Sejambak Bunga

Masihkah ada
dunia tanpa warna
menggoda fatamorgana
yang selang-seli
diisi dosa
bercanda
dari kamar kecil
bernodakan darah
syaitan yang hina
sejambak bunga
buat manusia
di neraka

ashraf ishak
8:30 Malam
31HB Januari 23'
Taman Tun

Ribut Kelam

Menentang
haluan kehidupan
mencari erti
dari sisi kegelapan
lalu menyatu
tubuh ini sebagai satu
dalam ribut kelam
kehidupan

ashraf ishak
3:34 Petang
29HB Januari 23'
Subang Jaya

Bukan Miliknya

Di setiap mimpi
yang menyelinap
di balik sepi
ada wanita
yang hatinya
masih belum terisi
lalu dia membawa pergi
hati yang tidak ada
sang kekasih bisa miliki

ashraf ishak
2:08 Pagi
29HB Januari 23'
Taman Tun

Aku Yang Terluka

Bagaimana kiranya
hati yang tertawan
tanpa luka
sesaat dia melihat
awan bertukar warna
selama itu hidupnya
diisi ombak
yang bergelora

ashraf ishak
2:03 Pagi
29HB Januari 23'
Taman Tun

Masih Belum Cukup

Aku keluar
mencari kebebasan
yang pada umurku
kian menghilang
batil menyimpulkan
hati yang lukanya
terpendam

ashraf ishak
7:52 Pagi
28 HB Januari 23'
Taman Tun



















Can't wait to teach the kids at @yellowsubmarineprescoolofarts

Surat Hanyut

Senja
di lautan dalam
biarkan aku
menghilang
tanpa ada kerinduan

ashraf ishak
11:30 Malam
26HB Januari 23'
Taman Tun

Dosa

Sampai bilakah kita
mahu begerlumang
di dalam dosa
sedangkan ajal 
tidak ditetapkan waktunya

ashraf ishak
8:43 Malam
26HB Januari 23'
Taman Tun

Tenang

Aku berjalan
dalam hujan
mencari ketulusan
dari ribut 
yang mendatang
dan aku menemukan 
tenang dalam kegelapan

ashraf ishak
5:12 Petang
22HB Januari 23'
Taman Tun

Tiada

Biarkan masa
menjadi pengubat
hati yang lara
biarpun perjalanan itu
seribu tahun lamanya

Dan senja pun menjelma
disaksikan cinta
yang sudah tiada

ashraf ishak
2:38 Petang
22HB Januari 23'
Taman Tun


@daster.razzo x ashraf ishak

 







 







Camera: Fuji DL 500 Wide Date
Film: Fomapan 100 Classic





Camera: Fuji DL500 Wide Date
Film: Fomapan 100 Classic

Mata

Keraguan
yang ada
tidak sama
pada setiap manusia
biarpun cinta
hanya dinilai
dari mata

ashraf ishak
8:00 Malam
20HB Januari 23'
Taman Tun


Take What You Deserve (ii) (2023)
mixed media on prozac leaflet


Banyak Muka (2023)
mixed media on paper
14.8 x 21 cm
 

Hujan

Biarkan hujan
menelan
kegelapan malam
membasahi bumi
dengan rintik-rintik airmata
dari hati terdalam
melenyapkan diam
di balik kelam terpendam

Dan terlahirlah 
aku yang baru
di sela kesejukan

ashraf ishak
12:08 Pagi
20HB Januari 23'
Taman Tun


Casualties (2023)
mixed media on prozact packaging
 

A Note To Myself

Last night I couldn't sleep; only because I thought that since I have no one in my life, who would tell my family about my death?. Would they really care that I had left?.

Being alone is lonely, but having people that don't care is lonelier.

ashraf ishak
2:51 PM
19TH January 23'
Bangsar

Hanya Ingin

Disangka pilu
hatinya merayu
untuk sentiasa
dirindu
sebelum berakhir
nyawa
dibunuh celaru

ashraf ishak
2:57 Pagi
19HB Januari 23'
Taman Tun

Konfrontasi Manipulasi

Jika mungkin
segala rasa
tersangkal
bersama hati
yang mati
atas perihal 
manusia
mungkin bersendirian
lebih baik 
dari terluka

ashraf ishak
12:50 Pagi
19HB Januari 23'
Taman Tun


Take What You Deserve (2023)
mixed media on prozac packaging

Di Seberang Senja

Lebih dari itu
melihat dunia
menjadi layu
setelah berakhirnya
hari yang dipenuhi
sengsara dan sayu

