Kata Rasa

Adakah kata
mewujudkan rasa?

ashraf ishak
8:08 Malam
31HB Januari 22'
Taman Tun

Berlalu

Maka terhapuslah
anganku
dengan hari
yang berlalu

ashraf ishak
7:33 Malam
31HB Januari 22'
Shah Alam

Berubah

Seperti mana angin
bertukar arah
begitu jua
cintamu berubah

ashraf ishak
1:57 Pagi
30HB Januari 22'
Taman Tun

Tuhan

Pada setiap
liku kehidupan
yang kita hadapi
ada simpang siur
yang menemukan kita
dengan pelbagai jalan
tetapi hanya satu
yang menuju Tuhan

ashraf ishak
9:43 Malam
28HB Januari 22'
Taman Tun

Aku Dan Dirimu

Aku
hanyalah manusia
yang melakukan
apa yang termampu
dan segalanya
hanya
buat dirimu

ashraf ishak
6:04 Petang
29HB Januari 22'
Taman Tun

Hilang

Dalam kesepian
waktu
yang mendalam
mercari diri
dalam ketetapan
malam
lalu terhenti
pabila larut senja
itu hilang

ashraf ishak
6:34 Petang
28HB Januari 22'
Taman Tun

Menyatu

Mencintaimu
adalah bahagia
bagiku
biarpun hati kita
tidak mungkin 
menyatu

ashraf ishak
3:36 Pagi
28HB Januari 22'
Taman Tun

Perpisahan

Di antara
hati yang terluka
dan jiwa 
yang punah
tanpa rasa
aku hilang
dalam kesepian
yang melanda

Berpisah raga
dari manusia
yang mencinta

ashraf ishak
6:09 Petang
27HB Januari 22'
Bangsar

Sendirian

Teman
relakah kau pergi
tanpa pesan
meniggalkan aku
bersenderian

ashraf ishak
5:30 petang
27HB Januari 22'
Taman Tun

Sepi (iii)

Terkadang
aku berdiam
hanya untuk
merasa
erti kesepian

ashraf ishak
2:02 petang
27HB Januari 22'
Taman Tun

Luka

Sedang aku
berkecamuk
dalam lara
mencari diri
diantara jiwa
yang luka

ashraf ishak
11:21 Malam
25HB Januari 22'
Taman Tun

Puisi

Kelak
pabila aku mati
hanya ini peninggalanku
puisi yang mengisi hati
dan mengubat sanubari

ashraf ishak
5:14 Pagi
22HB Januari 22'
Taman Tun

Menghantui

Maka
tidak ada lagi
rasa 
yang tersembunyi

Biarkan jiwa ini
menghantui

ashraf ishak
4:27 Pagi
22 HB jan 22
Taman Tun

Hilang

Terkadang
dunia ini bukan
yang seperti
kita impikan

Terkadang 
aku mendiam
dan hanya mahu
menghilang

ashraf ishak
7:22 Malam
9HB Januari 22'
Kuala Terengganu

Truth

What seems
like selfishness
is actually love
you just can't see it
because your blinded
by the truth

ashraf ishak
2:40 PM 
7TH January 22'
Dungun

Cinta Rasa

Demi cinta
kau pertaruhkan
segala rasa

ashraf ishak
7:15 Malam
6HB Januari 22'
Cherating

Bertemu

Seperti ombak
yang menderu
engkau pergi
tanpa menyeru
akan diriku
dengan harapan
suatu hari
hati ini pasti
bertemu

ashraf ishak
11:25 Pagi
6HB Januari 22'
Cherating

Takdir

Seperti air
yang mengalir
cintamu hadir
dan menghilang
kerana takdir

ashraf ishak
7:39 Malam
5HB Januari 22
Cherating

Pilu

Ketika rindu
dihembus
awan syahdu
lalu terkilan aku
dihambat pilu

ashraf ishak
5:33 Petang
5HB Januari 22'
Cherating

New artwork for Iman and Netalia's home

Kecewa

Relakah kau
bersengketa
dengan dia
yang menghunus
rasa kecewa

ashraf ishak
2:43 Petang
5HB Januari 22'
Cherating

Lost

I thought 
I was lost
but it turns out
i've been searching
for myself
all along

ashraf ishak
10:17 AM
3RD Jan 22' 
Cherating

Tak Sama

Berdamai
dalam jiwa
di antara alam
dan manusia
berhembus nafas
penuh warna
tiada makna

Kita ditakdirkan
melihat dunia
dari sudut berbeza
walaupun pandangan
kita tak sama

ashraf ishak
10:13 Pagi
3Hb januari 22'
Cherating

Dusta

Tenang
bukan semua
kata-katanya
mendambar dusta

ashraf ishak
1:27 Pagi
3HB Januari 22'
Cherating

Rindu

Sebelum terlambat
biarkan aku
menghilangkan rindu
yang terpahat

ashraf Ishak
11:33 Malam
2HB jan 22'
Cherating

In Her Arms

It feels
like a long time
since I've been here
quiet
in my own mind
listening 
to the raindrops
wandering 
into nothingness
calm
as I let myself go
into your arms

ashraf ishak
6:09 PM
2ND Jan 22'
Cherating