Lamunan jiwaku tersentuh
hanya dari airmatamu
hanya dari airmatamu
yang rapuh
bersama cinta ini
kita tergelincir dari harapan
hanya untuk berdendam
tanpa kasih sayang
namun hati ini sentiasa merindu
akan dirimu yang hadir
dalam setiap detik mimpi
aku hanya boleh berharap
segala cerita di antara kita
telah dapat memenuhi
qalbumu yang dahulunya kosong
dan bahagia itu telahpun kau miliki
walau bukan dari aku
bersama cinta ini
kita tergelincir dari harapan
hanya untuk berdendam
tanpa kasih sayang
namun hati ini sentiasa merindu
akan dirimu yang hadir
dalam setiap detik mimpi
aku hanya boleh berharap
segala cerita di antara kita
telah dapat memenuhi
qalbumu yang dahulunya kosong
dan bahagia itu telahpun kau miliki
walau bukan dari aku
ashraf ishak
11:23 Malam
1HB Ogos 25’
Kuala Terengganu