Dalam gundah gulana
yang dihuni manusia
ada bahagia
di seberang senja

ashraf ishak
7:51 Malam
18HB Januari 23'
Taman Tun

Buat Wanita Yang Tersakiti

Buat wanita yang tersakiti
biar saja aku akhiri
dengan janji
yang tidak mungkin
aku ingkari
agar bahagia bukan lagi 
sekadar mimpi
agar senyuman masih bisa
engkau kecapi

ashraf ishak
4:33 Petang
18HB Januari 23'
Taman Tun

Curiga

Sedetik waktu
yang berlalu
meleraikan hati
yang menyatu
curiga itu cinta
tanpa kebenaran
yang nyata

ashraf ishak
4:02 Petang
18HB Januari 23'
Taman Tun

Malam Dan Senja

Jarak
melahirkan rasa
dimana kita berdua
berpaksikan kebarangkalian
untuk mungkin bersua
dan pabila dunia berputar
hati ini tidak mungkin lagi
bersembunyi di balik
kekangan masa di antara 
malam dan senja

ashraf ishak
4:06 Pagi
18HB Januari 23'
Taman Tun

Waktu

Waktu
yang memaksa kita
untuk berubah
dalam sekelip mata
kita bukan lagi
orang yang sama
yang pernah aku luangkan
segala rasa
untuk mengutuhkan jiwa
yang tidak lagi hidup
untuk bahagia

ashraf ishak
11:09 Malam
17HB Januati 23'
Taman Tun

Hati

Lalu
terhempaslah segala
mimpi
dibawa mati rasa sendiri
rahsia yang memecahkan
sunyi

Dimana hati
yang pernah aku miliki

ashraf ishak
2:20 Pagi
14HB Januari 23'
Taman Tun

Sengsara

Kelembutan cinta
yang terbunuh
hanya dengan 
kata-kata
melumpuhkan
rasa sengsara
yang ada

ashraf ishak
2:05 Pagi
13HB Januari 23'
Taman Tun


You & I In Unison (2023)
mixed media on paper
24.13 x 15.24 cm

Alpa

Ketika malam menjelma
segala gundah gulana
tercipta
ketika angin
tidak lagi bercerita
ketika langit mendung
belindungkan seribu rahsia
dan kita masih lagi
berselimutkan gelap
dan mainan mimpi 
yang dihelahkan alpa

ashraf ishak
11:19 Malam
12HB Januari 23'
Taman Tun

Simpan

Biarkan saja
bintang berkelipan
hanya untuk kita berdua
dengan harapan
semua rahsia 
tentang cinta kita 
tersimpan

ashraf ishak
6:50 Pagi
12HB Januari 23'
Taman Tun


Before I Go (2022)
mixed media on paper cup

Simpati

Belum ada tawa
dapat mengilangkan
rasa hiba
tanpa tangisan
yang disalahertikan
dengan gila

Manusia
tidak ada simpati
dalam hatinya

ashraf ishak
12:10 Pagi
12HB Januari 23'
Taman Tun

Aku, kita Dan Dia

Mencari ketulusan
dalam diam
adalah seperti
mencari jawapan
yang tidak lagi
terungkap
dengan bait kata
yang terpendam

Hanya aku, kita
dan dia 
dalam satu tubuh
yang menyatu

ashraf ishak
7:44 Malam
11HB Januari 23'
Taman tun

Buat Kekasih Dari Lautan

Angin berderu
membawa khabar
akan kepulanganmu
dimana hadirnya
kekosongan
di balik ruang
hati yang penuh
kerinduan
hanya angan
yang tidak lagi
ada kebenaran

ashraf ishak
1:34 Pagi
11HB Januari 23'
Taman Tun

Sinar

Berserah saja
pada diriNya
pabila malap dunia
tidak lagi bersinar

ashraf ishak
1:00 Tengahari
10HB Januari 23'
Stesen Cahaya

Tentang Malam

Dalam kerinduan
aku tangisi
kesunyian
yang tidak dapat
mengubati
jiwa yang kabut
tenggelam akan kelam
lalu pergi kau berbisik
tanpa ada cinta
terpendam

