Mimpiku

Di mana
angin bertiup
di kala senja
menjelma
di waktu hujan
lelah memanggil
akan namamu
dan aku penat
berteriak
apakah engkau
kan hadir 
dalam mimpiku?

ashraf ishak
2:13 Pagi
26HB Mac 22'
Taman Tun


Thinking Bout You (ii) (2022)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm

 












Happiness is receiving a picture of your artworks all framed up. Thank you Line Amundsen  for the purchase.


Thinking Bout You (2022)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm

 


Inwards (iii) (2022)
mixed media on canvas
30 x 42 cm

 





































Artworks for birthday girl @rohanaisa

Pergi

Jauh di sudut 
hatiku ini
aku menyaksi
akan dirimu
yang menyendiri
disakiti dalam diam
menangis tanpa teman
mencari erti
yang sudah pergi

ashraf ishak
3:47 Petang
12HB Mac 22'
Taman Tun

Hambar

Hatimu yang liar
tidak mungkin
mahu mendampingi
jiwaku
yang kian pudar
dibawa arus ombak
dan ditiup angin
hingga terlerai
malapnya hambar

ashraf ishak
2:20 Pagi
11HB Mac 22
Taman Tun

Cinta Separa Gila

Tanpa rasa
engkau membuat
hatiku bergema
dilanda akan cinta
tiada makna

ashraf ishak
1:11 pagi
11HB Mac 22'
Taman Tun

Dunia Abadi

Di sana 
waktu terhenti
menunggu saat
mentari untuk pergi
menghilangkan hingar
dari sepi

Lalu dunia
tidak lagi bersendirian
untuk aku
bertemu Tuhan

ashraf ishak
5:27 Pagi
10HB Mac 22'
Taman Tun


Inwards (ii) (2022)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cms

 


Inwards (2022)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cms
 


Ingkar (v) (2022)
mixed media on canvas
61 cm x 122 cm

 


Forever (ii) (2022)
pen on paper
19.5 x 13.7 cm

Bumi Dan Segala Isinya

Hujan datang
dan berlalulah ia
lalu kembalilah 
bercahaya
bumi
dan segala isinya

ashraf ishak
2:44 Petang
5HB Mac 22'
Taman Tun


Forever (2022)
pen on paper
19.5 x 13.7 cms

Beban

Antara keringat
dan hujan
ada lelah
meringankan beban

ashraf ishak
5:13 Petang
3HB Mac 22'
Taman Tun


Indefinite (ii) (2022)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cms
 

Mati

Waktu
pasti terhenti
pabila paksi 
dunia 
bertemu mati

ashraf ishak
8:15 Malam
1HB Mac 22'
Taman Tun


Indefinite (2022)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cms