashraf ishak
6:32 Petang
6HB Januari 24’
Kuala Terengganu

Terlihatlah Akan Senja

Maka tiada lagi cerita
di antara kita
untuk melepaskan kerinduan
yang tidak lagi ada
bersama mimpi-mimpi semalam
yang hanya menghapuskan
segala rasa 

Dalam kesepian itu
terlihatlah akan senja

ashraf ishak
3:45 Petang
4HB Januari 23’
Kuala Terengganu

Satu

Lalu perlahan-lahan
engkau meninggalkanku
kesepian tanpa arah
atau hala tuju
wujud itu jumud
dalam dunia yang 
dimana dua hati 
tidak lagi bersatu

ashraf ishak
2:57 Pagi
2HB Januari 24’
Kuala Terengganu


House warming gift for Soraya

Cari

Jikalau ini bukan jawapan 
yang kau mahu
biarlah aku tahu
agar aku tidak lagi mengharap
akan kasihmu
duhai hati engkau terluka lagi
namun dia bukan takdir
yang kau cari

ashraf ishak
12:01 Tengahari
22HB Disember 23’
Kuala Terengganu