ashraf ishak
2:30 Pagi
10HB Januari 23'
Taman Tun

Sempurna

Seperti pasir
dihembus kabus
neraca dunia durjana
tidak dibelai 
dirobek hatinya
aku manusia
yang tidak pernah
merasa cinta
biarpun wujudnya
ia dalam jiwanya
yang sempurna

ashraf ishak
11:29 Malam
9HB Januari 23'
Taman Tun

Sanubari

Bersembunyi
di balik hati
yang tersakiti
mencari jawapan
yang tidak lagi
membawa erti
lalu kebenaran itupun
mati dilupus senja
yang membakar 
sanubari

ashraf ishak
10:57 Malam
9HB Januari 23'
Taman Tun



Merisik Hati

Ruang bertemu
diantara jiwa sunyi
dan jalan mati
tidak ada lagi
yang merisik hati

ashraf ishak
3:14 Pagi
9HB Januari 23'
Taman Tun

Janji

Di dalam genggaman
aku letakkan harapan
memecahkan sunyinya 
keraguan
meniti terang 
akan kepastian

Dimana janji manis
di balik lidahmu
yang tidak bertulang

ashraf ishak
3:01 Pagi
9HB Januari 23'
Taman Tun

Tidur

Di setiap lapisan
kegelapan
di dalam malap
mata yang terbenam
kita dilewati
keresahan yang hilang
dimana tidur
tidak lagi lena
dengan kematian
yang menjelang

ashraf ishak
2:37 Pagi
9HB Januari 23'
Taman Tun


Subsequently (2023)
pen on paper
22.8 x 12.7 cm 

Aku Ingin

Aku ingin mencintaimu
sepenuh hatiku
biarpun harus berpapasan
jalan yang berliku

Aku ingin mencintaimu
sepenuh hatiku
biarpun harus berselingkuh
dengan waktu

Aku ingin mencintaimu
sepenuh hatiku
biarpun separuh nyawaku
aku berikan
hanya untuk kita bertemu

ashraf ishak
2:40 Pagi
7HB Januari 23'
Taman Tun

Di Antara Kamar

Di antara kamar
ada tawa 
yang tidak ternangisi
sepasang mata
yang melihat dunia
dari kaca pancaroba
sepasang telinga
yang mendengar 
segala noda rasa

Di antara kamar
kita bersembunyi
di balik hati 
yang tersakiti
hanya menuggu 
untuk saatnya
kita mati

ashraf ishak
1:57 Pagi
7HB Januari 23'
Taman Tun

Di Antara Kita

Di antara kita
ada kata-kata
yang tak terungkap
hanya ruang
yang saling melengkapi
dengan harapan
kita dapat mengerti
rasa yang kian lenyap
terperangkap
dan usai hati ini
mati dibunuh rasa
sendiri

ashraf ishak
7:07 Malam
6HB Januari 23'
Taman Tun

Sepurnama

Jikalau damai
dinyatakan
dengan rindu
yang tidak mungkin
menyatu
apakah cinta
mengapa hati ini
bercelaru
sepurnama
aku berdiam
menunggu
akan dirimu

ashraf ishak
6:45 Malam
6HB Januari 23'
Taman Tun

Simpan

Dalam resah
kerinduan
yang datang
aku menjelma
lalu hilang
terdiam
dalam kegelapan
yang tersimpan

ashraf ishak
2:42 Petang
5HB Januari 23'
Taman Tun


Absent Minded (ii) (2023)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm


Absent Minded (2023)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm

Kota Rasa

Bukankah kata-kata
dapat mengubati
waktu kita
yang terpinggir
dari fakta
mengapa kita
tidak lagi berbicara
tersesat lalu hilang 
dalam kota rasa

ashraf ishak
9:52 Malam
2HB Januari 23'
Taman Tun

Sepi

Rintik hujan
memanggil namanya
untuk pergi
sekaligus
meninggalkan hati
yang tidak lagi 
merasa sepi

ashraf ishak
9:10 Malam
2HB Januari 23'
Taman Tun

Manusia Tanpa Nama

Di sela 
nada dan rasa
langitnya cerah merana
mengungkapkan
hati yang derita
matinya tiada cerita
manusia tanpa nama
tanpa cinta

ashraf ishak
7:33 Malam
2HB Januari 23'
Taman Tun

Full Circle (2022)
marker pen on paper
27.3 x 37.5 cm