Merdeka

Bukakan minda
dan cuba bertanya
apakah benar
kita merdeka

ashraf ishak
7:24 Malam
31HB Ogos 20'
Subang Jaya

Larut

Sedarkah kau
tatkala engkau tiada
aku meratap meranaishak

Dan aku seolah tak wujud
larut hanyut dalam bahana

ashraf ishak
6:43 Pagi
31HB Ogos 20'
Subang Jaya

Sajak buat Ayah

Terlalu banyak penyesalan
yang hendak aku perkatakan
namun tiada jawapan

Kerana
engkau telah tiada

ashraf ishak
2:47 Pagi
28HB Ogos 20
Subang Jaya

Terbuang

Semalam
aku rindukan kegelapan
yang mengisi ruang
di antara kau dan aku

Sebelum waktu terhenti
usirkan saja hati
dan segala rasa
yang menyatu

ashraf ishak
345 Petang
27HB Ogos 20'
Subang Jaya

Masa (iv)

Biarkan saja
masa menghantui kita

Dan mati itu datang
tanpa diduga

ashraf ishak
4:36 Pagi
26HB Ogos 20'
Subang Jaya

Puisi

Sehingga aku mati
aku tidak mahu
sesiapa mengenali
diriku ini

Hanya duniaku
yang dipenuhi
bait-bait puisi

ashraf ishak
11:15 Malam
25HB Ogos 20'
Subang Jaya

Terluka

Mungkin terlalu memuja akan dunia
sehingga aku yang terluka

ashraf ishak
10:13 Malam
25HB Ogos 20'
Subang Jaya

















@shellout art bomb (2020)
marker pen on wood & tiles

Introvert

Sememangnya
aku lebih suka
bersendirian
tanpa mereka
yang menyakitkan

ashraf ishak
2:41 Petang
18HB Ogos 20’
Subang Jaya

Dunia (iii)

Sesungguhnya
permergianmu itu
membawa seribu satu erti

Dunia hanyalah pinjaman
semata-mata
dan mati itu adalah pasti

ashraf ishak
3:56 Pagi
18HB Ogos 20’
Subang Jaya

Sulam

Terkadang
puisi menjadi puisi
seolah mencetus solusi
yang tlah lama hilang

Dan kita berdamai
dalam bait kata
dan bayangan
yang bersulam

ashraf ishak
11:02 Malam
17HB Ogos 20’
Subang Jaya

Hamba (ii)

Tatkala hening senja
aku bersujud
pada Yang Esa

Menyucikan noda
menghapus dosa

ashraf ishak
7:00 Malam
16HB Ogos 20’
Subang Jaya

Binasa

Apabila manusia
bertuhankan manusia
hanya kebencian
yang bertakhta

Dan mata hanya melihat
tanpa merasa
mulut hanya berbicara
tanpa memikirkan akibatnya
yang binasa

ashraf ishak
6:17 Pagi
16HB Ogos 20’
Subang Jaya

Perhitungan

Adakah dunia ini
hanya untuk menyakiti
sesama kita

Atau sudahkah kita lupa
kelak kita kan mati
dah semua perhitungan
akan dikira

ashraf ishak
4:58 Pagi
16HB Ogos 20’
Subang Jaya

Love, devine (2020)
pen on paper 

Kedamaian

Aku sebenarnya
tidak mahu pulang

Kerana aku sudah
bertemu akan kedamaian

ashraf ishak
9:44 Pagi
4HB Ogos 20’
Pulau Redang

Menghilang

Setitis jiwa yang membara
membawa ku pergi
entah ke mana

Mencoret setiap isi hati
intipati
yang akan kubawa mati

Jikalau aku mula menghilang
jangan engkau mencari aku

ashraf ishak
8:14 Pagi
4HB Ogos 20’
Pulau Redang

Pantai dan lautan

Terkadang
terlalu enggan mencari diri
mengapai sejuta bintang
mengejar mimpi

Pantai dan lautan
ke mana jua
engkau menghilang
di situ aku kan pergi

ashraf ishak
11:14 Malam
3HB Ogos 20’
Pulau Redang

Bebas

Seperti lautan dan ombak
aku ingin bebas
terperangkap di dalam jiwa
yang tertindas

Aku ingin tenteram
membunuh segala sayu
yang kian kelam

Hanya ingin mati
agar segala hingar ini
lenyap dan terdiam

ashraf ishak
5:58 Petang
1HB Ogos 20’
Kuala Terengganu